Tom Clancy, khayalan dan kenyataan
Oleh Ku Seman Ku Hussain
AMERIKA Syarikat (AS) dan sekutunya memburu Osama Ben Laden selepas peristiwa serangan ke atas New York pada 11 September 2001. Mereka memusuhi Osama kerana dituduh sebagai perancang serangan yang tercatat dalam sejarah moden AS sebagai terburuk itu.
Walaupun novelis sering dikatakan terpisah dengan alam nyata dan berada di alam khayalan dengan lesen kreatif yang ada kepada mereka, peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) pada 11 September sebenarnya sudah lama diisyaratkan oleh novelis techno-thriller Tom Clancy.
Karya-karya Tom Clancy termasuk beberapa yang pernah diadaptasi ke filem kembali menjadi bacaan untuk meninjau hubungan antara khayalan seorang novelis techno-thriller dengan kenyataan yang dihadapi AS. Tragedi WTC dan Pentagon mempunyai hubungan sangat rapat dengan apa yang difikir sekaligus dibimbangkan Tom Clancy sejak lama dulu.
Setakat ini, Tom Clancy telah menghasilkan novel-novel yang dikelaskan sebagai techno-thriller, suatu genre baru yang dipelopori oleh broker insurans ini. Antara yang cukup popular malah menjadi genre arus perdana ialah The Hunt for Red October, Red Storm Rising, Patriot Games, Clear and the Present Danger, The Sum of All Fear, Without Remorse dan Executive Orders.
Tom Clancy menyuntik fakta yang sukar dinafikan Pentagon, CIA atau FBI. Malah novel-novel beliau pernah disaran menjadi bacaan pegawai kanan Pentagon sendiri kerana igauan masa depan (flash forward) yang sangat rapat dengan kenyataan sistem pertahanan AS.
Bagi penggemar Tom Clancy, watak Jack Ryan yang dihadirkan dalam novel Patriot Games adalah lambang wira AS. Tom Clancy memilih memberi tumpuan kepada hal ehwal yang berkaitan dengan teknologi ketenteraan yang canggih milik AS. Kebimbangan sekali gus peringatan penting Tom Clancy dalam semua novel itu ialah kealpaan manusia membuatkan teknologi gagal berperanan.
Dalam tragedi serangan ke atas WTC dan Pentagon, pemerhati politik menganggap semua itu disebabkan kealpaan AS yang selalu menganggap kuasa luar sebagai kecil, tidak bermaya malah tidak mungkin berani mengusik AS. Dengan memiliki sistem pertahanan tercanggih, AS tersilap apabila semua teknologi yang dimiliki dipisahkan dengan manusia.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
No comments:
Post a Comment