Wednesday, March 23, 2011

Datuk T

Datuk T mahu suruhanjaya ditubuh

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Mac - Individu dikenali sebagai Datuk T sejak pendedahan rakaman seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menggesa pihak bertanggungjawab menubuhkan satu suruhanjaya awam bebas bagi menyiasat kesahihan klip itu.

Dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel kepada beberapa organisasi media hari ini, beliau memberitahu, suruhanjaya itu perlu mendapatkan bantuan pakar forensik DNA dan video dalam usaha mencari kebenaran.

"Saya akan menyerahkan rakaman asal video tersebut kepada suruhanjaya yang akan ditubuhkan itu. Saya juga akan menyerahkan jam Omega milik Anwar yang dijumpai dalam bilik hotel selepas beliau melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur asing.

"Kemudian suruhanjaya yang telah dibentuk itu boleh menghantar bahan berkenaan kepada pakar forensik untuk memastikan sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) pada jam itu padan dengan profil DNA Anwar," katanya dalam kenyataan itu.

Petang semalam, Anwar mengadakan sidang akhbar bagi menafikan dirinya merupakan individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur dipercayai dari China, hanya beberapa jam selepas pendedahan video itu oleh Datuk T.

Datuk T menegaskan, beliau enggan menyerahkan rakaman itu kepada polis kerana tidak mahu membiarkan Anwar terus mengaitkan pihak berkuasa itu dengan video seks tersebut, terutama jika keputusan suruhanjaya berkenaan nanti tidak menyebelahinya.

Tambahnya, beliau juga beranggapan Anwar serta isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak berminat untuk mendapatkan rakaman video seks itu yang dirancang diserahkan kepada mereka sedikit masa lagi.

"Justeru, saya tidak akan menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa tetapi akan menyerahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan dan wakil media," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment