Tuesday, March 15, 2011

Pasal DNA

Hanya hakim dapat mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA

SEPANJANG proses kes liwat kedua Anwar Ibrahim, mahkamah banyak bertolak ansur dalam melayan kehendak pihak tertuduh itu. Kalau dihitung sejak lebih dua tahun lalu, banyak hari perbicaraannya sering tertangguh kerana pelbagai permintaan sama ada daripada pihak Anwar sendiri atau pasukan peguam belanya terpaksa dilayan oleh mahkamah.

Kini mahkamah tinggi pula digesa meminta Anwar mematuhi arahan mereka. Bagi tujuan mencari keadilan yang sekian lama tertangguh ini, maka mahkamah diminta menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Persoalan DNA siapa yang ada pada mangsa liwat itu perlu diperjelaskan. Anwar dapat membantu merungkai teka-teki ini.

Dengan adanya sampel itu barulah dapat dibuat perbandingan dengan DNA yang dijumpai di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sebagai orang yang dihormati di negara ini, Anwar perlu memberi kerjasama bagi membolehkan kebenaran dapat ditegakkan.

Anwar tidak perlu takut kerana mahkamah mahu membantunya mencari keadilan. Jika benar beliau tidak melakukan liwat terhadap Mohd. Saiful, dan yakin beliau berada di pihak yang benar, Anwar tidak perlu gundah gulana.

Mengapa Anwar perlu takut untuk serahkan sampel DNAnya? Jika takut sampel itu dimanipulasi, pihak mahkamah boleh mengarahkan pasukan doktor untuk membuat penilaian secara langsung dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.

Kalau hendak menunggu Anwar secara sukarela menyerahkan sampel DNAnya, mungkin ahli politik itu tidak akan memberi kerjasama.

Oleh itu hanya hakim yang dirasakan dapat mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai bahan bukti.

Kita tidak mahu rakyat melihat kes liwat ini menggambarkan keadilan hanya diberikan pada orang kena tuduh sahaja sedangkan mangsa liwat dipinggirkan.

Janganlah apa sahaja yang diminta oleh Anwar diterima oleh mahkamah manakala Mohd. Saiful dilayan sebagai penjenayah.

Kita yakin badan kehakiman kita tahu apa yang rakyat mahukan. Kita percaya mahkamah dapat melayan kes tanpa mengira bulu dan darjat.

Mahkamah diyakini berpendirian teguh. Jika mahkamah dilihat goyah maka memudahkan pihak kena tuduh memperkotak-katikkan keputusan hakim.

Sebab itu hingga hari ini Anwar terus berkeras untuk tidak mahu menyerahkan sampel DNAnya kerana tahu, dengan cara ini beliau akan dapat menyatakan kononnya beliau diperas ugut oleh polis dan mahkamah.

Episod paksaan menyerah sampel DNA ini ditunggu-tunggu oleh Anwar untuk dipertontonkan kepada rakyat bahawa polis dan mahkamah Malaysia kononnya kejam.

Persoalannya, apakah keadilan hanya untuk Anwar sahaja?

Apa pun mahkamah kena buat keputusan mengenai sampel DNA ini.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment