Monday, March 21, 2011

keluar pkr

PKR Indera Mahkota lumpuh

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my
KUANTAN 20 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota di sini yang merupakan kubu kuat parti itu di negeri ini, hampir lumpuh apabila Pemangku Ketua Cabang berkenaan, Ibrahim Sidek bersama 300 ahli mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Selain itu, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanitanya, Fadilah Abd. Wahab turut sama berbuat demikian.

Ibrahim yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.

Menurut Ibrahim, keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka melihat hala tuju parti itu juga semakin tidak menentu dan mementingkan perjuangan individu sahaja.

"Pemimpin PKR seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan masalah Cabang Indera Mahkota," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sirih Pulang Ke Gagang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Ibrahim yang menyertai PKR sejak 11 tahun lalu berkata, tindakan itu bukan disebabkan desakan oleh UMNO tetapi kekecewaannya terhadap pimpinan parti.

Dalam pada itu Fadilah berkata, keputusan itu dibuat kerana terlalu banyak kepincangan dalam parti.

''Saya telah menimbulkan masalah ini kepada pucuk pimpinan tetapi dipandang sepi,'' katanya.

Sementara itu, Mohd. Hazmi berkata, tindakan pemimpin dan ahli PKR Indera Mahkota tersebut menunjukkan parti berkenaan kini menuju kehancuran.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment