Nasib peniaga Melayu P.Pinang
PENIAGA bukan Melayu bebas berniaga di tepi jalan, di atas longkang, di tepi padang dan di mana-mana saja berbanding nasib peniaga Melayu. Antara contoh yang jelas ialah di Lebuh Chulia, Jalan Perak (Kampung Pulau), Paya Terubong, Padang Tembak dan Air Itam. Malah ada sebuah jalan di pusat bandar raya ditutup setiap 5.00 petang hingga lewat malam untuk 100 peratus peniaga bukan Melayu berniaga.
Lihatlah di Taman Lip Sim dalam DUN Batu Uban bagaimana peniaga bukan Melayu bebas berniaga hinggakan jalan-jalan menjadi sesak. Apa MPPP buat? Lihatlah juga apa yang berlaku terhadap peniaga Melayu di Taman Pelangi, Seberang Perai? Mungkin inilah konsep ‘Cekap, Akauntabiliti, Telus’ yang dibanggakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Yang Dipertua MPPP orang Melayu dan kini Yang Dipertua MPSP juga orang Melayu tetapi yang bagi arahan ialah DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang mendabik dada kononnya mereka melantik dua orang wanita Melayu mengetuai kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan tetapi buat apa kalau sekadar menjadi boneka?
PENGUNDI PARLIMEN
BAYAN BARU
Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment