Saturday, March 19, 2011

Melayu Akan Datang Keturunan Luar Negara!

Jika semua anak keturunan bukan warganegara ini diberikan hak yang sama seperti rakyat tempatan tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan dimiliki oleh warga asing. Bayangkan jika beribu-ribu mereka ini diberikan layanan seperti rakyat tempatan belajar tinggi-tinggi serta mengisi jawatan yang tinggi-tinggi sudah tentulah sedikit demi sedikit mereka akan membawa sanak saudara mereka dari Indonesia, Bangladesh,India, Thailand ataupun Filipina memenuhi ruang Negara Malysia yang kaya raya ini. Setelah berjaya dalam kerjaya dan semakin berumur tentulah mereka beralih kepada bidang politik pula...

Sementara rakyat tempatan semakin malas belajar dan malas bekerja, suka buang masa ,buang duit..


Peluang ke SBP dinafikan

SEBAGAI seorang bapa saya ingin bertanya kepada PPD Pasir Gudang kenapa anak saya mendapat 5A dalam UPSR 2010 dan mendapat anugerah pelajar cemerlang tetapi beliau tidak layak memohon Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Kawalan dan Kelas Rancangan Khas semata-mata kerana status bapa warganegara Singapura.

Anak saya warganegara Malaysia pemegang MyKad dan isteri saya juga warganegara Malaysia. Masalah pihak yang hendak belajar adalah anak saya dan bukannya saya. Sekiranya ini ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran, apa masalah sebenarnya dan kenapa murid-murid yang sah warganegara ini dan cemerlang mesti dinafikan hak mereka di dalam sistem pembelajaran negara kita. Mereka inilah nanti yang akan menentu siapakah yang layak untuk menjadi pemerintah negara pada masa hadapan.

BAPA KECEWA

No comments:

Post a Comment