Wednesday, March 16, 2011

PP

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

NAMPAKNYA nasib penjaja dan peniaga Melayu di Pulau Pinang tidak dapat elak daripada terus diperkatakan. Mereka umpama dilambung ombak, tidak keruan.

Kali ini membabitkan mereka yang berniaga menggunakan van di Pantai Queensbay, Bayan Baru.

Kumpulan peniaga tersebut mulanya diarah menutup perniagaan dan beredar dari kawasan tersebut kelmarin oleh kira-kira 50 anggota penguat kuasa MPPP.

Namun, setelah campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu, mereka dibenarkan terus berniaga di situ.

Difahamkan kebenaran itu bersyarat, setelah maklumat para peniaga terbabit diambil – segera ke bahagian Pelesenan PPP di Padang Kota Lama.

Di MPPP, mereka umpama menunggu buah yang tidak gugur. Tiada seorang pun pegawai MPPP menguruskan hal mereka.

Kes yang berlaku di Pantai Queensbay ini bukanlah perkara asing membabitkan peniaga Melayu sejak kerajaan negeri beralih tangan.

Sebelum ini, gerai-gerai peniaga bumiputera di beberapa kawasan terutama di Batu Feringghi dan Tanjung Bunga menjadi sasaran penguat kuasa negeri apabila dirobohkan.

Bagi Awang, kepimpinan kerajaan negeri itu perlu peka terhadap beberapa keadaan asas termasuk ia mata pencarian golongan tersebut dan mereka telah lama mencari rezeki di kawasan terlibat. Faktor itu perlu diambil kira walau apa perubahan hendak dilakukan.

Awang – Rakam peristiwa.

No comments:

Post a Comment