Saturday, March 12, 2011

agenda dap

HENTI SIASAT KEMATIAN BENG HOCK

SAYA mencadangkan semua pihak berhenti menyiasat atau membicarakan kes Teoh Beng Hock kerana jelas sekali ia dipolitikkan DAP dan keluarganya sendiri.

Adiknya, Lee Lan sesuka hati melabel Perdana Menteri ‘menanam tebu di lidah’ sedangkan bermacam permintaan keluarganya sudah dipenuhi. Jika mahu 100 peratus permintaan mereka dituruti tanpa mengambil kira prosedur dan peraturan, lebih baik Lee Lan buat siasatan sendiri dan dedahkan sahaja bukti kepada negara.

Kami rakyat Malaysia sudah bosan dengan taktik DAP dan keluarga Beng Hock ini. Jika betul untuk keadilan mangsa, kenapa tidak sertai siasatan tetapi asyik buat tuntutan tidak masuk akal? Mereka nampaknya cuma mahu melengah serta menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan yang membunuh Beng Hock. Untuk apa semua itu, sedangkan mangsa menjadi saksi penting yang mungkin boleh mensabitkan kepincangan pemimpin pembangkang? Rakyat bukannya bodoh dan boleh nampak DAP dan keluarga Beng Hock sendiri ada agenda peribadi untuk manfaatkan kematiannya itu.

HILANG SIMPATI

Rawang

No comments:

Post a Comment