Saturday, March 5, 2011

Siasat kapal

LHDN PERLU SIASAT KARPAL

AMAT menghairankan sehingga kini Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh terus membisu walaupun desakan demi desakan telah dibuat bagi meminta mereka mengisytiharkan jumlah pembayaran guaman yang diterima oleh peguam itu dalam kes kegiatan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan.

Permohonan dan desakan yang dibuat oleh ramai orang itu adalah disebabkan pada 1997, Karpal melaungkan di dalam dan luar Parlimen bahawa beliau ada bukti kukuh bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

Tetapi sekarang Karpal pula menjadi peguam bela Anwar. Persoalannya adalah, berapa dan dimana pembayaran dibuat? Sudah pasti pembayarannya amat lumayan.

Jadi ada juga persoalan mengenai pembayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Maka memang wajar untuk pihak LHDN menyiasat aduan atau permohonan yang dibuat itu walaupun terhadap ketua parti DAP.

Apakah pihak LHDN takut untuk menyiasat harta atau pendapatan orang seperti Karpal? LDHN tak perlu takut sebab kredibiliti Karpal kini telah banyak dipersoalkan.

PEGUAM RAKYAT

Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment