Saturday, March 12, 2011

Cakap Orang Elit

ELIK MELAYU CAKAP MAT SALEH

SAYA semakin menyampah dengan golongan yang tidak sayang bahasa ibunda sendiri sehingga mengagungkan bahasa ‘mat saleh’ dalam semua urusan dan pertuturan.

Saya yang berkelulusan ijazah dari United Kingdom malu melihat orang Melayu di sini sibuk cakap mat saleh dalam urusan harian atau rasmi (yang tidak libatkan wakil asing) untuk berlagak gah, sedangkan orang lain lebih fasih daripada mereka, bangga bertutur bahasa ibunda.

Sebelum ini berlaku di kalangan generasi muda orang Cina dan India yang meninggalkan bahasa ibunda masing-masing tetapi bila generasi baru Melayu sendiri lebih ‘putih’ daripada mat saleh, itu sudah melampau. Pihak berkenaan tolong pastikan acara rasmi wajib menggunakan bahasa Melayu sementara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) patut menggalakkan pertuturan harian dalam bahasa kebangsaan. Negara ini namanya ‘Malay’sia bukan ‘English’sia.

CAKAP SERUPA BIKIN

Pendang, Kedah

No comments:

Post a Comment