Sunday, March 13, 2011

Umi

Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar

KUALA LUMPUR 12 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali lega dengan pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memoirnya berhubung salah laku seks bekas timbalannya itu.

Menurut Ummi Hafilda, segala yang didedahkannya mengenai Anwar selama ini telah disahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam buku bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, katanya, tulisan Dr. Mahathir itu merupakan satu bentuk pengiktirafan kepadanya yang telah berjuang untuk menentang ‘kemungkaran’ Anwar sama ada di segi politik mahupun peribadi sejak 13 tahun lalu.

“Antaranya dalam muka surat 649 hingga 689, Dr. Mahathir ada menyebut bagaimana saya menghantar surat pertuduhan terhadap Anwar kepadanya sehinggalah saya menarik balik surat tersebut.

“Melalui buku itu juga, Dr. Mahathir menjelaskan beliau kemudian mengetahui saya telah disoal siasat secara kasar oleh pihak polis dan kerana tidak tahan, saya ambil keputusan untuk tarik balik surat itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, tulisan bekas Perdana Menteri yang menyentuh tentang kes itu turut menafikan tuduhan Anwar sebelum ini bahawa kononnya wujud konspirasi ke atasnya.

Oleh itu, katanya, Anwar diminta tampil menyaman Dr. Mahathir atau dirinya sendiri demi membuktikan segala pendedahan ke atas salah lakunya selama ini adalah tidak benar.

No comments:

Post a Comment