Saturday, March 19, 2011

dna

Pengikut Anwar tak faham DNA?

SAYA tertarik dengan kenyataan beberapa penyokong fanatik Anwar Ibrahim yang saya kenali kerana mereka mendakwa jika Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah, DNA beliau akan disalah guna untuk dijadikan bahan bukti kononnya ditemui dalam dubur individu yang mendakwa diliwat itu.

Sebagai lulusan jurusan sains yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu genetik, saya memang kagum bagaimana sesuatu yang merupakan fakta boleh diputar untuk kepentingan peribadi seperti mana pemahaman tentang DNA ini sehinggakan orang ramai boleh percaya akan dakwaan sedemikian.

Mengikut pengetahuan saya, walaupun semua sel badan mempunai susunan DNA yang sama, kod bagi setiap sel adalah berbeza.

Sebagai contoh mudah, DNA di dalam sel darah tidak sama dengan DNA dalam sel sperma.

DNA darah manusia (dari sel darah putih) mempunyai susunan penuh 46 kromosom (23 pasang) yang terdiri daripada 44 autosom dan 2 kromosom seks (XX untuk wanita, XY untuk lelaki).

Sel sperma pula merupakan sel pembiakan manusia dan hanya mempunyai separuh bilangan kromosomnya (22 autosom dan 1 kromosom seks X atau Y).

Apabila sperma itu bersenyawa dengan ovum wanita yang mempunyai 22 autosom dan kromosom seks X sahaja, barulah terbentuk sel individu baru dengan 46 kromosom lengkap bagi melahirkan seorang bayi yang normal.

Maka, adalah mustahil DNA dari sel darah disalah guna untuk dijadikan bukti kononnya ia datang dari sel sperma pula, seperti mana yang diputar pihak tertentu sehingga mengelirukan orang ramai.

TIDAK FANATIK

Selayang Baru

No comments:

Post a Comment