Wednesday, March 23, 2011

Bersyukurlah Jadi Bangsa Melayu

Orang Melayu wajar bersyukur

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Ma hathir Mohamad berkata, orang Me layu wajar bersyukur kerana dila hirkan sebagai seorang Melayu yang sudah pastinya akan menjadikan nya seorang Islam.

Menurutnya, jika ada orang Me layu yang kecewa kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu, maka in dividu tersebut tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dilahir kan sebagai orang Islam.

"Di dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa itu ialah Maldives dan Melayu. Seseo rang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam," katanya di da lam blog http://chedet.co.cc bertajuk Melayu Oh Melayu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rasa sedihnya apabila ter dapat orang Melayu yang kecewa kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu dan bukannya sebagai seorang Islam sahaja.

Dr. Mahathir berkata, seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu juga patut berasa bangga kerana te tap menjadi penganut agama Islam, namun jika seseorang itu dilahirkan di dalam keluarga Arab, Indonesia atau Pakistan, belum tentu mereka beragama Islam.

Bagaimanapun, beliau menjelas kan, walau apa sekalipun bangsa seseorang itu, ia tidak akan me nidakkan keislamannya kecuali perbuatan dan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama itu.

"Ini yang harus disoal oleh orang Islam dan bukan menidakkan bang sanya. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika ia Islam, tidak bermakna menolak agama Islam," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment