Monday, October 31, 2011

audit

Hukum yang seleweng

ESA ADAM
Bandar Sunway, Selangor

SETIAP tahun kita menerima Laporan Ketua Audit Negara dan setiap tahun itu juga kita mendengar perkara yang pelik-pelik berlaku dalam pengurusan perbelanjaan di jabatan-jabatan kerajaan.

Sampai bila ia akan terus berlaku? Ia amat memalukan negara dan rakyat juga sudah bosan mendengarnya. Saya tidak nampak berlaku perubahannya walaupun setiap tahun berlaku pendedahan di Parlimen dan juga di media.

Ini kerana pelakunya terus bebas dan tiada tindakan yang diambil terhadap mereka. Perasaan malu juga tidak ada kepada kakitangan jabatan yang terlibat.

Ini kerana menteri-menteri juga mencari pelbagai alasan mempertahankannya.

Saya percaya penyelewengan yang didedahkan sedikit sebanyak akan menghakiskan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan akhirnya akan ditentukan dalam peti undi.

Ini harus diambil iktibar oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian yang membuat dasar.

Setiap tahun, kita disogokkan dengan pembelian yang tidak munasabah harganya, perlanggaran peraturan perbendaharaan dan perbelanjaan yang melebihi bajet.

Sudah sampai masanya kerajaan menubuhkan jabatan-jabatan audit dalaman di setiap jabatan kerajaan. Ketua-ketua audit ini harus melapor terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing. Ikut cara syarikat swasta menjalankan kerja audit. Kakitangannya tidak perlu ramai dan mesti dianggotai ahli profesional yang terlatih dalam bidang audit kewangan.

Setiap tahun, mesti ada 'audit plan' yang dirancang oleh jabatan masing-masing. Juruaudit harus membuat audit seperti yang dirancang. Rancangan audit ini mestilah mendapat persetujuan daripada ketua audit di jabatan masing-masing.

Hanya ketua juruaudit sahaja yang tahu kelemahan di setiap jabatan.

Dengan cara ini, kementerian dapat mengesan penyelewengan lebih awal dan membetulkannya dengan segera. Setiap kerja mesti ada jangka waktu yang mesti dipatuhi.

Tindakan mesti diambil untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan dengan sengaja. Ketua-ketua jabatan juga tidak terkecuali daripada diambil tindakan jika berlaku kesalahan yang disengajakan di jabatan masing-masing.

Inilah satu cara yang terbaik untuk memperbaiki pengurusan kewangan kerajaan. Jika tidak, kita terus mendengar berita penyelewengan pengurusan kewangan kerajaan pada setiap tahun.

Saya percaya laporan itu berasaskan audit yang dibuat secara rambang. Jadi banyak lagi yang kita tidak tahu.

ucapan ibrahim ali

Keselamatan negara tugas semua

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

(Atas permintaan ramai, kami siarkan Bahagian Akhir rencana Datuk Ibrahim Ali)

Berkait rapat dengan soal ekonomi, dasar-dasar afirmatif dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah soal kemajuan pendidikan dan biasiswa bagi anak- anak Melayu dan Bumiputera.

Dalam aspek ini, terlebih dulu Perkasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan fokus kepada kebajikan para pelajar tanah air dalam Belanjawan 2012.

Seluruh program kewangan membabitkan pelajar dan pendidikan dalam belanjawan ini membuktikan bahawa pemerintah cukup prihatin terhadap masa depan anak- anak Malaysia semua bangsa.

Dalam pada itu, Perkasa akan terus menyuarakan hasrat dan kehendak orang Melayu dan Bumiputera mengenai biasiswa yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berdasarkan semangat dan roh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut sejarahnya, biasiswa ini dianugerahkan mengikut kuota 90 peratus Melayu serta Bumiputera dan 10 peratus bukan Melayu. Kemudiannya, kuota ini bertukar kepada kadar 80:20.

Pada hari ini, kuotanya adalah 51:49. Penurunan kadar kuota bagi pelajar Melayu dan Bumiputera ini adalah penghakisan kepada hak mereka yang dijamin oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, penghakisan kuota biasiswa ini wajar dikaji semula. Hakikatnya demikian "kerana daripada 40 peratus jumlah penduduk miskin" di Malaysia "80 peratus daripadanya adalah kaum Melayu dengan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan."

Maka, oleh kerana pendidikan adalah satu-satunya mekanisme untuk meningkatkan taraf sosioekonomi Melayu dan Bumiputera, soal penghakisan kuota biasiswa ini perlulah dipandang serius dan diatasi dengan sewajar-wajarnya.

Tetapi, jika pemerintah berani bertindak radikal, ambillah pandangan saya sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2011. Dalam ucapan tersebut, saya mencadangkan supaya pemerintah memansuhkan pemberian dan tajaan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Sebagai gantinya, mereka yang berhasrat belajar di luar negara hanya perlu diberikan bantuan menerusi dana pinjaman.

Dengan cara ini, dana sejumlah RM1.4 bilion yang dikhaskan untuk pendidikan di negara asing ini boleh digunakan untuk menaja lebih ramai pelajar mengaji di universiti-universiti tempatan.

Ini kerana IPTA dan IPTS di Malaysia yang tumbuh seperti cendawan, kini mempunyai mutu pendidikan serta tahap kecemerlangan akademik yang membanggakan. Saya membuat cadangan ini kerana penajaan pelajar ke seberang laut melibatkan jumlah wang besar.

Contohnya, pemerintah terpaksa membiayai sejumlah RM 1.2 juta bagi seorang pelajar di bidang perubatan di Britain. Jumlah ini boleh menaja tiga orang pelajar jurusan perubatan di dalam negara.

Selain itu, pemerintah juga kerugian jika pelajar ini enggan pulang ke tanah air atas sebab-sebab tertentu. Lantaran itu, pertimbangkanlah cadangan ini secara serius.

Seterusnya, Perkasa juga mencadangkan supaya seluruh lapisan pelajar Malaysia, dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi, diberikan pendedahan mengenai sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan dengan secukup-cukupnya.

Pendedahan ini perlu untuk membolehkan generasi muda Malaysia mengenal, menginsafi serta menghayati sejarah negara kita yang majmuk, dan pada waktu yang sama, mereka menjadi warganegara yang sentiasa memelihara keluhuran Perlembagaan negara.

Selain itu, Perkasa juga mengingatkan pemerintah bahawa tuntutan pihak tertentu agar kelulusan sijil UEC boleh diterima sebagai kelulusan untuk memasuki IPTA di Malaysia hendaklah ditolak dan tidak perlu dilayani. Ini kerana ia bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

Sehubungan dengan ini, Perkasa juga mengulangi pendiriannya menyokong pemansuhan PPSMI supaya mata pelajaran Sains dan Matematik terus diajar kepada pelajar hanya dalam Bahasa Melayu.

Namun demikian, oleh kerana Perkasa tidak menafikan pentingnya rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, pemerintah perlulah meningkatkan penguasaan bahasa ini menerusi kaedah lain, termasuk memanjangkan waktu pembelajaran untuk mata pelajaran ini.

Perkasa menggesa pemerintah menambahkan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat yang mendaftar dengan Kementerian Pelajaran dan juga Maktab Rendah Sains Mara. Ini kerana jumlah RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2012 kepada Sekolah Agama Rakyat dan MRSM ini adalah kecil dan tidak mencukupi.

Apa yang saya huraikan ini, segala-galanya adalah menjurus kepada soal keselamatan rakyat, keselamatan pemerintah, keselamatan ekonomi dan akhirnya, keselamatan negara.

Ini kerana konsep keselamatan mutakhir ini sudah banyak berubah. Konsep keselamatan pada hari ini lebih banyak memfokus kepada aspek keselamatan masyarakat, keselamatan insan dan lain-lain cabang keselamatan bukan tradisional. Inilah sebabnya dikatakan bahawa keselamatan adalah mengenai survival atau kelangsungan sesebuah negara dan rakyat jelatanya.

Dalam konteks ini, Perkasa menentang seluruh tindakan yang boleh mengancam ketenteraman awam. Oleh sebab itulah Perkasa di seluruh negara, baru-baru ini menentang perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Perkasa tidak menganjurkan demontrasinya pada hari yang sama, sebab Perkasa tidak mahu membebankan pihak keselamatan dan juga tidak mahu mengeruhkan lagi suasana ketenteraman awam pada hari tersebut, apatah lagi bergaduh sesama Melayu.

Negara Malaysia yang majmuk tidak boleh dihuru-harakan menerusi tindakan jalanan. Dalam konteks ini, Perkasa sebagai pemangkin perpaduan, menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar daripada peristiwa ini.

Oleh itu, hentikanlah apa jua bentuk politik yang membabitkan Islam, menghina Raja-Raja Melayu dan yang mengeksploitasikan kematian mana-mana individu yang terbabit dalam siasah.

Perkasa menyeru pihak-pihak ini, hentikanlah semua ini. Malaysia yang kucar-kacir tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kita semua, terutamanya keturunan Cina yang hidup dengan berdagang dan berniaga di seluruh pelosok Malaysia yang aman, damai, makmur dan sejahtera.

Seterusnya, Perkasa juga menyeru seluruh orang Melayu dan umat Islam supaya kembali bersatu. Ini kerana perpaduan Melayu dan Islam adalah teras kepada perpaduan seluruh bangsa di Malaysia.

Hakikatnya demikian kerana perpecahan Melayu dan Islam tidak dapat menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia. Lantaran itu, ayuh kita tentang sesiapa sahaja yang menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara untuk mendapatkan sokongan politik dalam keadaan mereka sedang ketandusan isu.

Insaflah, keselamatan negara adalah milik semua rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, sesiapa yang cuba untuk menghuru-harakan keselamatan negara mestilah kita tentang habis-habisan menerusi kaedah yang demokratik.

Lantaran itu, seluruh rakyat Malaysia yang majmuk perlu sentiasa berganding bahu, untuk mengelakkan tragedi 13 Mei daripada berulang.

Dalam konteks ini, Perkasa mendesak supaya pemerintah menggunakan undang-undang preventif atau pencegahan ke atas pihak yang bertindak untuk mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. Ini termasuklah sesiapa sahaja yang berusaha memperlekehkan Islam, menyemarakkan sentimen perkauman, menghina Raja-Raja Melayu, atau menghasut rakyat membenci pemerintah.

Tetapi, oleh kerana baru-baru ini pemerintah telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, dan berjanji akan menggantikannya dengan undang-undang yang baru, maka Perkasa berharap supaya undang-undang gantian ini akan meneruskan semangat dan roh ISA yang telah dibentuk berdasarkan Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam aspek ini, walaupun Perkasa terkejut dengan tindakan memansuhkan ISA, Perkasa telah menyampaikan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri mengenai bentuk serta kandungan undang-undang gentian ISA.

Ini kerana undang-undang yang meneruskan semangat dan roh ISA ini masih diperlukan di Malaysia. Oleh itu, pemerintah tidak perlu takut dan gentar terhadap apa jua reaksi alternatif mengenai undang-undang gantian kepada ISA ini.

Perkasa meminta pemerintah menggubal serta melaksanakan undang-undang gantian ISA ini secara bijaksana supaya ia turut mencakupi aspek keselamatan masyarakat, keselamatan insan, keselamatan pemerintah, keselamatan nasional dan juga kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa perjuangan Perkasa adalah untuk memangkin perpaduan. Untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, mereka mesti terselamat daripada sebarang ancaman dan terbebas daripada ganggu-gugat.

Untuk mereka terselamat daripada ancaman dan gugatan, kita semua perlu memelihara dan melindungi keluhuran undang-undang utama kita, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Pada waktu yang sama, ingin saya tegaskan bahawa Perkasa bukannya pertubuhan politik. Sebaliknya, Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan. Oleh sebab itu, Perkasa tidak akan menyertai mana-mana pilihan raya. Biar pun begitu, Perkasa dan seluruh ahli-ahlinya boleh turut mencorakkan politik tanah air, jika Perkasa terus dikecam, dihina dan diperlekehkan.

Paling tidak, Perkasa boleh mengenal pasti calon-calon yang perlu kita nyahkan kerana menghina agama dan bangsa kita serta tidak mendaulatkan Perlembagaan negara.

Akhir sekali, keberkesanan serta kejayaan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam meneruskan perjuangan membentengi Alif (agama) Ba (bangsa) dan Ta (tanah air), adalah memerlukan jemaah kepimpinan yang komited, berdedikasi, ikhlas dan jujur.

Sunday, October 30, 2011

perkasa

Perkasa dan Rahim

Majlis perasmian Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di ibu negara, baru-baru ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit.

Hampir 7,000 perwakilan dan pemerhati hadir sehingga melimpah ke luar dewan.

Di sebalik Perkasa menerima banyak tekanan dan asakan, ternyata sokongan kepada pertubuhan tersebut terus meningkat termasuk dari kalangan orang muda.

Awang turut hadir ke majlis perasmian Perkasa bagi memenuhi jemputan sebagai pemerhati. Memang terasa getarannya, sorakan daripada perwakilan dan para hadiri silih bergema.

Seperti biasa ucapan Presiden, Ibrahim Ali menjadi tumpuan. Kandungan ucapannya menarik, segar dan dikupas secara ilmiah dengan mencakupi persoalan agama dan bangsa dalam konteks kesejahteraan untuk semua kaum. Memang tepat dengan tajuk ucapannya, Perkasa Pemangkin Perpaduan, yang harus diamati oleh musuh-musuh Perkasa jika mahu berlaku adil kepada pertubuhan itu.

Antara penekanan yang mendapat sorakan besar daripada perwakilan apabila Ibrahim mengulangi tekad Perkasa untuk mempertahankan perlembagaan dan asas kenegaraan.

Selain itu, pendirian Perkasa untuk terus menyokong kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah mesej yang jelas kepada semua bahawa pertubuhan itu bukan ancaman.

Awang angkat topi kepada Ibrahim. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, hakikatnya beliaulah yang banyak mencorakkan kejayaan Perkasa.

Dari sebuah pertubuhan yang pada awalnya tidak banyak diberi harapan, kini Perkasa terus melangkah gagah. ‘‘Hanya yang cekal dan berani sahaja dapat membina mercu perjuangan penuh mencabar,’’ kata Ibrahim. Awang setuju.

Majlis perasmian Persidangan Agung Perkasa ke-2 menyaksikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor diberi anugerah tertinggi Perkasa.

Anugerah itu diberikan atas sumbangan besar beliau kepada negara terutama aspek keselamatan negara. Rahim merupakan tokoh ketiga menerima anugerah tersebut selepas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.

Rahim turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan perasmian persidangan.

Beliau memberikan perspektif menarik tentang cabaran keselamatan negara dengan berlatar belakang sejarah ancaman pengganas komunis yang ada hubungan kait ketika itu dengan gelombang aliran fahaman marxisme dunia.

Rupa-rupanya banyak yang boleh digali daripada bekas Ketua Cawangan Khas Polis ini untuk mendalami realiti. Ini termasuk sebahagian daripada aktivis Melayu berhaluan haluan kiri yang menjadi musang berbulu ayam. Matlamat ulung mereka adalah untuk menjadikan Malaysia negara republik. Ada yang berselindung atas imej agama dan nasionalis. (Persoalan marxisme dan komunisme turut melanda Indonesia. Antara buku yang boleh dijadikan rujukan ialah Siapa Menabur Angin Akan Menuai Badai tulisan Soegiarso Soeroyo. Ia turut memaparkan sebahagian dari fail sulit unit perisikan yang belum pernah terdedah.)

Alangkah baiknya jika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dapat mengikuti ucapan Rahim untuk memahami realiti sebenar sebelum menjulang Mat Indera, salah seorang pengganas komunis sebagai wira.

Tetapi Awang lebih tersentuh dengan seruan Rahim agar Melayu kembali bersatu sebagaimana yang dibuktikan ketika menentang Malayan Union dan menolak ideologi komunis.

Katanya, orang Melayu ketika itu miskin dari segi ideologi, ilmu pengetahuan apatah lagi ekonomi. Namun tiga perkara yang orang Melayu ‘kaya’ iaitu ketaatan kepada raja-raja Melayu, agama dan perpaduan. Kekayaan itulah yang menyebabkan ancaman dan krisis pada era berkenaan mampu ditangani. Persoalannya mampukah Melayu kembali kepada tiga kekayaan tersebut terutama melibatkan perpaduan pada era gelombang lain iaitu hak asasi manusia? Sedangkan ancaman untuk menjadikan Malaysia republik - sama ada disedari atau tidak - makin mengasak kita. Awang tiada jawapan.

BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT

Friday, October 28, 2011

amil pun menipu

Amil diburu polis
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila seorang amil yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai dekat sini, menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.

Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.


Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihaknya masih mengesan suspek selepas menerima laporan daripada MAINJ berkaitan perkara itu.

“Redzuan yang memiliki MyKad 830803-01-5859 dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun hingga 10 tahun, denda dan sebatan.


“Suspek menghilangkan diri selepas mengutip wang zakat untuk tempoh sebulan di bandar berkenaan, keluarganya juga tidak tahu di mana lelaki itu berada,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Redzuan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Lydia Mastura Alias di talian 019-2216766 atau 07-6632222 sambungan 6436 atau balai polis berhampiran.

Dalam kes berasingan, pihaknya meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan menawarkan jualan kereta baru pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran, namun gagal menyerahkannya kepada pelanggan.


“Suspek, Mohd Syafiq Ram Abdullah, bernombor MyKad 711204-07-5591 dengan alamat terakhir di C3-02-02 Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Suspek memperdaya tiga mangsa di Kulaijaya, taktiknya ialah menawarkan harga rendah sebelum menghilangkan diri bersama wang mangsa,” katanya.

perkasa

Perkasa pemangkin perpaduan

DATUK IBRAHIM ALI
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) lahir untuk memperkasakan Perlembagaan Persekutuan - melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan Raja-Raja Melayu sebagai simbol bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Perkasa juga bangkit untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu, memperkasakan kaum pribumi, serta menyatupadukan bangsa Melayu dan kaum pribumi dengan seluruh rakyat jelata Malaysia yang majmuk.

Hakikat, aspirasi dan cita-cita ini adalah dalil bahawa Perkasa wujud untuk mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan negara, keunggulan Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin perpaduan rakyat, keselamatan masyarakat serta kelangsungan Malaysia.

Ringkasnya, Perkasa berjuang untuk memastikan negara dan seluruh bangsa di Malaysia bebas daripada sebarang ancaman.

Ini juga bermakna Perkasa bukannya pertubuhan yang terlalu obsessed atau terlalu menumpukan matlamat dan cita-cita perjuangannya hanya kepada soal bangsa Melayu dan Bumiputera sahaja. Perkasa adalah pemangkin perpaduan bangsa Malaysia seluruhnya.

Hasrat, matlamat dan cita-cita ini juga membuktikan Perkasa bukannya pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman. Perjuangan Perkasa adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara dan menepati Konsep 1Malaysia.

Oleh sebab itu, biarpun aktiviti dan program Perkasa selama ini tidak pernah dibiayai oleh mana-mana dana rasmi, dan walaupun Perkasa bergerak dalam serba kekurangan, kita tetap tidak akan lemah semangat, malahan terus mara dan berjuang secara konsisten.

Hakikat ini penting untuk difahami oleh seluruh rakyat Malaysia serta parti politik aliran perdana dan alternatif. Perkasa tidak lahir untuk mengambil alih atau mengatasi peranan UMNO sebagai tunggak pemerintahan Malaysia. Perkasa juga tidak lahir untuk memusuhi parti-parti pembangkang tanpa sebarang sebab.

Perkasa lahir untuk sama-sama membentengi pemerintahan negara daripada ancaman musuh yang menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam, keselamatan negara dan kelangsungan Malaysia.

Perjuangan Perkasa hari ini jadi semakin relevan dengan tuntutan zamannya. Ini kerana sejak awal abad ke-21, Malaysia mula berhadapan dengan berbagai-bagai kerenah yang boleh mengancam keselamatan identiti atau jati diri bangsa Melayu dan Bumiputera serta jati diri lain-lain keturunan. Karenah ini juga boleh mengancam Malaysia sebagai negara majmuk.

Perkasa amat prihatin terhadap perkembangan ini kerana matlamat akhir perjuangan Perkasa adalah untuk memastikan Malaysia selamat dan rakyat Malaysia pula terbebas daripada ganggu-gugat.

Perkasa menitikberatkan hal ini kerana keselamatan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, atau budaya. Sekali lagi saya ulangi, Perkasa adalah pemangkin perpaduan pelbagai bangsa.

Lantaran itulah Perkasa sentiasa memantau apa jua perkembangan, tindakan dan kenyataan yang menjejaskan kepentingan agama Islam serta bangsa Melayu dan Bumiputera, terutama sekali yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkasa prihatin dalam konteks ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama negara yang mempunyai tiga komponen penting.

Pertama sekali, Perlembagaan Persekutuan mengandungi komponen kontrak bangsa atau racial contract. Keduanya, Perlembagaan Persekutuan mengandungi komponen susunan nasional atau national order. Ketiganya, Perlembagaan Persekutuan mengandungi komponen prosedur pengurusan negara atau national management procedure.

Ketiga-tiga komponen ini wujud untuk menjamin perpaduan seluruh warganegara Malaysia, keselamatan tanah air, dan kemakmuran negara.

Kontrak bangsa dalam Perlembagaan Persekutuan dimanifestasikan oleh Perkara 3 (Islam sebagai agama Persekutuan), Perkara 14 (kewarganegaraan), Perkara 32 (Yang di-Pertuan Agong), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan) dan Perkara 153 (keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera).

Seluruh peruntukan ini dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan oleh kerana adanya permuafakatan, persetujuan dan penerimaan majoriti bangsa Melayu dan Bumiputera, keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya, sewaktu Perlembagaan negara digubal pada tahun 1956.

Pada ketika itu, majoriti bangsa ini diwakili oleh Perikatan - UMNO mewakili majoriti bangsa Melayu dan Bumiputera, MCA mewakili keturunan Cina, dan MIC mewakili keturunan India. Kesemua parti politik ini memberikan persetujuan dan menerima seluruh peruntukan dalam kontrak bangsa ini.

Mereka bersetuju berasaskan dua mandat utama yang diberikan oleh Ratu Inggeris dengan perkenan Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan.

Mandat pertama adalah untuk memberikan perlindungan kepada kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Mandat kedua adalah untuk melindungi kepentingan yang sah yang dimiliki oleh lain-lain bangsa yang menjadi warganegara secara jus soli menerusi kemerdekaan Malaysia.

Mandat-mandat ini diberikan pertimbangan serius oleh Suruhanjaya Reid sebab kedua-duanya sudah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, iaitu perlembagaan Tanah Melayu di ambang kemerdekaan.

Lebih penting lagi, kedua-dua mandat ini bukannya dicipta oleh bangsa Melayu atau diketengahkan oleh keturunan Cina dan India. Menurut rekod di arkib negara, kedua-dua mandat ini dikemukakan oleh Leftenan Duff, seorang pegawai tentera British yang kemudiannya menduduki jawatankuasa yang membentuk Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Kedua-dua mandat ini dirangkumkan ke dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan demi memelihara perpaduan rakyat dan negara Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan sosio-budaya dalam era merdeka.

Oleh itu, janganlah kita asyik curiga bahawa peruntukan-peruntukan strategik mengenai bangsa Melayu dan Bumiputera serta peruntukan-peruntukan strategik mengenai bangsa-bangsa lain di Malaysia di era merdeka ini adalah dibentuk dan digubal atas kehendak bangsa Melayu dan Bumiputera atau sebaliknya.

Dengan itu, marilah kita semua, baik bangsa Melayu dan Bumiputera atau keturunan Cina, India dan lain-lainnya, sama-sama berganding bahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Para sarjana purba mengenai politik, keselamatan, kenegaraan dan kemasyarakatan menegaskan bahawa permuafakatan, persetujuan dan penerimaan pelbagai kumpulan masyarakat terhadap kepentingan masing-masing dalam usaha membentuk suatu masyarakat atau negara yang baru, adalah dikenali sebagai kontrak sosial.

Oleh sebab itu, persetujuan majoriti bangsa Melayu dan Bumiputera serta keturunan Cina dan India terhadap seluruh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti di atas adalah dikenali sebagai kontrak sosial.

Namun begitu, oleh kerana perkataan sosial dalam konteks Malaysia, lazimnya membawa makna yang kurang serius, inilah sebabnya saya mengistilahkan kontrak sosial ini sebagai Kontrak Bangsa.

Saya memilih istilah ini oleh kerana peruntukan-peruntukan di dalam kontrak bangsa inilah yang membolehkan 1.9 juta keturunan Cina dan India serta lain-lainnya dijadikan warganegara Malaysia secara jus soli pada 31 Ogos 1957.

Kontrak bangsa inilah juga yang menyebabkan majoriti keturunan Cina, India dan lain-lainnya menerima hakikat bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal di negara ini.

Pada waktu yang sama, kontrak bangsa inilah yang menyebabkan bangsa Melayu dan Bumiputera sedia berkongsi tanah air ini dengan seluruh keturunan Cina, India dan lain-lainnya setelah mereka menjadi warganegara.

Oleh sebab itu, kontrak bangsa ini bukannya diwujudkan untuk menonjolkan ketuanan Melayu. Sebaliknya, ketuanan Melayu telah lebur apabila kontrak bangsa diwujudkan dan Malaysia pula ditransformasikan menjadi sebuah negara majmuk.

Maka, inilah sebabnya kontrak bangsa ini mesti dipelihara pada setiap masa. Sebarang ganggu-gugat terhadapnya pasti menyebabkan ancaman kepada seluruh bangsa.

Contohnya, pada 1964, apabila seluruh peruntukan Perlembagaan di bawah kategori kontrak bangsa ini dipertikaikan oleh pihak-pihak yang memperjuangkan propaganda Malaysian Malaysia, situasi keselamatan di negara kita tergugat, keharmonian seluruh bangsa kita terjejas, dan kelangsungan Malaysia turut terancam.

Lantaran inilah beberapa sarjana sejarah dan keselamatan di Malaysia dan Singapura pernah menegaskan bahawa pada ketika itu, situasi keselamatan di Malaysia Semenanjung dan juga Singapura, sangat-sangat membimbangkan.

Oleh sebab itulah Singapura disingkirkan daripada Malaysia, kerana pemerintah mahu mengelakkan pertumpahan darah yang dijangka meletus di Singapura daripada merebak ke seluruh Malaysia Semenanjung.

Maka, inilah buktinya, apabila kontrak bangsa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan diganggu-gugat pada tahun 1964-1965, pemerintah terpaksa mengorbankan sebuah daripada wilayahnya untuk dipisahkan daripada Malaysia.

Contoh kedua adalah mengenai ancaman kepada kontrak bangsa pada tahun 1969. Apabila beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang dirangkumkan dalam kategori kontrak bangsa ini diganggu-gugat, termasuk oleh segolongan parti politik yang mewarisi propaganda Malaysia Malaysia, maka tercetuslah satu konflik kaum yang serius.

Oleh sebab itulah Laporan Rasmi Mageran atau Majlis Gerakan Negara yang diterbitkan pada 9 Oktober 1969, menyatakan bahawa antara punca yang menyemarakkan sentimen perkauman pada ketika itu adalah ganggu-gugat terhadap Perkara 3 mengenai Agama Islam, Perkara 152 mengenai Bahasa Melayu dan Perkara 153 mengenai keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan ini, terbuktilah apabila Perkasa bangkit untuk menentang sesiapa sahaja yang mengancam Perlembagaan Persekutuan, niat Perkasa adalah untuk mengelakkan kontrak bangsa ini daripada dijadikan punca menyemarakkan api perkauman yang boleh membakar kita semua, waima bangsa Melayu dan Bumiputera, keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya.

Inilah sebabnya perjuangan Perkasa adalah difokuskan ke arah memangkinkan perpaduan negara. Malangnya, pada hari ini wujud kalangan buta sejarah yang menyatakan bahawa kontrak sosial atau kontrak bangsa tidak pernah wujud di Malaysia.

Pihak yang memutarbelitkan realiti sejarah pula menegaskan, kontrak sosial atau kontrak bangsa ini tidak pernah disebut oleh Suruhanjaya Reid.

Kelompok pak turut atau burung kakak tua pula termakan dengan dakyah kononnya kontrak sosial atau kontrak bangsa ini dicipta oleh UMNO sebagai taktik untuk mendominasikan keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya.

Kepada seluruh golongan ini, perkasa tegaskan bahawa kontrak sosial atau kontrak bangsa wujud di Amerika Syarikat, wujud di Malaysia dan wujud di beberapa negara lain.

Teori dan konsep mengenai kontrak sosial atau kontrak bangsa ini pernah dikemukakan dalam karya sarjana serta ahli falsafah politik dan keselamatan seperti Thomas Hobbes (1588-1679), John Locke (1632-1704), Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), John Rawls (1972) serta David Gauthier (1986).

Di Malaysia, konsep ini pernah diperjelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Oleh sebab itu, kontrak sosial atau kontrak bangsa di Malaysia adalah sesuatu yang benar dan perlu dihargai oleh seluruh bangsa Melayu dan Bumiputera serta keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya. Kontrak bangsa inilah yang memanifestasikan permuafakatan ke arah cita-cita membina sebuah negara Malaysia yang majmuk secara aman, damai, makmur dan sejahtera.

Rumusannya, seluruh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mencerminkan kewujudan kontrak bangsa ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perbalahan kaum di Malaysia di era merdeka.

Komponen susunan nasional dimanifestasikan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 8 (kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) serta larangan-larangannya, Perkara 11 (kebebasan beragama) serta sekatan-sekatannya, dan Perkara 149 (perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan lain-lainnya, termasuk permusuhan kaum.

Seluruh peruntukan Perlembagaan dalam kategori ini diwujudkan untuk memelihara perpaduan rakyat, ketenteraman awam serta keamanan negara. Jika peruntukan-peruntukan ini dicabar atau diprovokasikan, kesannya adalah kepada seluruh bangsa Malaysia, tanpa mengira agama atau sosio-budaya.

Maka, inilah sebabnya seluruh pemimpin bangsa Melayu dan Bumiputera serta pemimpin keturunan Cina dan India mempersetujui peruntukan-peruntukan ini supaya dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka bersetuju sebab mereka prihatin terhadap perpaduan bangsa, ketenteraman awam dan keselamatan negara Malaysia di era merdeka. Lantaran itulah susunan nasional ini sama pentingnya dengan kontrak bangsa.

Komponen ketiga, dalam Perlembagaan Persekutuan adalah prosedur pengurusan negara yang dimaktubkan untuk meregulasikan sistem pentadbiran negara serta menyelaraskan kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Perkara-perkara ini tidak pernah dipertikaikan sebab tidak mengandungi unsur-unsur politik.

Bagaimanapun, prosedur pengurusan negara ini saling kait-mengait dengan kontrak bangsa dan susunan negara. Lantaran itu, ia juga tetap penting untuk dipelihara.

Thursday, October 27, 2011

kalau karpal

Karpal hipokrit pertahan tindakan hakim peluknya

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pengerusi DAP, Karpal Singh disifatkan seorang hipokrit apabila cuba mempertahankan tindakan seorang hakim Mahkamah Sesyen yang memeluknya selepas membuat keputusan supaya seorang pengurus bank membayar peguam itu ganti rugi RM2 juta ekoran kemalangan yang dialami pada 2005.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Karpal juga dilihat tidak konsisten kerana menyifatkan tindakan hakim itu hanya atas dasar seorang yang dikenalinya secara peribadi.

"Sekarang ini apa dia nak kata, bila seorang hakim peluk dia selepas buat keputusan memihak kepadanya. Selama ini dia yang selalu pertikai hakim-hakim

"Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir makan malam dengan hakim-hakim, dia pertikai. Bila kena batang hidung dia sendiri, apa dia nak buat? Ini ibarat ludah naik ke langit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ibrahim diminta mengulas gesaan Majlis Peguam yang meminta supaya siasatan dijalankan terhadap seorang hakim Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang, Chan Jit Li yang dikatakan memeluk Karpal selepas membuat keputusan yang memihak kepada Karpal itu.

Dalam keputusan itu, pengurus bank berkenaan diperintah membayar ganti rugi RM2 juta terhadap Karpal kerana melanggar teksi yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sehingga menyebabkannya lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu.

Majlis Peguam membuat gesaan itu memandangkan tindakan hakim itu boleh memberi persepsi salah kepada masyarakat bahawa hubungan Karpal yang mengenali hakim itu secara peribadi boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam pengadilan kes tersebut.

Karpal dalam respons kepada Majlis Peguam itu berkata, hakim itu tidak seharusnya dihukum kerana tindakannya itu.

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan hakim itu boleh menimbulkan syak wasangka dan pilih kasih di dalam pengendalian dan penghakiman kes Karpal itu.

"Dan kenyataan Karpal yang mempertahankan tindakan hakim itu mengingatkan kembali kepada sikap Karpal sebelum ini yang bermati-matian menggesa supaya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan dengan alasan Timbalan Pendakwaraya mengenali Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Adakah ini perjuangan DAP yang ingin diterjemahkan dalam sistem kehakiman kalau mereka berkuasa?" katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader yang bersetuju dengan gesaan Majlis Peguam itu berkata, rakyat sudah pasti akan mempersoalkan tindakan hakim membuat keputusan menyebelahi Karpal itu memandangkan peguam itu mengenalinya.

Katanya, tindakan hakim itu juga yang mengadili kes itu walaupun beliau mengenali Karpal boleh dipersoalkan.

"Hakim itu boleh menarik diri daripada kes itu sebelum ini lagi tetapi beliau tidak berbuat demikian. Sepatutnya hakim tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pengadu (Karpal), jadi lebih elok satu siasatan diadakan," katanya.

Wednesday, October 26, 2011

pas kedah mahu rampas rumah murah

5,000 rumah penduduk miskin bakal dirampas

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita atau merampas rumah di rancangan perumahan awam (RPA) di negeri ini berikutan kegagalan pemilik melunaskan tunggakan yang melebihi RM20 juta sejak 25 tahun lalu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, tunggakan itu melibatkan 5,000 buah rumah atau 30 peratus daripada keseluruhan lebih 20,000 unit rumah perumahan awam yang ditawarkan menerusi skim sewa beli kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah.

Katanya, tunggakan itu melibatkan jumlah yang tinggi, malah ada di kalangan pemilik rumah tidak pernah membuat sebarang pembayaran sejak menduduki kediaman tersebut.

Jelasnya, kegagalan melunaskan tunggakan ini menyekat peluang kepada lebih 15,000 pemohon yang memerlukan rumah di negeri ini.

"Rumah itu ditawarkan pada harga subsidi iaitu RM25,000 seunit dengan bayaran bulanan antara RM50 hingga RM100 tetapi ada di kalangan pemilik langsung tidak pernah membuat bayaran sejak menduduki rumah itu.

"Tunggakan itu melibatkan pembeli di hampir semua daerah di Kedah. Kegagalan mereka melunaskan tunggakan menyukarkan pihaknya menyelenggara kawasan perumahan itu," katanya kepada pemberita di Wisma Darulaman di sini semalam.

Tambahnya, Bahagian Perumahan kerajaan negeri juga akan membuat tindakan sama ke atas pembeli rumah yang melanggar syarat perjanjian kerana menyewakan rumah tersebut kepada pihak lain.

"Berdasarkan rekod, sejumlah 20 peratus pembeli melanggar syarat tersebut dan perincian jumlah sebenar akan dibuat dari semasa ke semasa oleh Bahagian Perumahan," katanya.

Menurut Phahrolrazi, pihaknya masih membuka ruang perundingan kepada pembeli untuk melunaskan tunggakan menerusi penjadualan semula hutang mereka.

Berikutan itu katanya, pihaknya akan menghantar notis tunggakan sewa itu kepada pembeli terbabit mulai minggu depan dan tempoh 14 hari diberikan untuk mereka berunding dengan Bahagian Perumahan berhubung tunggakan itu.

"Pembeli boleh datang ke Bahagian Perumahan untuk berunding bagi menyelesaikan masalah hutang mereka," katanya.

Program perumahan itu dilaksana sekitar awal tahun 1970-an melibatkan rancangan perumahan awam menerusi skim sewa beli dan program perumahan rakyat bagi tujuan sewaan sahaja atau transit kepada golongan miskin serta berpendapatan rendah.

Kadar sewa bagi rancangan perumahan awam ialah RM50 hingga RM100 sebulan untuk tempoh antara 20 hingga 25 tahun manakala program perumahan rakyat dengan kadar sewa bulanan antara RM90 hingga RM124.

putar cerita

EKSKLUSIF ... Blogger Pembangkang MILOSUAM ... AKAL PENDEK TAHAP MAKSIMUM! ... Kah Kah Kah ...

| Monday, October 24, 2011

Macam mana mahu GWM mulakan artikel ini ... tak tahan! Tak tahan gelak ketawa sepanjang menulis artikel maut ini.

Papa Gomo yang duduk bersebelahan GWM dah berguling sambil menepuk-nepuk lantai, tak tahan membaca artikel blogger tersohor pakatan haram.





GWM dan Papa Gomo cukup tertarik dengan penghasilan artikel beliau, mantap, cukup menghiburkan ... bakal Raja Lawak Astro yang baru.

GWM paparkan petikan artikel blogger tersohor pro pakatan haram ini ... baca dengan penuh konsentrasi ...




HEBOH sejak beberapa hari lalu tentang dakwaan pelanggan yang berasa tertipu dengan harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia.

Bagi mengesahkan dakwaan tersebut, semalam ReJaM© bersama beberapa orang rakan telah melawat sendiri restoran tersebut di Lorong Medang Tuanku Satu, Kuala Lumpur.

Di sebelah pintu masuk, tergantung sebuah banner yang menunjukkan harga sarapan pagi RM1.00 jika pelanggan memilih sekeping roti canai / kuih dan secawan teh tarik.

Manakala bagi juadah makan tengah hari, Restoran Rakyat 1 Malaysia ini menawarkan harga RM3.00 untuk nasi campur dengan lauk daging / ayam / ikan serta sayur dan papadom bersama segelas air sirap.

ReJaM© memilih untuk makan nasi dengan sedikit lauk daging masak kari dan telur sambal bersama dengan air teh O ais. Lihat gambar di atas.

Ini bermakna lauk yang ReJaM© pilih jauh lebih murah berbanding makanan yang ditawarkan di dalam banner tersebut.

Malangnya harga yang terpaksa dibayar lebih kurang serupa sahaja dengan harga kedai-kedai lain. Lihat resit di bawah ini, ReJaM© dikenakan bil sebanyak RM5.70 untuk nasi campur (RM4.50) dan Teh O Ais (RM1.20).

Cerita punyalah gempak dalam media-media pengampu, seolah-olah makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia ini semuanya murah. Tapi hakikatnya makanan murah di Restoran Rakyat 1 Malaysia hanyalah propaganda lunak terhadap "Gagasan 1 Malaysia".




Sudah baca artikel ... lihat pula gambar-gambar yang diambil ... perhatikan kotak-kotak merah yang GWM highlight ...








Nampak apa-apa perbezaan? Nampak Bengong betul blogger pakatan haram ni ...

Bang ... menu sudah tertulis, lu pun dah tulis nasi + lauk daging / ayam / ikan + sayur + papadom + air sirap = RM 3.00 (package price / harga pakej)

Lu pegi melantak nasi + 2 ketul daging + telur sambal + teh o ais ... harga pakej dalam menu ke bang?

Of course lah harga lain ... Astaghfirullahl'azim! Reti ke baca menu ni dalam standing banner? Menu Rakyat 1 Malaysia offer package price (harga pakej) ... package price!

Sama juga jika kita pesan McDonald Value Meal. Jika beli Big Mac, Coke dan French Fries secara berasingan, harga pun berasingan dan mahal ... lu tak faham terminologi harga pakej ke MiloSuam?



Macam mana top ranking pro pakatan haram tapi boleh menghasilkan artikel tahap budak UPSR. Eh bikin malulah komuniti blogger-blogger pakatan haram!

Mahfuz, Husam ... Berapa lu bayar top blogger pakatan haram ni bulan-bulan?


sumber dari gelombang wangsa maju

cina di china vs cina di malaysia

Pemandu lori sengaja melanggar kanak kanak 5 tahun sampai mati untuk elak bayar bil hospital..

26 October 2011


Ibu Xiong merenung mayat anaknya yang masih
berada dibawah tayar lori...

Dunia hari ini penuh dengan manusia yang pelik pelik dengan perangai yang pelik pelik juga.Di Luzhou Barat China seorang pemandu lori Ao Yong yang tidak sengaja terlanggar Xiang Maoke yang berumur 5 tahun telah mengundurkan lorinya sekali lagi untuk memastikan Xiang Moake benar benar mati bagi mengelakan dia terpaksa membayar bil hopital.

Perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah disaksikan oleh saksi  Zhang Shifen,"Saya melihat lori itu berundur dan kemudian melanggar Xiang sekali lagi dan mengheretnya kira kira 10 meter",kata nya.

Sickening: The truck that killed Xiong as he was walked home to school in Luzhou, western China

Kejadian ini berlaku 2 minggu selepas kejadian langgar lari yang berlaku terhadap Yue Yue 2 tahun disebuah pasar yang ditayangkan di seluruh dunia melalui Youtube,dimana 18 orang yang lalulang tidak mengendahkan Yue Yue sebelum dia diselamatkan dan meninggal di hospital 2 hari kemudian.

Ignored: In a similar incident the previous week, Yue Yue was left with horrific brain injuries and never recovered

Gambar Yue Yue yang meninggal selepas 2 hari
berada di hospital

Bagi penduduk negara China membayar pampasan untuk kematian LEBIH MURAH dari menanggung BIL HOSPITAL.Kerajaan China tidak menyediakan perkhidmatan hospital percuma untuk rakyatnya yang berjumlah hampir 1.3 billion orang.

Sesungguh nya RAKYAT MALAYSIA harus bersyukur kerana hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk mendapatkan perkidmatan perubatan PERCUMA dan tidak perlu menjadi PEMBUNUH saperti dinegara China untuk mengelakan kos rawatan hoispital.

rugi beri air percuma

Akibat air percuma, anak syarikat kerajaan Selangor rugi

PEMIKIR TULEN
Selangor

HASRAT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi air percuma kepada rakyatnya adalah untuk tunai janji pilihan raya dulu.

Tetapi hasrat yang baik sahaja tidak akan melahirkan natijah yang baik juga apabila Laporan Audit Negara mendedahkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, kerugian lebih RM112 juta kerana menanggung kos memberi air percuma kepada rakyat.

Malah bagi dua tahun sebelumnya KDEB rugi RM131 juta dan RM68 juta. Ini ditambah pula oleh sikap penggunaan air secara membazir dan tidak berhemah oleh sebilangan besar pengguna.

Kaedah pemberian air percuma ini juga tidak tepat kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.

Dalam pada itu, pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini.

Saya tertarik dengan cara Syabas melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka.

Nasihat saya kepada Menteri Besar Selangor sebelum melaksanakan apa juga program untuk kebajikan rakyat, rancanglah dengan teliti terlebih dahulu. Buat penilaian daripada segi impak positif dan negatif program tersebut, kadar keupayaan bajet sama ada mampu atau membebankan kerajaan atau tidak serta perkiraan lain seperti pembaziran, kerugian wang rakyat dan pelbagai lagi.

Tidak kurang pentingnya ialah adakah nasihat pakar yang arif dalam bidang berkaitan telah dirujuk atau sekadar menggunakan teori sendiri atau mendengar nasihat pakar yang yes man sahaja.

Pendedahan tentang kerugian KDEB ini berserta kegagalan kerajaan Selangor memberi kebenaran membina loji Langat 2 adalah petanda jelas kerajaan Selangor tidak berdaya menangani isu kepentingan rakyat dengan bijak dan pertimbangan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya rasa matlamat untuk memenuhi konsep negeri berkebajikan sudah jauh menyimpang.

kaji saja...

Kisah Hudud I: Kaji, kaji, kaji...?

Oleh Zaini Hassan



Aceh melepasi keghairahan Kelantan dalam melaksanakan hukuman hudud. Jika Kelantan melaksanakan kelak, hukuman seperti ini boleh dicadang diadakan di hadapan Masjid Muhammadi, Kota Bharu setiap kali selepas solat Jumaat. Di Pulau Pinang pula, di hadapan Kompleks Komtar. Gambar ini menunjukkan seorang wanita menghadapi hukuman rotan di khalayak ramai di Aceh kerana melakukan maksiat.

SAYA amat teruja membaca berita utama New Straits Times (NST) semalam (25 Oktober) mengenai langkah kerajaan Pas Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji “kemungkinan melaksanakan” Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, atau hukum hudud di negeri itu. Jawatankuasa itu terdiri daripada panel 19 anggota.

Saya juga cukup teruja kerana selepas Nik Aziz Nik Mat berhempas pulas membangkitkan isu itu (terutamanya menjelang ketibaan pilihan raya umum) sejak 1990-an (kira-kira 20 tahun lalu), baru kini ia mahu dikaji?

Sepatutnya ia hanya menunggu untuk pelaksanaan sahaja dan soal teknikal telah diselesaikan sejak belasan tahun malah puluhan tahun dulu lagi.

Saya dan mungkin jutaan lagi rakyat Malaysia amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Islam Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu.

“Ia (panel itu) akan mengkaji kemungkinan melaksanakan enakmen itu, kerana ia mempunyai pandangan perundangan yang ia (hudud) boleh dijalankan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Jawatankuasa itu akan melihat sebarang ruang yang ada untuk pelaksanaan. Jika ada, jawatankuasa itu akan membuat syor kepada kerajaan negeri,” kata Amar kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri itu kelmarin.

Sekali lagi saya kebingungan. Mahu kaji lagi? Mahu cari ruang lagi, mahu mencari syor lagi. Saya cukup sedih kerana selepas lebih 20 tahun soal hudud digembar-gemburkan ia masih dalam kajian?

Kajian apa lagi wahai Tuan Guru Nik Aziz? Sepanjang pengalaman saya membuat liputan di Kelantan dulu (semasa Nik Aziz mula menjadi MB), setiap kali isu hudud dibangkitkan, inilah bunyi ceritanya – kaji, kaji, kaji...

Sekali lagi saya cukup bingung dan keliru. Apakah Nik Aziz mahu membingungkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam? Sudahlah Tuan Guru. Cukuplah.

Saya, yang mengikuti soal hudud ini sudah terlalu lama merayu Nik Aziz cepat-cepatkanlah melaksanakan hukuman hudud itu di Kelantan dan negeri-negeri pakatan pembangkang lain, terutamanya di Pulau Pinang.

Sudah tentu Lim Guan Eng juga akan mengalu-alukan hukum hudud dilaksanakan di negerinya kerana ia boleh menjamin Pulau Pinang bebas daripada jenayah di negeri itu. Lagipun kan Guan Eng seorang pejuang (advocate) anti jenayah dan moral yang hebat.

Sesiapa yang didapati melanggan GRO rakyat China yang terlalu ramai di negeri itu sekarang akan dihukum rotan di khalayak ramai, di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Dengan sendirinya tugas polis pun akan lebih ringan dan sekali gus rumah-rumah persundalan dan kelab-kelab GRO akan dapat ditutup. Selangor juga, dikhabarkan sedang menghadapi masalah kebanjiran rumah urut yang semakin bercambah. Ia juga boleh dilaksanakan di Selangor.

Wahai Tuan Guru Nik Aziz marilah kita berdoa supaya pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan.

Lagipun, Kelantan mencatatkan kes HIV/AIDS yang tertinggi di Malaysia, yang kini sudah mula menjangkiti isteri-isteri pasangan masing-masing.

Bagi Karpal Singh, yang pernah berkata “langkah mayat” dia dulu jika undang-undang dan konsep negara Islam itu mahu diadakan juga perlulah akur. Hormatilah sedikit Nik Aziz yang merupakan orang berpengaruh dalam pakatan.

Bagi negeri-negeri lain pula, perkasakanlah isu-isu ekonomi, muamalat dan munakahat kerana ia akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam.

Apabila perut kenyang dan terhindar daripada kemiskinan maka tiadalah wujud jenayah dan kekufuran yang bukan-bukan.

(Baca: Di antara Syariat Islam dan hukum hudud di bawah tulisan ini yang dipetik: Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.)

Saya berharap Nik Aziz, ikhlaslah kali ini. Laksanakanlah segera hudud di Kelantan. Jika boleh luluskanlah cepat. Kami semua sudah penat dengan isu yang tidak habis-habis ini. Jangan biarkan orang lain gelak kepada kita.

KISAH HUDUD II: DI ANTARA

SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD

INI adalah perspektif kedua mengenai hukum hudud yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. Ia ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Ketua Biro Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA (www.isma.com).

Ikuti tulisan beliau:

SEMASA saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering di musim sejuk mula berbunga lebat berwarna ungu hampir di setiap jalan di universiti, di sebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gulana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba.

Begitu juga di Malaysia, di setiap penghujung empat tahun lalu apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ke tengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihan Raya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respons para pengundi di bandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam.

Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimbangan realiti.

Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar di seluruh negara.

Ada pun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.

Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah Rasul-Nya, Muhammad SAW, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan dakwah Islam ke negara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam.

Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun.

Sebab itu al-Quran yang mempunyai lebih 6,000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”.

Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Adapun hukuman yang digelar “Hudud”, ia adalah tujuh hukuman yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan di sini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang tujuh itu adalah seperti sekitar 5 peratus (%) dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya.

Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1. bunuh, 2. zina, 3. menuduh zina/qazaf, 4. curi, 5. minum arak, 6. samun/qat’ tariq, 7. bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh Parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, di dalam bahasa Inggeris bermakna “already defined”.

Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% daripada ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% daripada undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka dari segi matematiknya hudud hanya 5% x 5% = 0.25% daripada keseluruhan ajaran dan Syariat Islam sebenarnya.

Ia bukan segala-galanya mahupun juzuk besar daripada ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.

Begitu juga yang kita maksudkan dengan rumah tangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman).

Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai pelbagai aspek Syariat Islam yang lain.

Ringkasnya, apa yang rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya di siaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat daripada belenggu budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan di rantau, menguatkan kesatuan umat dan membanteras perpecahan, menguatkan hubungan di antara negara-negara Islam, menyebarkan roh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membanteras rasuah, membanteras pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan pelaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud.

Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu hudud menjelang pilihan raya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun di antara dua musim pilihan raya, media massa merosakkan umat dengan memaparkan budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ke tahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta wang dan kekayaan negara.

Semangat roh jihad di kalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih di dalam keadaan yang minimum.

Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinisikan oleh Imam Hasan Al-Banna yang bermaksud “tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan di atas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam ke seluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai roh.

Seperti mana juga dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan dalam satu perlindungan (iaitu negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)". Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar.

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati.

Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri.

Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.

Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan.

Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu daripada masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku.

Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan daripada cuba meyakinkan dengan perkataan.

Tuesday, October 25, 2011

lepas gaddafi

Lepas Gaddafi siapa pula?

SESIAPA sahaja pemimpin dunia yang tidak sebulu dengan Barat atau pun cuba 'bermusuh' dengan Amerika termasuk zionis Yahudi maka negara itu bersama pemimpinnya akan 'dihuruharakan' oleh kuasa itu dan sekutunya kerana mereka mempunyai kepakaran untuk menghancurkan negara yang menentang mereka.
Lihat sahaja apa terjadi kepada negara Islam yang tidak disenangi oleh Barat. Muammar Gaddafi adalah mangsa konspirasi terbaharu.
Ada yang berkata saat-saat Gaddafi dibunuh adalah kebetulan dengan krisis yang berlaku di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain ekoran tekanan rakyat terhadap ketidakadilan sistem kapitalisme mereka.
Kini pemimpin Syria dan beberapa lagi pemimpin di dunia Arab pula diambang kejatuhan yang akan menerima nasib sama dan menunggu detiknya sahaja, sama ada diusir atau ditangkap atau dibunuh dengan 'bantuan' kuasa luar.
Yang menjadi igauan kuasa itu sekarang ialah Republik Islam Iran yang kononnya memiliki senjata nuklear.
Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak bersatu dan bersikap nafsu nafsi masih ditakuk lama bermusuhan sesama sendiri hanya kerana taksub kepada pemimpin atau kaumnya sahaja ataupun berpuak-puak dalam dunia aliran mazhab masing-masing sehingga berbunuhan sesama Islam.

giliran malaysia bila

Akan selamatkah Malaysia?


Muammar Gaddafi mengangkat tangan dari sebuah kenderaan selepas bermesyuarat dengan perwakilan pemimpin lima negara Afrika mengenai konflik Libya di Tripoli pada 10 April 2011. – REUTERS


APAKAH kuasa asing tidak akan campur tangan memberikan bantuan menerusi soft power atau ketenteraan sekiranya berlaku kebangkitan dari dalam Malaysia yang dapat membantu pendemokrasian yang secucuk dengan kehendak dan kepentingan globalisasi ke arah “Satu Dunia Satu Amerika”?
Apakah apa yang berlaku terhadap Tunisia, Mesir dan Yemen tidak akan berlaku ke atas Malaysia sebuah negara Islam yang sering diprojekkan kepada Barat sebagai tidak memberikan keistimewaan kepada orang Islam, tidak memberikan persamaan hak kepada rakyat dan tidak memberikan kebebasan mutlak kepada rakyat.
Pemerintahan beraja di Syria juga sedang diganggu gugat dan menunggu masa keruntuhannya dan tindakan ke atas Iran yang menjadi matlamat utama kuasa Barat dalam map road globalisasi di Asia Barat masih ditangguhkan kerana penyusupan anasir-anasirnya ke negara itu dan juga sokongan dari dalam belum cukup mantap.
Pada peringkat ini, media Barat dengan soft powernya – televisyen, internet , akhbar dan sebagainya sedang menyebarkan satu demi satu maklumat ke seluruh dunia yang menunjukan penindasan tehadap rakyat Iran. Ini adalah strategi yang dilakukan terhadap semua negara yang tidak disenangi oleh mereka.
Terkini, seorang pelakon wanita Iran Marzeih Vafamehr dihukum penjara setahun dan sebatan 90 kali kerana lakonan dalam sebuah filem yang mengisahkan pembatasan yang dikenakan terhadap artis di negara itu.
Media Malaysia juga turut menyiarkan besar-besaran cerita ini dari hanya suatu sumber tanpa penjelasan dari pihak yang dicemarkan seolah-olah setiap berita yang datang daripada agensi berita Barat benar belaka. Kesedaran menjadi alat atau diperalatkan sudah tidak wujud lagi.
Ketika era Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia juga menjadi bahan laporan negatif media Barat mengenai kekangannya terhadap kebebasan media, penyalahgunaan kuasa, rasuah, projek kereta nasional, pembangunan Putrajaya dan sebagainya.
Walaupun Mahathir tidak memusuhi Barat tetapi dianggap bukan sahabat baik “Kuasa Besar” kerana beliau sering berterus terang terhadap ketidakadilan dan sikap talam dua muka mereka dalam dasar ekonomi, sosial dan politik dan kerana beliau juga mengkritik sikap berat sebelah dan pembohongan media Barat.
Pemimpin Afrika Selatan yang tersohor Nelson Mendela walaupun mendapat sanjungan tinggi media Barat kerana kemanusiaannya tidak membalas dendam kekejaman orang kulit putih di negaranya dan terhadap dirinya tetapi telah digambarkan sebagai orang tua nyanyuk bila sahaja beliau membantah ketidakadilan dasar ekonomi Barat terhadap sebuah negara Afrika.
Presiden Suharto yang merupakan sahabat baik Amerika Syarikat dalam menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) sebuah parti komunis terbesar di Asia di luar China dan memberikan harapan baru kepada rakyat Indonesia juga akhirnya mati dalam penghinaan media Barat dan tekanan hasutan luar ke atas rakyatnya.
Penggulingan secara kejam pemimpin-pemimpin negara Asia Barat satu demi satu, tidak boleh dinafikan kewajarannya kerana di antara mereka telah menjadi raja yang zalim setelah menjatuhkan pemerintahan beraja. Cuma kerajaan mereka berselindung di sebalik panggilan atau nama “Presiden” yang memberikan konotasi pemimpin rakyat.
Memang ada sebab untuk mereka digulingkan oleh rakyat tetapi kewajaran untuk kuasa-kuasa asing menceroboh dan menjatuhkan pemimpin yang diketahui sebagai musuh mereka boleh dipersoalkan. Dalam usaha membunuh pemimpin Libya Kol. Muammar Gaddafi, negara-negara Perancis, Britain dan Amerika Syarikat dengan bangga mengakui penglibatan mereka.
Soalnya apakah campur tangan asing membantu mereka yang menentang kerajaan boleh berlaku atau tidak ke atas Malaysia? Apakah kita akan selamat kerana dari sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka, kita adalah sahabat rapat Barat? Apakah kita akan dibiarkan mempunyai kebebasaan sendiri?
Tidak dapat dinafikan pemimpin-pemimpin awal kemerdekaan negara yang mendapat pendidikan Barat telah menjadi alat Barat. Mereka tidak sealiran dengan pemimpin-pemimpin Asia lainnya seperti Indonesia, India dan negara-negara Indochina. Allahyarham Dato’ Onn Jaafar sendiri adalah alat kepada Barat dan diikuti Tunku Abdul Rahman dan rakan rakannya.
Tetapi ini bukanlah suatu kesilapan tetapi suatu kebijaksanaan kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang berpandangan jauh dan mahu menyelamatkan orang Melayu dan juga tidak mahu dijajah oleh komunis China atau kuasa besar yang tidak demokratik.
Malaysia menjadi negara yang tidak popular dan tidak diyakini di kalangan negara Afro Asia, tetapi dengan sokongan Barat yang melihat potensi pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura untuk sejalan dengan mereka maka kedua-dua negara muncul sebagai negara yang kemajuan dan kestabilan ekonominya mendahului negara Asia lainnya.
China, Indonesia, India dan Indochina mengikuti jalan ini setelah keruntuhan komunisme.
Sikap Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan dasar luarnya amat menyenangkan Barat kecuali selepas Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih dan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru berikutan dengan peristiwa 13 Mei 1969 dan menghulurkan tangan persabahatan dengan Komunis China.
Maka sejak itu Malaysia telah menjadi bahan kecaman media Barat yang berpengaruh di Asia seperti Far Estern Economic Review, Wall Streert Journal, Times dan Newsweek dan sesekali oleh akhbar-akhbar British.
Apabila Singapura disingkirkan dari Malaysia maka kepimpinan republik itu yang diketuai oleh Lee Kuan Yew mendapat sokongan dari media Barat dalam menggambarkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan Melayu yang tidak adil kepada semua kaum dan menjalankan pemerintahan beraja dengan keistimewaan kepada orang Melayu.
Bersambung esok...
TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah
Karyawan Tamu Institut Pemikiran
Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia

Saturday, October 22, 2011

aziz bari nak berpolitik

Aziz Bari mula fikir ceburi politik

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Pensyarah undang-undang kontroversi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mengakui beliau kini berkira-kira untuk menceburi politik sedikit masa lagi.

Katanya, ini kerana beliau berasa tersentuh apabila melihat terdapat pihak termasuk para pelajar UIAM yang mengadakan demonstrasi di premis institusi itu bagi membantah tindakan universiti berkenaan menggantung khidmatnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau lebih mengutamakan rancangan untuk bersara awal dari UIAM bagi menumpukan perhatian kepada usaha menulis dan menerbitkan beberapa buku pada masa hadapan.

“Saya sebenarnya tidak suka berpolitik kerana melalui akademik, saya bebas mengeluarkan pendapat saya melalui landasan ilmu yang dipelajari, tiada kekangan, itu yang saya fikir.

“Tapi dengan perkembangan melihat orang berdemonstrasi kerana penggantungan saya oleh UIAM hari ini dan ada dua akaun facebook diwujudkan untuk menyokong saya, hati saya tersentuh dan mungkin ada sesuatu boleh saya buat jika berpolitik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

himpunan sejuta umat hari ini

Himpunan sejuta umat simbol perpaduan Islam – PPPMM

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Semua pihak perlu melihat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, esok bukan sahaja sebagai satu simbol menentang gejala murtad tetapi juga langkah penyatuan awal umat Islam di negara ini.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi (gambar) berkata, perhimpunan tersebut perlu disertai seberapa ramai yang boleh bagi menghantar mesej bahawa akidah umat Islam tidak boleh sama sekali dicemari.

Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Fi-Sabilillah Johor berkata, sebarang ideologi politik perlu ditinggalkan kerana perhimpunan itu tidak memerlukan pengaruh mana-mana parti, sebaliknya kesedaran yang tinggi dalam kalangan umat Islam.

“Kalau sebelum ini parti-parti politik Melayu tidak boleh bersatu kerana kekangan politik, diharap perhimpunan umat kali ini dapat menundukkan ego masing-masing untuk bersatu demi kepentingan ummah.

“Jika ada yang masih angkuh dengan jawatan dan parti politik masing-masing, ini menunjukkan keutamaan agama tidak lagi menjadi kepentingan dan nafsu serakah politik sudah menguasai diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perhimpunan di Stadium Shah Alam itu dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ia tidak melibatkan parti-parti politik.

Penganjurannya bagi membantah usaha pihak tertentu memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini yang turut menyinggung Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda mezahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah umat Islam di negeri tersebut.

A. Rahman berkata, adalah satu perkembangan yang positif jika orang Islam dapat bersatu dalam perhimpunan itu sekali gus boleh menjadi landasan untuk penyatuan dalam perkara lain secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya, umat Islam perlu sedar ancaman murtad yang sedang dihadapi melalui gerakan halus tanpa disedari dan usaha terancang pihak tertentu.

Beliau berkata, akidah adalah isu pokok kepada umat Islam dan amat malang bagi penganut sekiranya gagal bersatu dalam perkara asas yang tidak boleh dikompromi dalam apa juga keadaan.

“Adalah menyedih dan memeranjatkan apabila tindakan memerangi murtad dipertikaikan pihak tertentu. Sepatutnya, kita sama-sama menyokong sebarang bentuk usaha untuk memesongkan akidah umat Islam,” katanya.

Umat Islam yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dan tindakan JAIS menyiasat gereja itu untuk memurtadkan umat Islam wajib diperangi dalam apa juga keadaan.

perhimpunan islam besar2an

100,000 ahli pelbagai NGO dijangka hadiri Himpun


Sebahagian daripada ahli kumpulan nasyid yang akan mengadakan persembahan sempena Himpunan Sejuta Umat sedang membuat persiapan dan latihan di stadium Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 21 Okt. - Hampir 100,000 ahli daripada kira-kira 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam di sini, esok.

Menurut Setiausaha Himpun, Aminuddin Yahaya, antara NGO berkenaan adalah Gabungan Wawasan Generasi Felda, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Front Bertindak Anti Murtad, persatuan bekas polis dan tentera, persatuan silat, persatuan Islam, persatuan pelajar dan lain-lain.

Beliau berkata, jumlah tersebut tidak termasuk orang awam yang bukan ahli NGO dan mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

''Kita memang telah membuat persediaan rapi terutama dari segi keselamatan dan pengisian untuk majlis yang akan berlangsung kira-kira empat jam ini.

''Dengan sokongan yang diterima, kata beliau, Himpun yakin sasaran untuk memperkasakan suara umat Islam dalam menegakkan syiar Islam serta mencegah murtad akan tercapai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
mengenai Himpun, Aminuddin berkata, seramai 1,500 anggota pihak keselamatan dan sekretariat ditugaskan menjaga keamanan.

Jelas beliau, pihaknya juga telah menyiapkan pentas untuk persembahan dan ceramah bagi mengisi majlis yang dijangka bermula pukul 2 petang hingga 6 petang itu.

''Kita telah membuat persiapan di stadium sejak semalam dan kita optimis majlis ini akan berjalan lancar baik daripada segi pengisian mahu pun keselamatan.

''Jadi saya minta semua umat Islam hadir beramai-ramai membawa keluarga bagi memberikan sokongan," katanya.

Thursday, October 20, 2011

bahasa melayu

Bahasa Melayu sering disalah guna

SHAARI ISA
Kuala Lumpur

SAYA tergerak menulis kerana terlalu rimas dengan kata-kata dan percakapan Bahasa Melayu oleh orang Melayu sendiri melalui media yang tidak betul.

Kata-kata seperti 'ramai pendengar-pendengar' atau 'ramai penonton-penonton' di radio telah menjadi sesuatu yang biasa di telinga pendengar. Sepatutnya 'ramai pendengar' atau 'ramai penonton'.

Kesilapan yang sama sentiasa terdengar juga melalui TV oleh pengacara dan oleh pengulas sukan seperti bola sepak.

Selain itu amat mengharukan apabila terdengar pengulas sukan badminton menyatakan perlawanan perseorangan antara Lee Chong Wei dan juga Lin Dan. Pengulas sukan bola sepak pula menyebut permainan antara pasukan Selangor dan juga pasukan Perak. Dalam kedua-dua keadaan ini sudah jelas bahawa pihak pengulas tidak tahu atau tidak faham erti atau fungsi perkataan 'juga'.

Selain dari perkara-perkara yang dinyatakan itu, semakin kerap dan semakin banyak perkataan Inggeris digunakan di dalam keadaan yang tidak perlu sedangkan perkataan Melayu sudah pun ada.

Satu perkataan Inggeris yang terlalu kerap kedengaran sejak kebelakangan ini ialah perkataan 'okay' yang digunakan oleh pengacara setiap kali seseorang tetamu program itu menerangkan sesuatu. Kenapa 'okay' di sana dan 'okay' di sini pada hal perkataan 'baiklah' yang lebih bermakna sudah ada? Begitu juga perkataan 'relevan' yang telah mengenepikan perkataan 'berkaitan'.

Lagi satu saya ingin menyentuh mengenai kesilapan berbangkit daripada pengaruh bahasa Inggeris. Satu darinya berkaitan dengan kegunaan perkataan 'adalah' hasil daripada pengaruh perkataan 'is' di dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu tidak ada 'verb-to be'. Jadi sukukata seperti 'masuk adalah percuma' bukannya kata-kata Melayu yang tulen. Orang Melayu cuma berkata 'masuk percuma'. Juga 'masa itu emas' bukannya 'masa adalah emas'. Satu lagi, 'pertanian itu perniagaan' bukannya 'pertanian adalah perniagaan'.

Ada beberapa contoh lagi sebagai bukti tentang telah mula tergelincirnya Bahasa Melayu dari landasan asal. Tidak cukup ruangnya untuk diturunkan di sini.

Ingin saya mencadangkan supaya sesuatu kursus atau panduan bahasa diusahakan oleh pihak yang berkuasa atau oleh mana-mana institusi pengajian tinggi bagi mengemaskan kegunaan Bahasa Melayu oleh kakitangan media.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

gaji orang tempatan 15 pati 21

Gaji kami RM13-15 sehari, pekerja asing RM21?

PEKERJA TEMPATAN
Muar

WALAUPUN dunia kian berubah tapi apakah malang nasib sebahagian pekerja swasta tempatan yang masih bergaji pokok di antara RM13 dan RM15 sehari. Wajarkah mereka dituduh memilih pekerjaan?

Pihak wakil pekerja telah bertahun-tahun memohon pada kerajaan untuk menetapkan gaji minimum tetapi sehingga kini belum ada khabar gembira, menantikan buah yang tidak gugur-gugur.

Justeru, saya terkejut dan hairan apabila pekerja asing yang baru masuk dan yang diperbaharui kontrak di arah bayar gaji pokok RM21 sehari.

Sengkek dan murah sangatkah pekerja tempatan hingga dianaktirikan? Kebanyakan majikan menyediakan pekerja asing dengan asrama, api, air, pengangkutan percuma dan ada yang levi pun ditanggung. Pekerja tempatan pula, semua sendiri tanggung dan tiada siapa peduli untuk membela.

Subsidi-subsidi kerajaan, rakyat asing pulun habis.

Lihat sahajalah betapa enak dan lumayan hidup mereka membanjiri setiap bandar ketika cuti umum. Seolah-olah bandar mereka yang punya. Habis kontrak, lari ke tempat baru dengan identiti baru.

Oleh kerana majikan akur arahan kerajaan membayar pekerja asing RM21 sehari, timbul pula satu lagi malapetaka, kini pekerja baru gaji lebih tinggi daripada pekerja lama dan pekerja tempatan terus ketinggalan.

'Kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan.'

tok khatib

Apabila Ustaz S berkhutbah di Tanjung Pauh...

CUCU PENDEKAR SUDIN

SECARA bergilir dua minggu sekali Ustaz S akan mengambil gilirannya membaca khutbah hari Jumaat di Masjid Tanjung Pauh, Jitra.

Giliran menjadi khatib akan dipergunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mengkritik pentadbiran kerajaan dan mengangkat serta menyanjung perjuangan parti pembangkang.

Isu-isu seperti kes liwat dan hudud telah berkali-kali disebut dalam khutbahnya dan tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah memberi promo untuk khutbahnya dan diletakkan di semua pintu masuk masjid untuk memberi pendedahan awal tentang isi kandungan khutbahnya.

Ustaz S sepatutnya memberi khutbah yang sesuai untuk anak kariah dan isu setempat (jika sekalipun tidak mahu membaca teks khutbah yang telah disediakan oleh pejabat agama).

Masih banyak masalah setempat dan masalah anak bangsa yang perlu dilihat oleh Ustaz S.

Ustaz S patut menggunakan masa berkhutbah untuk mendidik, menasihat dan memberi jalan penyelesaian pada masalah setempat.

Ustaz S pernah membuat kerja-kerja mendidik dan menasihat semasa menjadi Pegawai Dakwah di Jabatan Pelajaran Kedah sekitar tahun 90-an.

Kenapa dahulu boleh berceramah senada dengan kehendak kerajaan tetapi kenapa pula hari ini sudah tidak mampu lagi?

Adakah dulu menjadi ulama upahan dan kini menjadi muktabar (authority). Janganlah menggunakan ruang bersuara ketika berkhutbah sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain.

digelar jaguh kampung

UMNO kini ‘Jaguh Kampung’ sahaja

ISU-ISU AKHBAR CINA

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 15 Oktober 2011 melalui ruangan pendapatnya memaparkan tulisan Wing Zi berkenaan kejayaan UMNO mempertahankan kerusi dikawasan luar bandar.

Selepas 16 kali pertandingan, BN kalah semua tempat di kawasan bandar tetapi akhirnya dapat dikejar kembali selepas menang di kawasan-kawasan kampung.

Walaupun sebelum ini UMNO menjadi sebuah parti yang kuat di seluruh negara dan jatuh menjadi parti jaguh kampung, ia lebih baik daripada parti-parti lain yang tiada tempat bergantung.

Jika di kawasan kampung pun UMNO kalah, bukankah bahana kiamat dan tamat riwayat bagi UMNO menjelang 2012 ini?

UMNO masih miliki kawasan perkampungan, masih boleh bernafas dan mereka boleh bangkit kembali untuk berjuang.

Mengambil iktibar strategi Mao Zhi Tong, yang menggunakan penduduk kampung mengepung bandar dan menawan kembali kawasan yang tewas, mungkin UMNO akan dapat bangkit dan kembali kuat!

Walaupun UMNO semakin payah untuk mendapatkan undi dari kawasan bandar, sayap-sayap UMNO mempunyai Perkasa yang begitu banyak keahliannya.

Mereka begitu bersatu padu di bawah naungan Dr. Mahathir yang memainkan isu perkauman, di bawah gelombang keahlian yang begitu besar mereka mahu meneruskan pegangan kuasa yang ada di negara ini untuk kepentingan segelintir orang.

Pengundi Melayu di kawasan bandar yang tidak kelaparan namun tidak juga mati mengalami pelbagai kepahitan hidup, adakah mereka sanggup ikut cara-cara itu? Selagi Dr. Mahathir panjang umur, sayap-sayap UMNO dan bumiputera masih mempunyai pengaruh yang begitu kuat.

UMNO hanya mendapat sokongan pengundi dari kawasan perkampungan dan terpaksa hidup bersama dan sehidup semati dengan cara orang kampung sahaja.

Tanggungjawab terhadap pelabur asing

AKHBAR China Press bertarikh 14 Oktober 2011 dalam ruangan ‘kedai kopi orang ramai’ memaparkan tulisan Foo Chek Ching berkenaan tanggungjawab pembangkang terhadap pelaburan asing di Malaysia.

Bajet 2012 kelihatan seperti persaingan antara dwikuasa, ditambah pula dengan keseronokan rakyat mendapat bahagian dalam pembahagian duit tetapi sebaliknya sektor perdagangan tidak terangsang!

Selepas tsunami politik negara dan kemelesetan ekonomi di Eropah dan Amerika berulang, apa yang rakyat harapkan adalah rangsangan daripada jangkaan dan kritikan perjalanan bajet itu.

Model Baru Ekonomi BN bertentangan dengan model buku Jingga Pakatan Rakyat termasuklah model bajet kewangan pakatan pembangkang.

Kedua-dua pihak tidak boleh menjanjikan apa-apa tetapi secara terbuka berkata cara mereka paling bagus dan cara mereka ideal untuk mentadbir negara ini.

Malangnya, tekanan yang dialami oleh pakatan pembangkang kini akibat mereka telah mengumumkan Kabinet bayangan seperti umpama makanan yang telah basi. Ini termasuk gara-gara calon keluar parti dan calon-calon yang telah meninggal dunia menyebabkan semua itu menjadi bahan ketawa orang ramai.

Tiada seorang pun berani mengkritik siapa yang memberi gula-gula, dalam bajet kewangan pakatan pembangkang juga dengan jelas kelihatan memberi gula-gula; wang tunai, kupon pengguna dan membantu rakyat golongan miskin sebagai pertimbangan mereka.

Mereka membantu menyelesaikan masalah ekonomi rakyat sebagai hala tuju pembangkang sedangkan hanya mahu mendapatkan sokongan tiket-tiket undi untuk dalam jangka masa pendek.

Bajet kerajaan yang memberi kupon pengguna, kenaikan gaji, tambah usia pencen semuanya itu untuk menyekat inflasi dan juga sebagai landasan untuk menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.

Mengatasi inflasi bermakna hanya mengekalkan perbelanjaan keperluan asas, tidak merangsang kepada mendidik pengguna dan kerana itu pelaburan dalam negeri tidak terangsang dan tidak bergerak.

Pelabur asing tidak datang melabur ke negara ini, itu adalah tanggungjawab parti pemerintah dan parti pembangkang.

Peniaga melihat negara ini masih dalam persengketaan dalaman dan sebagai pelabur asing, mereka tidak akan mengambil risiko tanpa menyelidik sebelum membuat pelaburan besar di negara ini.

Mereka juga khuatir polisi-polisi pelaburan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa, golongan kumpulan proksi juga akan ada perubahan dan yang akan menjadi mangsa nanti adalah wang pelaburan yang telah mereka keluarkan.

Pada pertengahan 2011, keadaan pelaburan boleh dikatakan masih dalam keadaan baik tetapi selepas itu tempahan pelabur asing semakin mengecil.

Jika dibandingkan antara 2010 dan 2011, peruntukan pameran antarabangsa untuk rangsangan eksport telah dikurangkan sebanyak 70 peratus (wang geran galakan pameran) dan kecondongan untuk eksport kelihatan semakin berkurangan.

Dalam keadaan tidak meneruskan aktiviti pameran, produk-produk eksport antarabangsa kelihatan semakin mengecil dan tidak seperti apa yang telah dijangkakan.

Pada tahun mendatang, mungkin tidak ada banyak perubahan. Memanjangkan usia persaraan kepada umur 60 tahun akan membebankan industri kecil dan sederhana kerana majikan akan tanggung gaji pekerja-pekerja lama yang bergaji tinggi selama lima tahun lagi.

Walaupun tindakan ini boleh membantu meringankan beban keluarga dan negara serta boleh menstabilkan masyarakat, ia tidak terkecuali daripada tanggungjawab dan beban di sektor perdagangan.

Apa yang kita boleh harapkan adalah berkaitan KPI perubahan ekonomi negara ini termasuk sumber pertanian yang bernilai tinggi seperti minyak sawit, getah, durian dan ternakan ikan.

Calon MCA hanya yang boleh menang

AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 15 Oktober 2011 melalui ruangan pendapatnya tulisan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkenaan calon MCA dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kedengaran MCA akan mencalonkan pemimpin-pemimpin dari pertubuhan Cina untuk bertanding dan ada juga yang mengatakan MCA akan menurunkan orang luar dari parti MCA.

MCA mempunyai 1.106 juta ahli sejak ditubuhkan pada 1949. Sepanjang 60 tahun lalu, ahli-ahli parti sering mendekati aktiviti-aktiviti rakyat dari peringkat pengelola sekolah, PIBG, sehingga ke peringkat persatuan perkampungan asal China, persatuan pertubuhan keluarga dan persatuan sektor-sektor industri.

Ahli-ahli MCA peringkat bawahan berpegang kepada semangat berkhidmat kepada masyarakat dan kita boleh lihat di mana-mana sahaja ada jejak-jejak MCA secara agresif.

Rata-rata ahli MCA mempunyai dua status, yang pertama mereka ini memberi jasa kepada pertubuhan-pertubuhan Cina, kedua mereka ini ialah keluarga besar MCA.

Jika mereka diarah untuk mengambil bahagian dalam PRU akan datang, mereka pasti bukan dari golongan pertubuhan CIna mahupun orang-orang luar daripada parti MCA, mereka adalah perwakilan MCA.

Pada 20 Ogos, saya pernah sentuh tentang siapakah calon MCA dalam rencana akhbar ini dan menyentuh jika mahu menang , bukan semata-mata mengharapkan MCA, ia perlu lihat sokongan seluruh rakyat. PRU akan datang ini, MCA akan berlawan habis-habisan dan akan berundur.

Ahli-ahli MCA yang menjangkau jutaan orang berselerak di merata tepat dalam pertubuhan-pertubuhan dan sektor, mereka mungkin juga orang yang agresif dalam pertubuhan tetapi dalam parti mereka ini tiada sebarang jawatan ataupun sebagai ahli biasa sahaja.

Jika mereka mahu ke depan, mungkin banyak rintangan kerana struktur dan fakta parti memang amat pentingkan jawatan sebagai elemen untuk pemilihan calon-calon bertanding.

Mungkin ahli-ahli parti tidak dapat terima calon-calon yang bertanding itu kerana tiada sebarang jawatan dalam parti.

Ada sesetengah orang yang mempunyai jawatan pula menganggap mereka kalah atau menang tidak begitu penting. Pada mereka, bertanding dalam PRU itu adalah matlamat terakhir dalam berpolitik tetapi tidak memikirkan jika mereka kalah akan menjejaskan parti.

Dalam suasana dan keadaan politik hari ini, MCA tidak akan calonkan orang yang tidak boleh menang untuk bertanding kerana ini tidak ada kaitannya dengan nama baik peribadi seseorang. Ia akan memberi impak kepada keseluruhan nadi dan nyawa MCA.

Semasa Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dan membentangkan laporan BN, beliau mengingatkan ahli komponen perlu calonkan individu yang boleh menang sahaja dan jika tidak dicalonkan, jangan sesekali angkat kaki kerana ia boleh menjejaskan kemenangan BN.

Nadi dan nyawa MCA juga seiring kata-kata Najib, mahu mencalonkan mereka yang boleh menang sahaja, tidak kira sama ada calon itu payung terjun dari langit ataupun dari kalangan pemimpin pertubuhan Cina.

Mereka semua itu adalah rakan-rakan dan ahli dari kalangan MCA juga dan yang paling penting, mereka bertanding boleh menang bagi pihak MCA!
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, October 19, 2011

awang hitam makin membiak...

Isu warga Afrika meruncing


PELAJAR warga Afrika berjalan dekat sebuah kolej swasta di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.


* Masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan warga Afrika di negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah kini semakin meruncing dan memerlukan tindakan drastik kerajaan untuk mengatasinya.
* Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar warga Afrika khususnya yang terlibat dalam jenayah komersial dan narkotik yang ditahan adalah pelajar kolej swasta.
* Statistik imigresen menunjukkan 29,000 pelajar warga Afrika berdaftar secara sah di kolej-kolej swasta di seluruh negara namun jumlahnya disyaki berlipat kali ganda jika mengambilkira mereka yang tinggal melebihi masa.
* Setakat ini masalah kebanjiran warga Afrika yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pelajar manakala Jabatan Imigresen mengeluarkan pelekat pas pelajar, dilihat masih gagal dikawal.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, October 15, 2011

hudud

Antara Hudud Pas dengan Hudud Allah...


Perbezaan Antara Hudud Pas Dengan Hudud Sebenar
dipetik dari mykmu.net

Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud (Nota: Hudud Pas). Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.

Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariahMalaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.

1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.

Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.

Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud (Nota: Hudud Pas). Hudud (Nota: Hudud Pas) juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud (Nota: Hudud Pas) yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.

Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).

Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud (Nota: Hudud Pas) itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.

Ini kerana Hudud (Nota: Hudud Pas) dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlmsurat DrMahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (maslahat umum)”.

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.

Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak diguna pakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.

Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbezaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.

Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.

Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.

Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.

Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.

Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”

Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.

Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.

Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.

Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.

Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.

mykmu.net