Friday, January 29, 2016

punya la banyak barang sifar gst

Ariff Ahmad Komen Mohd Fauzi Bin Abdullah, jelas menunjukkan dia ni malas membaca.

Woi Mohd Fauzi, orang miskin dan berpendapatan rendah biasanya guna duit BR1M untuk membeli barang dapur dan antara barang yang sifar GST

1. Binatang ternakan hidup meliputi lembu, kerbau, selembu, seladang, khinzir, bebiri dan kambing

2. Daging binatang ternakan segar dan sejuk beku termasuk bahagian dalaman

3. Ayam dan itik hidup

4. Daging ayam dan itik segar dan sejuk beku termasuk bahagian dalaman

5. Telur ayam dan itik, telur segar atau telur masin

6. Semua jenis ikan hidup, segar, didinginkan (chilled) dan sejuk beku (kecuali ikan perhiasan)

7. Hidupan air lain yang hidup, segar, didinginkan (chilled) dan sejuk beku seperti crustaceans (ketam, udang, udang kara), molluscs (tiram, kepah, sotong, siput) dan lain-lain seperti gamat dan jellyfish

8. Ikan kering, ikan masin termasuk ikan bilis (kecuali smoked fish)

9. Sayur-sayuran seperti tomato, bawang, kobis, lobak, timun termasuk kekacang, asparagus, cendawan, labu, kentang samada segar, sejuk beku atau jeruk (in brine)

10. Buah-buahan segar tempatan ataupun diimport

11. Rempah ratus seperti asam jawa, asam keping, cili kering, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pala dan halia

12. Kelapa termasuk kelapa parut

13. Padi dan beras termasuk beras pulut, basmathi dan beras perang

14. Tepung gandum, tepung attar, tepung beras dan tepung sagu

15. Kacang dhal

16. Gula pasir termasuk gula castor, kasar dan halus

17. Garam

18. Minyak masak kelapa sawit, kelapa dan kacang tanah

19. Cencaluk, budu dan belacan

20. Serbuk kopi, teh dan koko

21. Bihun, laksa, mee kuning dan kue tiaw

22. Roti putih dan roti wholemeal

23. Susu bayi berumur 0 hingga 36 bulan

24. Semua jenis bahan bacaan dan surat khabar termasuk buku kerja pelajar, ensaiklopedia, buku cerita, novel, buku resepi, buku rujukan dalam semua bidang, buku berkaitan agama, kitab-kitab agama serta surat khabar (kecuali majalah serta buku yang merupakan bukan bahan bacaan seperti diary, buku tulis, buku log, buku simpan kira seperti jurnal dan lejer)

25. Ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Nasional Daripada 2,900 jenis ubat telah diperluas kepada 4,215 jenama ubat

GST: Senarai Bekalan Berkadar Sifar, Dikecualikan dan Pelepasan - Goods and Services Tax (GST) Malaysia

http://gstmalaysiainfo.com/gst-senarai-bekalan-berkadar.../

Sunday, January 24, 2016

makan pm pun boleh jadi fitnah




Assalamualaikum semua.
Kenyataan Rasmi.
.
Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini. Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan. Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'nate. Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN & FITNAH ini. Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan.

Thursday, January 14, 2016

tun razak

SukaBalasan234 min
Zak Is ' KERAJAAN BAIK '

Pemimpin-pemimpin kerajaan pusat dan negeri yg sehaluan dgn pusat begitu bertanggung jawab terhadap negara dan rakyat. Terutama DS PM.

Dia seorang PM yang merendah diri, penyayang dan baik hati. Itu di antara sifat- sifat mulia beliau.
Beliau mewarisi sifat mulia ayahandanya, Almarhum Tun Razak.

Tun Razak, adalah PM yang agung. Beliau tidak punya "mulut deras.
," yg bercakap untuk menunjuk jaguh, kerana rasa perdamaian, sentiasa wujud dlm dirinya.

Tun Razak, tidak mengeluarkan kata-kata kesat kpd rakyatnya walaupun bertujuan, bagi menggerakkan mereka sedar, belajar cemerlang dan berkerja, kerana kata-kata tersebut memalukan bngsa sendiri. Kata-kata tersebut seperti mngajar rakyat melakukan perbuatan sama terhadap kerajaan dan sesama mereka sendiri jika berlainan kumpulan.

Tun Razak, sebaliknya, menggunakan cara-cara lembut, diikuti perasaan penuh kasih kpd rakyat.
Membuat dasar-dasar yg menepati keperluan negara dan rakyat. Beliau telah mencapai kejayaan besar dlm tempoh yg singkat.

Justru itu, bila berbicara mengenai Tun Razak, bererti kita berbicara tentang seorang manusia agung negara ini.

Beliau adalah anugerah Allah yg paling bernilai bagi Malaysia
Semoga beliau kini berada di syurga.

HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
Budi baik dikenang juga.

Alhamdulillah.
Dato' Sri PM
dan pemimpin kerajaan yg lain
kelihatan begitu bertanggung jawab membantu rakyat.

Mujurlah, negara ketika ini
dipimpin oleh tokoh-tokoh yang baik, penyayang dan brtnggung jawab.

Ketika negara dilanda musibah,
kita nampak begitu terserlah
sikap baik mereka.
Bila pemimpin baik,
semua pihak dengan rela hati berkhidmat dengan ikhlas.

Tuan/puan,

Tahun baharu ini marilah kita bertekad mnyokong dan membantu PM agar dapat memacu kemajuan negara berdasarkan wawasan negara.

Dato' Sri Najib, pemimpin yang menyayangi rakyatnya.
Seorang Perdana Menteri yg adil dan baik hati.
Tidak pernah berhenti dlm usaha membantu rakyat.

Pada saya, beliau akan jadi sehebat ayahanda beliau ( Tun Razak ) jika ia memerintah 20 tahun seperti Tun M.

Jasa Tun Razak, memantau elemen-elemen sehingga Perlembagaan dibuat sedemikian;

Tun Razak, bersama Tunku adalah individu yg paling awal menanggani dilema Melayu. Mereka telah pastikan Perlembagaan Merdeka ( Perlembagaan Perskutuan TanahMelayu ) mngandungi elemen;

Hak Istimewa OrangMelayu & Raja-Raja Melayu, Tanah Rezab Melayu, Kedudukan Agama Islam Sbg AgamaPersekutuan, Melayu Dlm Perkhidmatan Awam dan bnyak lagi.

Membentuk BN, sehingga dapat kukuhkan kerajaan dan membolehkan pemimpin kerajaan selepas beliau mntadbir negara dengan selesa;

Membentuk Dasar Pelajaran, Dasar Ekonomi Baru, Perpaduan ( Rukun Negara );

Dasar berbaik-baik dgn semua negara sehingga tiada negara asing mengancam kedaulatan Msia. Kesannya, membolehkan PM selepas beliau mntadbir negara dgn selesa;

Melancarkan, " Revolusi Mental. " Bagi mengubah pemikiran rakyat Msia pelbagai kaum, khususnya bumiputera, bagi mencapai matlamat DEB, dan beliau berjaya, iaitu;

Tun Razak, berjaya membawa nelayan miskin menjadi peladang yg berjaya di FELDA dsbnya.

Berjaya mngubah sikap anak-anak muda, untk mnjadi peladang, tentera, peniaga, penggerak kemajuan kampung, pnglibatan aktif dlm pertubuhan belia, pergi mendapatkan kemahiran di Pusat Latihan Belia PERTAK & Dusun Tua, dsbnya.

Berjaya mngubah sikap ibu bapa dengan mnghntar anak belajar di sekolah menengah dan universiti. Ibu-ibu telah bersalin dgn bidan/ di hospital kerajaan.

Menggalakkan /memupuk minat Melayu berniaga lalu di bina kedai-kedai MARA dengan sewa murah. UDA juga ditubuh Tun Razak untuk tujuan sama agar Melayu dpt berniaga di kawasan bandar.

Ketika " Revolusi Mental " ini, Tun Razak menubuhkan badan dan institusi berikut di bawah ini, sebagai strategi gerak kerja.

' Wira-wira ' yg bekerja untuk Tun Razak ramai. Mematuhi setiap arahan. Ia bertaraf '5 bintang'.

Mereka sangat setia kpd Tun. Seolah-olah Tun mengetuai sekumpulan panglima perang yg hebat, untuk menakluk. Se pasukan patriot 'berani mati.' Lengkap, bersedia mental dan fizikal dengan daya intelek tinggi membantu Tun. Mereka sangat ikhlas menabur bakti, seperti bos mereka.

Tun Razak, menubuhkan Felda, MARA, UDA, petronas, pernas , Pebadanan Kemajuan Ekonomi Negeri , dll;

Membina UKM, USM, UPM, UTM, UiTM;
LTAB Bayan Lepas;

Membina sistem lebuh raya ke P. Kelang dan seterusnya merancang membina beberapa lebuh raya lain dan membina Pudu Raya yg merupakan perhentian bas termoden ketika itu dan masih penting ketika ini.

Menyatakan hasrat menubuhkan pusat pentadbiran yg menempatan semua kementerian.
Jika beliau memerintah lama mungkin beliau yg mmbina seperti Putrajaya);

Dan bnyak lagi.

Tun Razak,
arkitek kedaulatan negara,
arkitek perpaduan,
arkitek politik perpaduan,
arkitek meningkatkan ekonomi rakyat Msia khususnya org Melayu/bumiputera,
arkitek kemudahan infrastruktur,
arkitek pembngunan pendidikan rendah , pendidikan menengah dan tinggi,
arkitek hubungan baik antara bangsa
dan bnyak lagi.

Kebijaksanaan dalam keikhlasan Tun Razak melalui inisiatif-inisiatif yg diambil oleh beliau membolehkan Perdana Menteri selepas beliau mentadbir dengan selesa.

Tun Razak, meninggalkan pemerintahan negara dlm keadaan;
BN & UMNO kukuh bersatu,
Melayu kukuh bersatu ( PAS anggotai BN ),
Asas ekonomi yang kukuh,
Perpaduan rakyat erat,
Sistem pentadbiran yang mantap,
Negara dihormati,
Negara yg aman,
Melayu mula bersaing dengan bngsa lain ( kerana ramai berpelajaran tinggi),
"negara dan rakyat berpisah tiada,"
Dan bnyak lagi.

Hanya Dato' Sri Najib mampu mengikut jejak langkah ayahandanya itu jika segala perancangan yg beliau buat berjalan lancar seperti Dasar Transformasi dan lain-lain lagi.

" Ibarat kuah tumpah ke nasi ".
Masa sahaja yg akan menentukan. Kejayaan akan dicapai tetapi bukan dalam sekelip masa.

Marilah berusaha bersama Dato' Sri Najib, untuk menjadikan negara ini maju berpendapatan tinggi,
di samping terus dan terus berdoa.

Negara kita, tanggung jawab kita.
Kalau tidak kita, siapa lagi.

Saturday, January 2, 2016

bandar malaysia hanya 24% cina

Kepada yang tak faham macamana Bandar Malaysia hanya 24% dimiliki oleh Syarikat Dari Negara China, ini penjelasannya:

1) 1MDB hanya menjual 60% ekuitinya di Bandar Malaysia.

2) Syarikat yang membeli 60% ekuiti tersebut adalah sebuah syarikat yang 60% dimiliki oleh IWH, manakala baki 40% dimiliki oleh China Rail.

3) IWH 100% Milik Malaysia. 60% dimiliki oleh ahli perniagaan warganegara Malaysia dan 40% dimiliki oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

4) Ini bermakna China Rail hanya menguasai 24% ekuiti Bandar Malaysia.

5) ini juga bermakna 57% ekuiti Bandar Malaysia dikuasai Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Johor.

P/S : Kalau terus dengar fitnah Rafizi memang makin kelirulah kita. Apa yang perlu kita sedar, plan Rasionalisasi 1MDB sudah pasti tak perlu dilakukan sekiranya kita berjaya memperolehi RM 20b melalui penyenaraian Edra Energy