Monday, March 7, 2011

Bukan Semua Pemilik MYKad Boleh Masuk Asrama Penuh

'Murid MyKad' hubungi segera PPD Pasir Gudang

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk tulisan Murid MyKad, Pasir Gudang dalam ruangan Forum bertarikh 22 Februari 2011 bertajuk PPD Pasir Gudang sila jawab.

Untuk makluman, pemilihan untuk ke Kelas Rancangan Khas (KRK)/Kelas Kawalan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) pada tahun 2011 adalah mengikut format berasrama penuh iaitu ibu dan bapa kepada pemohon mestilah warganegara.

Bagaimanapun, dua minggu selepas kemasukan pelajar ke KRK/Kelas Kawalan, JPNJ telah memaklumkan bahawa terdapat bilangan permohonan yang tinggi dari kalangan pemohon yang ibu/bapa mereka bukan warganegara.

Oleh itu, melalui mesyuarat rayuan ke KRK/Kelas Kawalan 2011 bertarikh 13 Januari 2011 bertempat di SMK Taman Kota, Kulai telah memutuskan untuk membuat perubahan kepada syarat permohonan kemasukan ke KRK/Kelas Kawalan kembali ke format asal iaitu pemohon yang mempunyai taraf warganegara layak untuk memohon.

Sehingga ke tarikh ini, kesemua pemohon yang ibu/bapa bukan warganegara yang telah dihubungi telah pun mendaftar di sekolah-sekolah yang sepatutnya dan tiada sebarang aduan rasmi berhubung keciciran kemasukan pelajar ke KRK/Kelas Kawalan seperti yang dilaporkan berlaku.

Oleh itu, pemohon diminta untuk menghubungi atau datang ke PPD Pasir Gudang untuk maklumat lanjut.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Kementerian Pelajaran Malaysia

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment