Saturday, March 5, 2011

Bese la pkr

KECEWA KERAJAAN PKR BIADAB

SAYA amat kesal dengan tindakan seorang Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada 14 Februari lalu yang mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor (sebelum ini dikenali Universiti Industri Selangor - Unisel).

Perbuatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali yang mengumumkan perkara itu sebelum majlis penyerahan watikah pelantikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jelas sekali membelakangi baginda.

Bagi saya Halimah tidak sepatutnya mengumumkan perkara itu terlebih dahulu kerana pemilihan dan pelantikan canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.

Berdasarkan perlembagaan universiti berkenaan, canselor ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik sendiri oleh baginda dan bukannya yang dilantik oleh kerajaan negeri apatah lagi Halimah.

Jelas sekali perbuatan ini mencerminkan sikap sebenar PKR Selangor yang tidak pernah menghormati Sultan Selangor dan cuba menidakkan kuasa baginda sebagai ketua negeri dan pemerintah tertinggi di negeri itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri juga membantah perkenan baginda dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Saya bimbang banyak lagi perbuatan biadab yang bakal ditunjukkan jika pihak pembangkang terus memerintah Selangor.

Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tindakan mengumumkan pelantikan Raja Arshad lebih awal merupakan satu bentuk ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri, tetapi sebenarnya hanyalah satu alasan bagi meredakan kemarahan rakyat.

ANAK JATI SELANGOR

Kuang

No comments:

Post a Comment