Saturday, March 12, 2011

amaran bagi pas

AMARAN KEPADA PAS

KEKALAHAN Pas di dua pilihan raya kecil (PRK) yang baru berlalu merupakan amaran awal kepada parti tersebut untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan mereka dalam pakatan pembangkang.

Adakah ia menguntungkan atau merugikan. Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti lebih besar bermaksud pengundi Melayu ramai yang telah kembali memilih UMNO. Kepercayaan orang Melayu terhadap Pas berkurangan apabila mereka bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika di kawasan Melayu pun mereka kalah maka di manakah mereka akan menang. Saya berpendapat, sekiranya Pas masih dengan pakatan pembangkang, wakil mereka di Parlimen pasti akan berkurangan.

Terserah kepada Pas untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini, hakikatnya mereka boleh lihat dan kaji keputusan PRK yang baru berlalu.

Pas juga perlu mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir untuk pemimpin paling atas parti mereka yang telah terlalu lama berkuasa. Adakah ahli Pas seberani rakyat Mesir yang mereka sendiri sanjungi?

FAUZI ASMARA.COM

No comments:

Post a Comment