Monday, March 7, 2011

Salahkan Undi Pos

Undi Pos: Pembangkang perlu buat kerja rumah

IPOH 6 Mac - Parti pembangkang diingatkan supaya membuat kerja rumah sebelum menyalahkan sistem undi pos yang dikatakan menjadi punca kekalahan mereka di sesebuah kawasan pilihan raya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, jika diteliti daftar pemilih, undi pos hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan pengundi.

"Sebagai contoh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, undi biasa lagi banyak daripada undi pos.

"Oleh itu saya nasihatkan mereka jangan menyalahkan undi pos kerana pada akhirnya rakyat akan menilai berdasarkan perkhidmatan yang kita berikan kepada mereka," katanya selepas melancarkan Ops Jejak dan penyerahan tugas urus setia unit pengundi muda dan keahlian Pemuda UMNO Perak, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan pembangkang kononnya berlaku pertambahan mendadak bilangan pengundi pos di DUN Pangkor yang kini disandang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pembangkang menuduh, pertambahan itu sebagai salah satu cara untuk memastikan kemenangan Zambry pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan pemimpin parti pembangkang menyamakan langkah yang dilakukan kerajaan dengan dasar-dasar "Buku Jingga" ciptaan mereka, Khairul Azwan berkata, itu merupakan taktik murahan bagi meraih sokongan rakyat.

Katanya, tindakan tersebut juga merupakan satu lagi usaha terancang untuk mengelirukan rakyat.

Justeru tegasnya, rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut kerana semua langkah yang dilakukan kerajaan telah dirancang sebelum buku jingga itu diterbitkan lagi.

"Apakah sebelum terbit buku jingga itu kerajaan tidak pernah menurunkan harga tol dan tidakkah mereka sedar bahawa kenaikan elaun pengetua dan guru yang diumumkan baru-baru ini telah dirancang beberapa tahun lalu kerana ia merupakan salah satu daripada langkah jangka panjang kerajaan bagi memperkasakan pendidikan negara .

"Ini semua mainan politik pembangkang yang sudah ketandusan idea,'' katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment