Tuesday, March 8, 2011

Mula Tolak pas

Pas terus ditolak orang Melayu

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
KEJAYAAN Barisan Nasional memenangi dua lagi kerusi di Merlimau dan Kerdau dalam tempoh setahun ini menguatkan lagi momentum sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Ia dikatakan akan memberi suntikan dorongan kepada BN dan keyakinan jentera parti menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan bulan depan.

Yang pasti kemenangan BN itu mengecewakan Pas yang setakat ini masih gagal menawan hati pengundi Melayu. Parti itu dalam tempoh setahun in tewas di Galas dan Tenang. Kekalahan teruk Pas dengan majoriti besar diraih dua calon BN, Roslan Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Ahmad memerlukan Pas bermuhasabah diri dan menilai apakah betul tindakan mereka berada dalam pakatan pembangkang.

Ini lebih-lebih bersekutu dengan DAP yang jelas terang lagi bersuluh menolak ideologi perjuangan Pas kononnya untuk membentuk sebuah negara Islam. Dalam siri kempen pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau, Pas tidak habis-habis memomokkan pengundi dengan keberkesanan perikatan parti bersama DAP yang baru didekati hanya dalam tiga tahun. Lebih malang lagi apabila Pas mendakwa pula 'DAP lebih Islam dari UMNO' - satu tanda aras yang tidak boleh diterima langsung oleh orang Melayu. Orang Melayu menganggap UMNO tetap berjasa bukan sekadar memperjuangkan kemerdekaan negara malah dalam pembangunan insaniah. Jika Pas dalam kempen-kempennya menguar-uarkan retorik dalam soal agama Islam, UMNO sebaliknya menunjukkan jalan yang realistik dalam soal itu. Malah, kemajuan Malaysia diiktiraf dan disanjung tinggi oleh kalangan negara Arab dan kuasa besar barat.

Yang ketara ialah momentum sokongan rakyat kian menyerlah kepada BN. Meskipun BN melalui prestasi yang hambar pada awal-awal siri pilihan raya kecil sejak Mac 2008 - kesan penyusutan sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-12 - namun dalam setahun ini kejayaan BN dalam proses demokrasi itu semakin mencanak. Ia disebabkan impak transformasi yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kian ternampak oleh rakyat.

Yang pasti di Melaka, Pas masih gagal bertapak di negeri itu manakala di Kerdau menyaksikan calon parti itu yang tewas dua kali sebelum ini, masih gagal mendapat kepercayaan pengundi. Lebih teruk lagi Pas kalah di kesemua 21 saluran mengundi di Merlimau.

Rumusannya - Pas terus gagal mendapat tempat di hati peneroka Felda.

Lebih ketara lagi, Pas semakin terpinggir dalam sanubari hati orang Melayu.

TAJUK-TAJUK BERI

No comments:

Post a Comment