Sunday, July 29, 2012

islam pas dgn umno

Saturday, July 28, 2012

Ekslusif - PAS Mengaku Sesat????!!!


Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi.

Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.

Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO.

Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.



Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu di Kelantan. Kalau nak disebutkan rentetan usaha UMNO sejak 1957 bagi pembangunan Islam, jumlahnya terlalu banyak berbanding sekelumit usaha PAS.

Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), UMNO menubuhkan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), Perkim dan Felda, antara badan yang menekankan kepentingan umat Islam di negara ini. Semasa DEB, UMNO menubuhkan universiti-universiti – UKM – untuk memberi ruang lebih luas kepada generasi Melayu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Bank Islam, UIA, ASN. ASB, IKIM, Pusat Islam – semuanya lahir dari idea kepimpinan UMNO. Mampukah pemimpin PAS merangka program-program sebesar ini?

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri Kelantan seluas 2,000 ekar kepada syarikat bukan-Melayu dari Singapura untuk ditanam kelapa sawit perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz dengan liputan akhbar yang meluas?.



Kalau nak dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri lain yang membuka tanah berpuluh-puluh ribu ekar di Indonesia untuk tanaman kelapa sawit dengan pegangan 70 peratus kepentingan, Nik Aziz berbangga dengan kepentingan 30 peratus sedangkan syarikat asing memegang 70 peratus.

Tidak adakah syarikat-syarikat Melayu di Kelantan yang mampu membangunkan tanah kelapa sawit yang luasnya sekangkang kera itu?

Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita, khususnya di Kosovo.

PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini.

Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauh mana kejujuran politik tidak matang PAS.

Kredit Belantan.blogspot

islam kah anda






Friday, July 27, 2012

analisa selpas pas dapat kedah

ARKIB : 24/07/2012

Dilema rakyat Kedah selepas dikuasai Pas

TATKALA meraikan kemenangan Pas menguasai kerajaan Kedah mulai malam 8 Mac 2008, sikap optimis dalam kalangan pendokong gerakan Islam begitu terserlah.
Dengan komposisi penduduk Islam yang mewakili 75 peratus daripada 1.9 juta penduduk tentulah tidak mustahil untuk proses Islamisasi dilaksanakan.
Pun begitu, harapan demi harapan menemui kebuntuan. Paksi kebenaran, istiqamah memperjuangkan hudud, negara Islam, amal maaruf nahi mungkar, world view Islam, kepimpinan beramanah, berlaku adil dan ihsan kepada rakyat seolah-olah tidak lagi serasi dengan kepimpinan Pas Kedah.
Tanpa perlu menoleh kepada isu lebih rumit, teliti sahaja persoalan akhlak muda mudi di Kedah.
Dahulunya Pas begitu mengambil serius peranannya sebagai 'penjaga moral'.
Apa jua keramaian melibatkan percampuran lelaki perempuan yang bukan muhrim pasti dipandang jelek. Kini, realitinya di Kedah tidak lagi. Malah menjadi satu sifat rencam dan bertambah momentumnya penyakit moral itu tatkala lebih 300 karaoke dibenarkan beroperasi selain beberapa buah kelab malam yang saiznya cukup luar biasa dan tidak pernah terbayang akan dibenarkan beroperasi pada zaman BN dulu.
'House Bar' di kawasan majoriti Melayu di Alor Mengkudu dan 'View Nite' di belakang Tesco Mergong yang menggabungkan dan mempamerkan toleransi pemerintahan Islam Pas yang jauh tersasar daripada kehendak ahli dan dasar mereka cita-citakan selama ini.
Ini belum dihitung keberanian gerombolan anak muda yang bersantai di dalam kenderaan masing-masing di hadapan Balai Besar mengadap Masjid Zahir saban malam, sambil melabuhkan tubuh badan mereka untuk aksi yang kurang menyenangkan.
Tidak boleh dilupakan juga aksi-aksi hebat lagi berani anak muda di Jalan Pegawai, Jalan Kuala Kedah dan beberapa jalan utama lain dalam Bandaraya Alor Setar yang sering menjadi trek perlumbaan bagi golongan istimewa yang dikenali 'Mat Rempit'.
Jika mahu ditambah kepada peningkatan gejala jenayah jalanan (misalnya kecurian motosikal, ragut) ketagihan gam, air ketum tentulah satu kajian empiris lain yang menggabungkan sumber data daripada pihak berkuasa boleh dilakukan.
Namun, secara generalisasi umum tidak boleh diketepikan bahawa angka dan peratusnya pasti bertambah kerana kepimpinan dan kerajaan Pas Kedah yang dulunya cukup konsisten memperjuangkan isu moral belia, kini sudah agak keletihan daripada memperkatakannya.
Apatah lagi menguat kuasa dan mempamerkan usaha tindakan.
Lantas tatkala kelemahan demi kelemahan, dasar Islamisasi yang gagal diupayakan dengan penuh komited oleh kerajaan Pas secara meluas, kini masalah lain pula timbul yang pada akhirnya merugikan imej Islam Pas dan rakyat negeri Kedah sendiri.
Sikap dan pendekatan kepimpinan Menteri Besar Kedah yang sudah sinonim dalam kalangan rakyat Jelapang Padi sebagai Menteri Besar serba tidak tahu.
Walhal perkara yang disoal dan dituntut penjelasan lazimnya adalah di bawah bidang kuasa dan domain dirinya selaku Menteri Besar.
Misalnya, sebarang cek pembayaran bagi PKNK, Menteri Besar adalah salah seorang yang wajib menandatanganinya selaku Pengerusi.
Jadi, tatkala timbul isu pembelian saham FGV, bagaimana mungkin Ustaz Azizan boleh menyalahkan Ahli Lembaga Pengarah PKNK dan menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumi tentang pembelian lebih 500,000 unit saham berkenaan.
Jika demikian tandatangan siapakah di atas cek bayaran yang melebihi RM2 juta yang dibuat PKNK untuk pembayaran harga saham berkenaan?
Demikian juga permasalah induk lain seperti isu berleluasanya pusat hiburan dan himpitan hidup rakyat Baling kesan pembalakan menggila hingga air paip di rumah daripada jernih bertukar menjadi keruh menyala.
Apabila diajukan soalan; dengan selamba Menteri Besar yang bergelar Ustaz ini sekali lagi melepaskan tanggungjawabnya dengan kata sinis: 'Saya tidak tahu, kelulusan pusat hiburan di bawah bidang kuasa PBT, Pejabat Daerah dan polis."
Dan untuk jawapan bagi masalah air paip keruh di Baling jawapan mudahnya: "Itu semua kuasa Allah menurunkan hujan dan hujan lebat menyebabkan hakisan tanah lalu masuk ke dalam aliran sungai utama. Maka sungai menjadi keruh sebab itu air paip turut menjadi keruh."

Thursday, July 26, 2012

macam2

ARKIB : 23/07/2012

Antara NFC, Talam, MB Selangor

SAYA amat tertarik mengikuti episod pembelian tanah oleh Kerajaan Selangor dari Talam Corporation (Talam), yang terlebih bayar sebagaimana didakwa sebanyak RM100 juta dan episod yang didakwa oleh pihak pembangkang ke atas National Feedlock Corporation (NFC).
Penyelewengan dan pembaziran wang rakyat menjadi teras kepada kedua-dua isu ini dan sementara kes NFC telah diambil tindakan secara pantas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi berlaku sebaliknya kepada Kerajaan Selangor dan Talam.
Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Datuk Chua Tee Young, selaku Ketua Biro Muda Profesional MCA. Secara kasarnya pendedahan tersebut melibatkan bukan saja pembelian tanah bawah air tapi melibatkan sebahagian tanah hutan simpan.
Pengakuan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua tentang pembelian tersebut dan tindakan untuk tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah satu pengakuan yang penyelewengan wang rakyat telah berlaku.
Persoalannya, kenapa pihak SPRM dan pihak pembangkang yang lain juga berdiam diri dan tidak bising seperti mana pertuduhan yang dibuat pihak pembangkang terhadap NFC.
Kelihatan seperti pihak SPRM hanya bertindak pantas bila sesuatu pertuduhan dibuat terhadap pihak yang melibatkan Kerajaan Pusat dan bertindak tunggu dan lihat bila melibatkan pihak pembangkang.
Saya berpendapat, pihak SPRM yang pernah menyebut pihaknya boleh bertindak walaupun berdasarkan laporan akhbar, masih mengambil langkah tunggu dan lihat dan tidak berani untuk memulakan satu tindakan permulaan bagi menyiasat dakwaan Datuk Chua Tee Yong itu.
Harap jangan ada double standard dalam kita menjalankan pencegahan rasuah kerana rasuah boleh menghancurkan negara. Sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana kejantanan SPRM.
Mencari Keadilan.

kerajaan tumbang

ARKIB : 16/07/2012

Jika kerajaan tumbang?

SAYA ingin meluahkan pandangan apa yang akan berlaku sekiranya orang Melayu di Malaysia tidak bersatu. Diharap tuan dapat menyebarkan apa yang saya tulis ini.
Sudah terdapat berita yang DAP akan meletakkan calon yang ramai dalam pilihan raya ke-13. Kalau ini betul dan mereka menang sudah tentu UMNO akan kehilangan kerusi untuk memerintah.
Kita semua tahu DAP adalah kembar PAP dari dulu lagi. Sekarang Singapura sudah dipenuhi dengan rakyat Cina dari PRC hingga berjuta dan Singapura terlalu kecil.
Di mana hendak ditempatkan mereka bersama dengan rakyatnya sendiri? Jadi kalaulah DAP berkuasa sudah tentu Singapura akan bercantum semula dengan Malaysia dan apabila Singapura sudah bersatu dengan kerajaan DAP, bayangkanlah apa yang akan berlaku?
Orang Melayu hilang kuasa dan yang paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sebuah negara sama seperti apa yang berlaku apabila Singapura keluar dari Malaysia dulu.
Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi titik permulaan bagi kuasa orang Melayu sama ada akan terus kekal dalam kuasa UMNO atau jatuh ke tangan pembangkang.
Yang menghairankan ialah PKR dan Pas sanggup bersatu dengan DAP yang terang-terang musuh Melayu.
Saya bimbang kalau pembangkang menang kuasa tidak akan berada di tangan PKR atau Pas, tengoklah nanti apa yang akan berlaku ini sama seperti apa yang berlaku dalam sejarah di mana Melayu sendiri yang jatuhkan Melayu.
Saya betul-betul takut kalau nasi akan menjadi bubur.
Saya menyampah betul dengan sikap Anwar Ibrahim yang begitu ghairah sekali mahu tawan Putrajaya dan tidak sabar mahu menjadi PM.
Kalau dia jadi PM dan masih menjaga negara seperti apa yang dilakukan oleh UMNO atau lebih baik lagi mungkin kita boleh terima, tapi saya tidak fikir Anwar atau orang Pas akan kekal sebagai PM.
DAP akan terus berjuang untuk jadi PM dan apa yang akan berlaku nanti samalah seperti apa yang saya tulis di atas. Orang Melayu mesti sedar dan berusaha untuk mengelakkan daripada kehilangan kuasa di negara sendiri yang akhirnya menjadi peminta sedekah di tanah air sendiri.
Menteri-Menteri, AP dan semua orang Melayu jangan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak Melayu pada masa depan yang akan hilang segala-galanya.

khatib politik

ARKIB : 20/07/2012

Kesal masjid di Sik guna mimbar Jumaat serang Kerajaan Pusat

APAKAH peranan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik semata-mata? Ini adalah persoalan yang saya fikirkan selepas selesai solat Jumaat minggu lalu di salah sebuah masjid di daerah Sik, Kedah.
Apakah patut dalam khutbah tersebut mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport judi terbesar di dunia dan adakah wajar mengatakan bahawa pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) adalah sebagai haram kerana mengenakan riba?
Inilah yang saya dengar antara isi khutbah yang mencuit hati saya sehingga saya rasa berdosa besar kepada Allah SWT.
Ini kerana saya beranggapan khutbah itu seperti satu tuduhan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional. Dan maka saya sebagai pegawai kerajaan saya rasa berdosa besar kerana membiarkan kerajaan dituduh dalam masjid tanpa kerajaan sendiri dapat mempertahankan diri mereka.
Dan yang sedihnya, khatib itu juga adalah pegawai kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan Malaysia juga.
Bukan tidak boleh mengkritik kerajaan tetapi mengapa di dalam khutbah Jumaat? Apakah kerajaan boleh menjawab tuduhan liarnya itu di dalam masjid? Bukankah negara kita ada pentas untuk membahaskan perkara tersebut di dalam parlimen dan dewan undangan negeri? Bahkan saya tidak kisah jika tuduhan itu dilemparkan di atas pentas semasa ceramah politik parti mereka.
Tetapi kali ini saya rasa sedih kerana dibuat semasa khutbah Jumaat yang sepatutnya menggalakkan umat Islam bersatu-padu. Inilah tujuan utama khutbah Jumaat iaitu menyeru perpaduan kerana ia adalah asas Islam itu sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Setiap khatib dan yang membuat teks khutbah di Malaysia mempunyai amanah yang sangat besar untuk memelihara kekuatan ummah. Jangan memandai menokok tambah sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Jika mereka tidak mampu memikul amanah tersebut, maka mereka hendaklah berundur. Ini adalah lebih baik daripada menanggung dosa besar iaitu fitnah-memfitnah dan amalan benci-membenci di dalam khutbah.
Masalah umat Islam hari ini terlalu kompleks kerana mereka seperti merosakkan agama mereka sendiri akibat fahaman politik yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. Nabi tidak pernah menganjurkan pakatan dengan orang kafir harbi untuk menghancurkan umat Islam ini yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Ia adalah satu keadaan yang jika dibiarkan boleh merosakkan Islam dan seluruh sendi kekuatannya.
Lagipun dua negeri seperti Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas bukanlah baik sangat pun. Apatah lagi seperti Selangor sebuah negeri paling kaya, tetapi kini dalam dakapan PKR, DAP dan Pas.
Malah tidak keterlaluan saya katakan negeri-negeri tersebut seperti kelihatannya bagaikan perumpamaan sebuah labu sedang dibaiki oleh tikus. Rakyat hendak supaya buah labu semakin baik seperti harapan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, tetapi kini labunya sudah berlubang sana sini pula. Adakah labu seperti ini yang rakyat harapkan?
Kesimpulannya, khutbah Jumaat tidak wajar jadi medan tuduh-menuduh dan medan menanam perasaan benci-membenci.

kagum dgn a

ARKIB : 23/07/2012

'Saya cukup kagum dengan Anwar, tapi...'

SAYA dahulunya adalah admirer utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak menuntut di Universiti Malaya antara tahun 1981-1984.
Tambahan pula saya pernah menjadi sukarelawan mengajar anak-anak miskin di kelas STPM anjuran Yayasan Anda, satu-satunya sekolah persendirian yang diasaskan oleh Ketua Pembangkang itu.
Sehingga kini saya kerap sekali menghadiri apa juga ceramah oleh Ketua Pembangkang itu.
Sebagai seorang pensyarah yang juga banyak berceramah dalam program-program melibatkan komuniti, saya sememangnya kagum dengan retorik pidato beliau yang memang amat sukar ditandingi. Ada kalanya saya cuba meniru dan memetik beberapa ungkapan kata-kata pujangga serta ayat-ayat al-Quran yang sering beliau gunakan dalam ceramah-ceramah saya pula.
Namun apabila saya membaca temuramah Othman Omar, Pengurus Besar PKNS yang juga bekas rakan kerja saya satu masa, dalam akhbar The STAR pada 21 Julai 2012 sekali gus saya lihat ada unsur-unsur hipokrasi dalam ceramah politik Ketua Pembangkang terutama dalam janji pilihan raya beliau bahawa jika PR berjaya ke Putrajaya , antara agenda utama beliau ialah memanggil semua peneraju Pengeluar Kuasa Bebas atau Independent Power Producers (IPP) untuk menyemak kembali kadar caj yang dikenakan kepada kerajaan dalam usaha menurunkan tarif elektrik kepada rakyat.
Dalam wawancara Othman itu, beliau menegaskan bahawa pencapaian beliau selepas menerajui PKNS ialah berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM420 juta dalam tahun 2011.
Beliau juga mengesahkan dalam menjawab soalan ketiga bahawa PKNS mempunyai kepentingan saham dalam salah sebuah IPP yang sering menjadi bahan kritikan Ketua Pembangkang dan ia adalah penyumbang kepada keuntungan besar perbadanan milik kerajaan Selangor itu.
Kalau Ketua Pembangkang dalam ceramahnya berapi-api mengkritik kerajaan memeterai perjanjian yang berat sebelah dengan IPP termasuk Genting Sanyen Berhad, bagaimana pula beliau boleh membenarkan PKNS, anak syarikat kerajaan Selangor, yang beliau merupakan Penasihat Ekonominya memiliki kepentingan saham dalam syarikat yang sering dikritik mengenakan caj yang "keterlaluan" kepada kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat?
Di satu pihak beliau cuba menjadi jaguh menolong rakyat, di waktu yang sama beliau merestui sebuah perbadanan milik kerajaan negeri untuk memiliki saham dan mengaut keuntungan di sebuah syarikat yang beliau sering selar sebagai menyusahkan rakyat?
Justeru sebagai rakyat marhain, saya merayu kepada Anwar sentiasa mengamalkan "Kalimatul Haq" seperti mana yang sering ungkapkan dalam setiap ceramah beliau mutakhir ini yang mengaitkan seruannya itu dengan seruan yang sama dibuat oleh Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Presiden Ulama' Sedunia kepada perhimpunan 3 juta belia di Dataran Tahrir Mesir agar sentiasa berkata benar dan menegakkan kebenaran dan bukannya berpegang kepada strategi politik ala Niccolo Michiavelli iaitu matlamat menghalalkan apa juga kaedah dan cara yang digunakan.
Di permulaan Ramadan yang mulia ini, sebagai seorang pencinta Islam dan perpaduan, teringat saya antara wasiat terakhir Assyahid Imam Hassan Al Banna yang ditembak mati pada usia 43 tahun yang berpesan bahawa "Orang yang dicintai Allah adalah orang yang baik hati dan tutur katanya, dan orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuhan dan bersengketa sesama manusia".

pilih dr m

ARKIB : 24/07/2012

Kalau diberi peluang antara Dr. Mahathir dan Anwar

HANYA orang lembap sahaja yang menjajakan nama Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator.
Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara tidak langsung sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan secara langsung sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
Memang benar beliau terlalu ketat menetapkan sasaran kerja pegawai dan menteri Kabinet. Semasa di Bahagian Pencen, saya pernah menerima arahan daripadanya untuk menyediakan kertas Kabinet pada pukul 4.30 petang dan perlu disiapkan malam itu juga untuk mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya.
Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya untuk menyiapkan kerja yang diberi, tanpa bantuan setiausaha kerana ketika arahan diterima melalui telefon, beliau telah pulang.
Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana diberi peluang melakukan ujian seperti itu semasa saya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pencen lagi.
Semasa saya bekerja di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan di bawah Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim - iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pembangunan Negara dan Setiausaha Kabinet mengenai Infrastruktur dan sebagai ahli dalam pelbagai mesyuarat penting lain, Dr. Mahathir sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara.
Arahannya mudah difahami dan sasaran kerja yang ditetapkannya sentiasa mencabar minda dan kesabaran.
Kenapa begitu? Beliau pernah menyatakan bahawa 'minda seseorang itu kalau tidak dicabar atau tidak tahan diuji, tidak akan berkembang'.
Berlainan pula Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat saya pernah menyaksikan beliau meninggikan suara menegur kesilapan seseorang termasuk Timbalan Menteri, ahli Exco Negeri Pulau Pinang dan Ketua Jabatan.
Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi sasarannya. Dalam hal memberi keputusan Dr. Mahathir sentiasa konsisten berpandukan dasar yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan kerja kami di UPP menjadi 'mudah' walaupun tanggungjawabnya amat berat. Tetapi Anwar Ibrahim ada sekali sekala memberi kami kesulitan apabila keputusan dan arahannya bercampur baur dengan kepentingan politik.
Walaupun saya bukan ahli politik, tetapi pilihan saya antara kedua-duanya sebagai ketua yang berwibawa dan berjiwa besar adalah Dr. Mahathir.

Wednesday, July 25, 2012

duit sudah bayar

Isu tuntutan pengendali blog: Umno tunjuk bukti
M JEFFRI RAZALI
25 Julai 2012
Isu tuntutan pengendali blog: Umno tunjuk bukti
Akbar menunjukkan rekod pembayaran gaji yang sudah dijelaskan kepada Ahmad Faisal.
BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 sebagaimana dinyatakan dalam surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 sebulan beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.

“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.

“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem broadband, dua external hard disk dan satu kamera.

“Kalau benar dia  sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya.

Monday, July 16, 2012

bantuan jkm pun bayar tunggakan

JKM bayar tunggakan Bantuan Am

KUANTAN 15 Julai - Seramai 586 penerima Bantuan Am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima bayaran tunggakan fasa pertama bagi Januari hingga April tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, kerajaan memperuntukkan RM570,000 bagi tunggakan bayaran fasa pertama di daerah Kuantan.

"Sebelum ini penerima menerima bantuan bermula RM50 sebulan, namun bermula Januari lalu kadar bayaran dinaikkan kepada RM300 sebulan.

"Ekoran terdapat rungutan bayaran RM50, RM70 dan RM150 sebagai tidak memadai, maka kerajaan menaikkan kadar bantuan dengan harapan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan," katanya.

Saturday, July 14, 2012

himpunan oren

Penerokawati turut bantah Himpunan Oren

KUALA KRAU 13 Julai - Golongan penerokawati Felda Wilayah Jengka menentang keras Himpunan Oren Selamatkan Felda anjuran Pas esok kerana tidak relevan dengan situasi semasa malah menjejaskan kredibiliti Felda sebagai konglomerat berjaya di mata dunia.

Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 21, Sharifah Zaleha Syed Abu Bakar justeru mengingatkan warga peneroka tidak terpedaya dengan 'lakonan' parti pembangkang yang kononnya untuk menyelamatkan Felda.

"Pembangkang telah cuba memperbodohkan masyarakat peneroka yang majoritinya telah celik akal dan tidak mudah dibuai dengan kata-kata manis pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai perhimpunan aman membantah Himpunan Oren di Felda Jengka 21, dekat sini hari ini.

Rakannya, Azmah Nipah, 61, berkata, tindak-tanduk parti pembangkang yang berterusan menentang apa juga program atau projek yang dilaksanakan Felda dan kerajaan hanya mengundang kemarahan peneroka.

"Pembangkang khususnya Pas sanggup mengerahkan ahli parti untuk mengadakan Himpunan Oren yang kononnya untuk menyelamatkan Felda sedangkan agensi itu telah berkembang maju ke peringkat global," katanya.

Penerokawati Felda Jengka 10, Jaharah Kadir, 55, mengingatkan rakan peneroka menginsafi diri yang telah banyak terhutang budi dengan Felda sehingga kini mampu hidup senang dengan rumah besar, ada kereta dan anak belajar dengan sempurna.

"Jika dahulu di kampung hidup daif dan kemudian dipilih menjadi peneroka Felda berpendapatan sekitar RM200 sebulan tetapi kini pendapatan mencecah sehingga RM4,000-RM5,000 sebulan," jelasnya.

Pengerusi GPW Felda Jengka 10, Aminah Minan, menyifatkan Pas sudah hilang arah kerana ternyata pemimpinnya seolah-olah mendesak warga Felda menyokong perjuangan sumbang mereka itu.

"Penyenaraian FGV telah dijadikan senjata terakhir parti itu untuk menyerang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Pengerusi GPW Felda Jengka 1, Hasnah Mat Lazim berkata, perhimpunan warga Felda di seluruh rancangan masing-masing menentang Himpunan Oren tajaan Pas membuktikan jerat untuk mempengaruhi warga Felda telah gagal.

Tegasnya, waktu ini seluruh warga Felda patut bersatu dan berpadu kerana masih banyak lagi tanggungjawab besar untuk membina sebuah tamadun bangsa yang kukuh dan bermaruah.

Friday, July 13, 2012

artis masuk politik video

fikir jauh boleh gila

Berfikir terlalu jauh penyebab gila
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
SHAH ALAM – Individu yang berfikir di luar kewarasan akal fikiran akan mengalami gangguan perasaan, sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi gila.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebang-saan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaizir Ismail berkata, individu seumpama itu sering kali berhalusinasi kerana mempunyai banyak persoalan dalam fikirannya sehingga sering kali berfikir di luar kewarasan manusia normal.

"Mereka sering kali percaya kononnya bisikan-bisikan didengar itu adalah satu arahan sehingga menggerakkannya bertindak di luar jangkaan.

“Individu seperti ini berada di dalam pencarian dan suka mencipta kepercayaannya sendiri yang melebihi norma-norma kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Khalil Afandi Abd Hamid bersama rakanya Muhdalina Ahmad yang mencetuskan kekecohan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Selasa lalu.

Khaizir berpendapat, Khalil bukan dikategori sebagai pesakit mental kerana individu yang mengalami sakit mental mempunyai sejarah lampau.

Mengulas mengenai kandungan blog jayanegara1234 yang dipercayai milik Khalil itu, Khaizir menyifatkannya sebagai individu yang tersesat daripada ajaran Islam sebenar.

“Pencariannya yang terlalu jauh itu menyebabkan dia sering berhalusinasi sehingga mengatakan yang dia bertemu dengan Rasulullah, sedangkan perkara itu di luar jangkauan manusia normal.

“Bagaimanapun, Khalil juga dilihat individu yang mampu meyakinkan orang, dia tahu segala hal,” katanya.

Menurutnya, individu seperti Khalil juga boleh dikategorikan sebagai paranoid yang mana percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya dan menganggap dirinya berkedudukan penting sedangkan hakikatnya tidak.

mengamuk kerana nak kiamat

Muhdalina minta percaya kiamat dekat
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
KLANG - Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius," katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

"Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

"Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang  nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa," katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

"Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham 'perkara penting' yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam.

artis masuk pas nak kejar duit derma

Tidak seperti PAS mahupun PKR yang akan mengutip derma dalam siri ceramah meraka dan kemudiannya diagihkan kepada para penceramah. Sebab itu tidak mustahil ada artis yang masuk PAS semata mata untuk kejar berceramah bagi meraih hasil ribuan ringgit pada satu satu ceramah yang dianjurkan.

isteri dianggap sesat

ARKIB : 12/07/2012

Isteri tidak sokong Pas dianggap sesat akhirnya dicerai talak satu

RAUT wajah Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID
PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Che Hasnah ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa, semenjak berkahwin, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai Pas namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional (BN).
Tahap kesabaran suaminya 'meletup' apabila dia menghadiri ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Masa mula-mula kahwin, suami saya kata tidak kisahlah sokong parti mana pun sebab itu hak masing-masing namun sejak akhir-akhir ini dia semakin taksub sehingga mengatakan saya sesat dan memaksa saya untuk bersamanya.
"Bagaimanapun saya tetap dengan pendirian saya menyokong BN dan akhirnya dia memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu kerana terlalu marah dengan tindakan saya hadir di sebuah ceramah di Tanah Merah sebelum itu.
"Saya sendiri tidak tahu ia ceramah oleh pemimpin itu kerana hanya mengikuti kawan saya dan kami pergi pun sebab tertarik dengan hadiah cabutan bertuah dan saya juga ada minta kebenarannya untuk pergi ke situ," dakwanya yang mengajar al-Quran kepada lebih 100 pelajar di rumahnya setiap hari dengan bayaran elaun RM300 sebulan.
Che Hasnah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Chabang Tiga mendakwa, suaminya sebelum itu tidak pernah mempertikaikan fahaman politiknya namun perubahan jelas berlaku sejak Yahaya kerap pergi ke Kota Bharu untuk mendengar ceramah Pas dan apabila pulang ke rumah pertengkaran akan berlaku.
Dakwa Che Hasnah, dia percaya bekas suaminya itu dihasut oleh rakan-rakannya yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas sehingga Yahaya rasa tercabar dan mengambil tindakan drastik itu.
"Sebelum memfailkan cerai di mahkamah, dia memberitahu saya bahawa dia tidak mahu lagi tinggal di rumah kami dan akan berpindah ke rumah anak-anaknya dengan isteri pertamanya.
"Bila dia cakap macam itu, saya tidak menolak kerana saya tahu dia sudah tidak sayangkan saya kerana tidak menyokong Pas malah setiap hari dia menuduh saya macam-macam," dakwa Che Hasnah lagi.
Terdahulu, proses penceraian secara sah pasangan tersebut yang tidak dikurniakan cahaya mata dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud.
"Saya sahkan penceraian talak satu kali pertama antara kamu dengan tuntutan mutaah sebanyak RM200 dan tuntutan edah sebanyak RM600.
"Pihak lelaki perlu membayar tuntutan ini secara ansuran selama empat bulan bermula akhir Julai ke dalam akaun bank pihak wanita dengan membawa dua orang saksi," perintah Mohd. Hafiz.
Turut hadir di mahkamah adalah beberapa ahli keluarga mereka yang dipercayai anak-anak Yahaya dengan isteri pertamanya yang sudah meninggal dunia.

pkr lemah dlam pengurusan

ARKIB : 12/07/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Bukti kelemahan pentadbiran PKR

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pendedahan terbaru berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor membeli bekas lombong daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang terus membazirkan wang rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pendedahan itu wajar demi membongkar ketidakupayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir negeri itu.

Menurutnya, Selangor merupakan negeri yang maju tetapi malangnya ia ditadbir pihak yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.

"Pendedahan demi pendedahan membuktikan ada sesuatu yang tidak betul dengan cara mereka menguruskan negeri Selangor.

"Pada masa empat tahun memerintah, kerosakan yang mereka lakukan lebih teruk daripada yang terjadi sewaktu pemerintahan pihak terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor membeli empat plot tanah seluas 53.7 hektar di Danau Putra, Sepang, melibatkan transaksi berjumlah RM87.7 juta (RM15 sekaki).

Menurut Tee Yong, masalah dalam transaksi tersebut ialah sebahagian besar empat plot tanah yang dibeli adalah bekas lombong yang mana kira-kira 80 peratus daripadanya berada di bawah air.

Hamidzun berkata, penyelewengan dilakukan PKR tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana wang yang terlibat merupakan milik rakyat tetapi didagangkan tanpa meneliti keadaan dengan sebaiknya.

"Rakyat negeri ini perlu buka mata dan tidak mendiamkan diri apabila kekayaan negeri dibazirkan akibat kelemahan pentadbirnya," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, pendedahan itu sebagai bukti PKR hanya hebat berceramah tetapi apabila bekerja, mereka tidak mampu dan lemah.

"Jika selama ini, mereka sering memperkatakan kesalahan dan kelemahan pihak lain, tetapi apabila memegang kuasa, kelemahan jelas jauh lebih teruk.

"Sewaktu hebat mengkritik orang, mereka tidak sedar keburukan dan kelemahan sendiri," tambahnya.

Thursday, July 12, 2012

cerai politik

Cerai isteri hadir ceramah Hasan Ali
NOOR AZLIDA ALIMIN
12 Julai 2012
Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah,
Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam.
KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.

ptptn bantu orang miskin

ARKIB : 11/07/2012

PTPTN jelas bantu rakyat miskin

BERA 10 Julai - Mahasiswa dan ibu bapa perlu rasional dan tidak terpengaruh dengan cadangan pembangkang kononnya mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ketua Pemuda UMNO Bera, Datuk Azizan Che Omar berkata, gesaan itu hanyalah gimik politik pembangkang untuk meraih undi simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya, jika PTPTN dihapuskan kesan paling teruk akan ditanggung oleh masyarakat Melayu dan bumiputera yang tinggal di kampung tradisonal, tanah rancangan Felda, nelayan dan sebagainya.
"Ada segelintir ibu bapa dan mahasiswa menyokong penghapusan PTPTN dengan membabi buta tanpa memikirkan risiko terhadap generasi baru yang memerlukan pembiayaan pendidikan.
"Sikap bermuka-muka ini tanpa merujuk kepada pengurusan PTPTN akan lebih memburukkan keadaan apabila mereka dieksploitasi bagi tujuan politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 1,133 pelajar membabitkan RM1.7 juta di UiTM Cawangan Pahang, dekat sini kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said dan Rektor UiTM Cawanagn Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman.
Tegas beliau, pembangkang ghairah menghapuskan pinjaman tersebut dengan cadangan pendidikan percuma kepada rakyat tanpa mengambil kira kos yang perlu ditanggung kerajaan.
"Jika desakan segelintir rakyat untuk menghapuskan PTPTN, ia bermakna rakyat terpaksa membayar 100 peratus cukai pendapatan," katanya.
Pada masa sama, beliau memuji usaha PTPTN mengadakan taklimat di 35 lokasi di seluruh negara membabitkan penerima dan ibu bapa bagi menyampaikan informasi tepat kepada pelanggan mereka.

Wednesday, July 11, 2012

ahmad syukri

ARKIB : 10/07/2012

'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'

REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.
''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.
Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.
Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.
''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.
Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.
''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.
''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.
''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.

Tuesday, July 10, 2012

mengaku imam mahadi

Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'
TUAN NURSUHAILA RAJA MUHAMMAD
9 Julai 2012
Lelaki amuk di JPM dakwa 'Imam Mahadi'
Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

[BERITA BERKAITAN: Dua mengamuk di JPM, seorang mati]

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.

mula menggunakan kekerasan

Polis gagalkan cubaan amuk

PUTRAJAYA 9 Julai - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana Menteri.
“Apabila tidak dibenarkan, dengan tiba-tiba lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan kepada anggota polis bantuan bertugas.
“Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan penjawat awam tidak dapat memasuki bangunan tersebut apabila pintu pagarnya ditutup oleh pihak polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Serentak itu, Chin Wah berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.
“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.
“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.
“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.
Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak," katanya.
Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.
“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa," katanya.

Monday, July 9, 2012

dimensi baru

Dimensi baru Felda

SABTU lalu, sahabat saya seperti kebiasaan pulang ke tempat kelahirannya di sebuah tanah rancangan Felda yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur.
Ketika mula-mula masuk ke kawasan tanah rancangan itu, tiada apa yang luar biasa kerana papan tanda besar daripada kayu dengan logo bulan purnama dan latar belakang hijau masih lagi terpacak, walaupun sudah usang dan dipenuhi lumut.
Tetapi apabila sampai ke rumah, dia terkejut besar setelah dimaklumkan bapanya yang merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang telah ke Kuala Lumpur dengan menaiki salah satu daripada tiga bas yang disediakan pengurusan Felda bagi menghadiri majlis perasmian menara baru syarikat itu.
Riak-riak perubahan sikap bapanya, sebenar telah dapat dihidu beberapa minggu lalu semasa pulang ke kampung, apabila bapanya secara tiba-tiba menyebut "Itu duit Najib" apabila dia bertanya tentang ruang tambahan dapur rumah yang sedang dibina.
Duit durian runtuh sebanyak RM15,000 yang diterima para peneroka, isteri dan anak-anak adalah hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) ke Papan Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Dagangan pertama pada tarikh itu turut menyaksikan saham FGV melonjak sebanyak 84 sen kepada RM5.39 sesaham.
Penyenaraian tersebut yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook Inc. serta terbesar di Malaysia sejak 2010 jelas membuktikan bahawa FGV telah memasuki satu dimensi baru untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf global.
Felda menerusi FGV bukan lagi syarikat perladangan biasa yang hanya meneroka tanah untuk penanaman kelapa sawit dan getah sebaliknya telah bertukar menjadi antara 10 syarikat perladangan gergasi dengan pelbagai produk hiliran berasaskan komoditi itu.
Syarikat itu dijangka akan dapat berkembang dengan pesat, apabila wang yang diperoleh daripada penyenaraian itu akan digunakan untuk modal perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan, keupayaan, pembelian ladang, perluasan aktiviti hiliran dan keperluan modal kerja.
Pada sebelah malamnya, kira-kira pukul 8.45 malam, ibu dan adik-adiknya turut terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan majlis perasmian Menara Felda baru yang disiarkan secara langsung oleh TV3.
Menara 50 tingkat yang terletak di segi tiga emas di ibu kota dapat disiapkan lebih awal walaupun mengikut perancangan awal hanya boleh diduduki pada 2014.
Reka bentuk menara yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas diilhamkan daripada bentuk biji kelapa sawit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan menara berkenaan memberi jaminan kerajaan akan terus menjana kekayaan Felda bagi memastikan kesenangan peneroka pada masa depan.
Beliau berkata, kewujudan menara di tengah ibu kota menjadi bukti transformasi serta lonPenipuan paling utama pihak sebelah sana (pembangkang) dan 'makhluk perosak' ialah mereka kata Felda akan bankrap jika disenaraikan, tapi mana mungkin organisasi bankrap boleh disenaraikan di bursa sahamjakan berganda badan itu selaras dengan kemajuannya.
Katanya, pembinaan menara itu juga yang turut menerima Anugerah Hartanah Asia Pasifik membuktikan Felda tidak bankrap seperti tohmahan pihak tertentu.
"Kos bangunan ini adalah RM700 juta, tapi hari ini, nilai semasanya adalah RM965 juta. Belum masuk (duduki) sudah untung RM265 juta. Bukankah ini satu keputusan yang menguntungkan," ujarnya.
Mengulas mengenai penyenaraian FGV baru-baru ini, beliau berkata, ia adalah keputusan tepat dan menguntungkan.
"Penipuan paling utama pihak sebelah sana (pembangkang) dan 'makhluk perosak' ialah mereka kata Felda akan bankrap jika disenaraikan, tapi mana mungkin organisasi bankrap boleh disenaraikan di bursa saham," katanya.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan menambah imbuhan kepada para peneroka pada masa akan datang, selain daripada RM15,000 yang diberikan kepada setiap keluarga peneroka seperti diumum baru-baru ini.
Menurut beliau, ini kerana Felda mempunyai dana terkumpul yang banyak serta boleh diagihkan pada bila-bila masa.
"Tetapi kita tunggu dulu, tengok sama ada tuan-tuan dan puan-puan baik kepada kita," katanya secara berseloroh.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penyenaraian FGV dan perasmian menara baru berkenaan, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Shamsudin Osman berkata, semua peneroka perlu bersabar dan memberikan sepenuh keyakinan kepada pentadbiran Felda.
Beliau berkata, mereka juga harus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri yang telah menunjukkan kesungguhannya untuk melakukan transformasi terhadap Felda.
"Ini merupakan sejarah kepada Felda dan dalam tempoh 50 tahun akan datang kita berdoa supaya ia terus maju seperti mana yang diimpikan oleh Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap meminta para peneroka yang propembangkang supaya menilai kembali pendirian mereka.
"Dengan penyenaraian FGV dan perasmian menara baru Felda membuktikan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri telah memberi manfaat kepada peneroka.
"Ini membuktikan tohmahan yang dibuat pihak pembangkang selama ini mempunyai agenda jahat dan tidak benar sama sekali," ujarnya.
Tambah beliau, semua peneroka seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib bagi membolehkannya membawa Felda dan FGV menjadi syarikat konglomerat terbesar dunia.

tohmahan

ARKIB : 06/07/2012

Tohmahan kepada FGV nyata meleset

Seorang peneroka Felda Bukit Goh, Md. Kassim Md. Amin melihat berita mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Pasaran Utama Bursa Malaysia di Kuantan, baru-baru ini.
SEBELUM Felda Global Ventures Holdings (FGV) disenaraikan pada 28 Jun lalu, terlalu banyak dakwaan dan tohmahan dibuat ke atas usaha murni kerajaan itu termasuk meramalkan ia akan gagal.
Banyak 'analisis' dibuat pihak tertentu yang berkepentingan politik kononnya saham FGV akan menerima nasib sama dengan terbitan saham Facebook iaitu nilai saham FGV akan jatuh ke tahap lebih rendah daripada nilai tawaran.
Setelah seminggu dilancarkan, ternyata 'analisis' tukang ramal berkenaan bukan sahaja tidak benar malah jauh meleset.
Pandangan yang dikemukakan mereka kepada masa depan FGV sebenarnya mungkin didorong kepada rasa cemburu terhadap usaha kerajaan dalam melonjakkan Felda sebagai konglomerat perladangan utama dunia.
Fakta yang dikemukakan pihak ini mungkin hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan para pemegang saham termasuk para peneroka tentang masa depan FGV.
Sepatutnya, jika tidak mahu menyokong usaha baik kerajaan sekali pun kerana perbezaan politik, adalah lebih baik mengunci mulut daripada berkokok menimbulkan kebimbangan yang tidak munasabah.
Sedangkan tanpa perlu bersekolah tinggi sekalipun, semua tahu sawit adalah komoditi penting dunia ketika ini dan ia boleh dilihat daripada harga sawit yang menunjukkan peningkatan saban tahun.
Dari situ sahaja cukup menggambarkan saham dalam sektor perladangan sawit adalah pelaburan yang boleh diharapkan untuk membawa pulangan kepada pelabur.
Sebab itu, dilaporkan banyak pihak dari luar negara termasuk pelabur Asia Barat berminat dengan saham FGV. Malah FGV sendiri terlebih langganan sebanyak 17 kali.
Jadi, kenapa ada pihak dalam negara sendiri seperti kurang senang apabila FGV berjaya?
Menerusi Rakan Pahang, saya menyeru kepada peneroka yang hampir separuh daripadanya berada di negeri ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang dakwaan yang dikhabarkan kepada mereka.
Sebaliknya, mereka harus bijak menilai di samping tidak mengenepikan maklumat daripada sumber sahih terutama pengurusan Felda di tanah rancangan masing-masing.
Kenapa pada peringkat ini mereka harus membiarkan terpengaruh dengan pihak berkepentingan politik yang pastinya melihat usaha baik kerajaan adalah satu perkara negatif kepada usaha untuk mendapat undi peneroka.

Sunday, July 8, 2012

terengganu bagi tanah

Generasi ke-2 felcra dapat habuan
Wartawan Sinar Harian
8 Julai 2012
Ahmad menyampaikan geran hak milik kepada salah seorang penerima sewaktu Majlis Penyampaian Hak Mili
Ahmad menyampaikan geran hak milik kepada salah seorang penerima sewaktu Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah yang Dimajukan Felcra Daerah Hulu Terengganu, di Felcra Bukit Kapah,
FELCRA BUKIT KAPAH, HULU TERENGGANU -Generasi kedua Felcra Bukit Kapah kini tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas kira-kira 40 hektar, di sini, sebagai kawasan penempatan golongan berkenaan bagi mengelakkan mereka berhijrah ke tempat lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kelulusan itu juga sebagai langkah perancangan awal supaya tidak timbul masalah penempatan buat generasi kedua di kawasan Felcra itu pada masa hadapan.

“Senario generasi kedua sama ada di felcra atau felda yang  berhijrah keluar kerana mereka terpaksa berbuat demikian memandangkan tiada tempat khusus untuk golongan ini mendirikan rumah sebagai penempatan.

“Sebagai perancangan awal untuk memastikan generasi kedua di sini tidak berhijrah ke tempat lain adalah dengan menyediakan kawasan penempatan kepada mereka," katanya.

Menurut Ahmad, mereka perlu kekal tinggal di felcra dan mengusahakan tanah keluarga selain memastikan kemudahan infrastruktur disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Yang Dimajukan oleh Felcra Daerah Hulu Terengganu, di sini, kelmarin melibatkan seramai 653 penerima daripada lapan kelompok Felcra.

Hadir sama, Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra, Mohd Fauzi Mohd Tahir mewakili  Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajudin Abdul Rahman.

Sementara itu, Rozi yang juga Adun Telemong  berkata, peruntu-kan tanah untuk penempatan generasi kedua Felcra sesuatu yang cukup baik dan tepat bagi memastikan golongan berkenaan terus kekal di situ.

“Sebenarnya, kita turut belajar daripada para peserta yang tinggal di felda apabila generasi kedua mereka berhijrah ke tempat lain kerana tiada kawasan penempatan untuk mereka. Lantaran itulah, pentingnya kita merancang dari sekarang untuk generasi kedua di sini.

“Kalau kita tidak merancang dari sekarang, pasti akan timbul masalah penempatan untuk golongan ini yang jumlahnya kini menjangkau hampir 300 orang, tambahan pula di sini masih terdapat banyak tanah kosong yang belum diusahakan," katanya.

Bagamanapun katanya, Kerajaan Negeri masih belum mengenal pasti kawasan terlibat dan hal berkenaan akan diuruskan Felcra sedikit masa lagi.

tuntut royalti

Cabar tuntut royalti petroleum Kelantan
HABSAH ISMAIL
7 Julai 2012
Cabar tuntut royalti petroleum Kelantan
Sebahagian ahli Royalti dan Cabar semasa perhimpunan aman Walk For Royalty di pekarangan stesen bas bandar Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU - Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak (Cabar) semalam mengadakan perhimpunan aman disertai 1,000 ahlinya termasuk Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan (Royalti).

Pengerusi Cabar, Ahmad Marzuk Shaary berkata, tuntutan itu dibuat sekali lagi supaya pihak berkenaan menurut titah Sultan memberikan hak royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.

“Kami kecewa apabila isu petroleum di Kelantan menjadi isu politik dan menunjukkan diskriminasi daripada pihak tertentu.

“Ini penderaan kepada rakyat Kelantan sedangkan jika kilang minyak didirikan di Bachok, ia menjadi pusat bandar yang maju dari segi penempatan dan tumpuan ekonomi,” katanya kepada pemberita semasa Perhimpunan Aman

‘Walk For Royalty’ di pekarangan stesen bas bandar Kota Bharu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Royalti pernah mengadakan perhimpunan aman di Jambatan Sultan Yahya Petra dan pekarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), malah perhimpunan itu adalah perhimpunan kali ketiga bagi keseluruhan tuntutan royalti, manakala bagi 'Walk For Royalty' adalah kali kedua.

Perhimpunan tersebut yang bermula kira-kira jam 2 petang berjalan dengan aman dikawal oleh pihak berkuasa, malah ia turut menyelitkan taklimat ringkas daripada wakil pemuda Pas Kelantan, wakil aktivis Royalti wanita, Aina Sayuti dan wakil aktivis Royalti Cina, Irene Tan.

Ahmad Marzuk berkata,  pihaknya turut menyatakan kesangsian pengurusan kewangan dan mendakwa pihak tertentu tidak telus terhadap isu rolyalti petroleum di negeri ini.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menunjukkan hasrat seluruh rakyat Kelantan yang timbul atas kesedaran semua termasuk anak muda.

“Kita menuntut kerajaan memberikan hak royalti petroleum sebanyak lima peratus di Kelantan dan sebagai kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi, hasrat rakyat perlu didengari serta diberi haknya.

“Kami turut menuntut pimpinan Umno Kelantan supaya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat untuk menunaikan janji sebelum ini dan bukan menjadi penghalang kepada demonstrasi,” dakwanya.

royalti

Kadir Yaacob · Universiti Putra Malaysia
Himpunan aman yang dibuat oleh NGO Royalti bagi menuntut hak royalti petroleum 5 % sebenarnya tidak kena pada tempat. kenapa himpunan tu di buat di Bachok, di perkarangan SUK dan tidak di Putrajaya. Kan kerajaan negeri dah bawa tuntutan royalti ke mahkamah. tunggulah keputusan mahkamah.Kenapa duk sibuk sangat hal duit royalti.Pusat dah bagi banyak duit dah, samaada wang ihsan, BRIM, KWAPM dan lain-lain bantuan untuk rakyat kelantan. Duit untuk urus bekalan air bersih pun dah banyak bagi, tapi masalah air kelantan sama macam dulu juga. air keluar macam air kecing dan setengah tempt tak ada air lansung.

tabika lapuk

ARKIB : 04/07/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 4
Sudah tiba masa sukan Tabika diubah, tinggalkan acara sudah lapuk
Penyokong Transformasi

PADA minggu lepas, saya telah menyaksikan sukan bagi kanak-kanak Tabika yang berlangsung di dalam dewan di Kompleks Sukan, Stadium Nasional Bukit Jalil. Segalanya berjalan dengan lancar dan pada pengamatan saya, majlis ini telah dirancang dan dijayakan dengan begitu cermerlang sekali.

Setelah habis acara perasmian maka bermulalah sukan yang tunggu- tunggu oleh hadirin termasuklah saya. Apabila bermulanya acara maka bersoraklah hadirin terutama ibu bapa yang hadir memberikan sokongan.

Acara demi acara berlangsung dan saya mula merasakan bahawa ini adalah acara sukan yang sudah lapuk dan wajar ditelan zaman. Acara sukan kanak-kanak seperti berlari membawa bola ping pong di dalam sudu, berlari untuk menyiapkan acuan donut dan acara-acara yang seangkatan dengannya sudah terlalu ketinggalan zaman.

Saya masih ingat lagi ketika saya di zaman kanak-kanak 35 tahun dahulu, itulah sukan yang dimainkan dan acara seperti itu masih lagi bertahan sehingga sekarang.

Pada ketika ini permainan tradisional seperti galah panjang, konda- kondi, bola baling, polis sentry dan lain-lain telah hilang tetapi acara sukan kanak-kanak itu masih ada lagi.

Sukan pada ketika ini telah memasuki satu dimensi baru yang mana pengenalan kepada sukan itu dilakukan dan diajar seawal usia kanak-kanak lagi. Anak-anak kita juga celik sukan. Tanyalah kepada mereka siapa Rooney atau siapa Ronaldo atau siapa Usain Bolt, pasti mereka tahu. Kalau tidak semua pun pasti ada ramai yang tahu.

Justeru saya merasakan sudah sampai masanya kita membuat transformasi sukan bagi kanak-kanak ini. Kita mempunyai pakar-pakar sukan dan cerdik pandai di Majlis Sukan Negara yang boleh mencipta dan mengolah sukan kanak-kanak ini.

Saya pasti kita boleh mengolah jenis-jenis sukan di dalam dewan untuk kanak-kanak Tabika. Mungkin kita boleh mencuba acara seperti lari pecut 25 meter, lari berpagar 25 meter (dengan pagar serendah 15 inci), acara sepakan penalti dengan saiz golnya dikecilkan (simbolik kepada acara bola sepak) dan acara lain yang pada dasarnya adalah acara sukan.

Selama ini acara sukan Tabika lebih merupakan kepada telematch sahaja dan acara ini juga yang dimainkan sebagai acara permainan hiburan ketika hari keluarga syarikat.

Pencapaian sukan negara kita pada hari ini tidaklah begitu membanggakan. Semua negara berusaha untuk mencapai kedudukan yang baik. Kita juga tidak ketinggalan dalam usaha tersebut. Mendedahkan anak-anak kita pada usia yang awal tentang sukan yang sebenar adalah satu langkah positif dan juga ke hadapan dalam memajukan sukan untuk negara.

mahu bersara?

BISIK-BISIK :Anwar bersara?

AWANG sedikitpun tidak teruja dengan hasrat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu bersara jika Pakatan Rakyat tidak mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Itu sekadar strategi Anwar bagi menarik simpati orang ramai selain mengalihkan perhatian daripada pelbagai isu yang mengaitkan beliau.

Antaranya isu biseksual, adegan video seks, kes liwat yang dalam proses rayuan di mahkamah, isu bersama Shamsidar Taharin, sokongan kepada Israel dan dakwaan mengawal akaun induk RM3 bilion.

PKR yang beliau asaskan juga semakin lemah berikutan pelbagai masalah dalaman, perpecahan dan salah guna kuasa.

Pada Awang, tujuan Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut adalah bagi menguji maklum balas daripada semua pihak termasuk kalangan pemimpin pembangkang.

Setakat ini, rakyat memberikan reaksi yang hambar seolah-olah tidak kisah jika beliau mahu bersara. Di kalangan pemimpin pembangkang termasuk DAP dan Pas pula, tiada yang tampil menyeru beliau membatalkan hasratnya itu kecuali seorang dua, itu pun seperti melepas batuk di tangga.

Dalam kaitan ini, ramai bersetuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad agar Anwar bersara daripada politik sekarang tanpa perlu menunggu sehingga pakatan ditolak dalam PRU13.

Awang sendiri merasakan sudah berbelas tahun, negara dan rakyat rugi angkara Anwar yang mencetuskan banyak masalah dan kegawatan. Cara beliau berpolitik kotor termasuk keghairahannya yang tidak henti-henti mendapatkan campur tangan negara asing selain suka memburuk-burukkan negara sendiri. Semua orang tahu, beliau satu-satunya pemimpin yang konsisten mengheret rakyat untuk menutup salah laku moral dan isu integriti. Anwarlah orang yang memulakan budaya perhimpunan haram dan rusuhan jalanan kononnya atas nama demokrasi tetapi sebenarnya bermuslihat untuk kepentingan diri. Beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.

Terlalu ramai yang sudah tertipu, daripada keluarga, sahabat-sahabat, para pemimpin PKR sehinggalah rakyat keseluruhan. Sebab itu ramai yang telah meninggalkan beliau. Sampai hari ini, Anwar masih gagal menjawab banyak persoalan kepada rakyat bahkan dikaitkan dengan beberapa isu pembohongan yang luar biasa.

Awang sebenarnya hanya akan teruja jika Anwar terlebih dahulu bersara daripada aktiviti tertentu yang dikaitkan dengan beliau. Tafsirlah sendiri apa yang Awang maksudkan. Cukuplah, usia beliau pun sudah lanjut untuk terus terjebak dalam budaya songsang. Kasihanilah keluarga setidak-tidaknya, disebabkan angkara beliau, mereka menanggung aib. Musuh Anwar, 65, adalah nafsu dan dirinya sendiri -bukan pihak lain - seperti yang selalu beliau menuding jari.

Apa pun, Malaysia akan lebih selamat jika Anwar bersara kerana ia mampu mengelak tanah air ini dilanda musibah dahsyat.

Generasi akan datang mesti dibebaskan daripada pemimpin seperti itu. Ketika beliau mengumumkan persaraannya nanti, Anwar harus memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kemudaratan yang telah dibawa. Persoalannya, benarkah beliau akan bersara daripada politik, yang Awang sebenarnya tidak percaya. Mungkin kerana beliau sudah banyak berbohong. - Awang Selamat