Tuesday, March 8, 2011

Menang Tak Halal

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KENYATAAN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau ‘tidak halalkan’ kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau kelmarin adalah reaksi orang yang terdesak kerana petunjuk mutakhir pilihan raya kecil tidak langsung memihak kepada partinya.

Selain kalah dalam empat Pilihan Raya Kecil berturut-turut kepada BN, jumlah undi yang diterima Pas di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau itu merosot.

Oleh itu, Awang tidak terkejut dan hairan apabila Mursyidul Am Pas ‘meracau’ ekoran sokongan yang semakin berkurangan kepada Pas, lebih-lebih lagi di kawasan yang majoriti Melayu.

Mesej yang diperoleh di empat DUN itu mencerminkan sikap majoriti pengundi Melayu kepada Pas. Isu agama yang cuba dipolitikkan oleh Pas termasuk Nik Abdul Aziz sendiri tidak lagi diterima oleh majoriti pengundi.

Orang Melayu juga mula mencurigai hubungan Pas dan DAP, yang pertembungan kepentingan dari semasa ke semasa tidak lagi dapat disorok.

Awang percaya itulah kerisauan nyata Nik Abdul Aziz terhadap trend sokongan yang menurun kepada Pas sehingga beliau menyalahkan jentera kerajaan serta media perdana.

Selaku tok guru, eloklah Nik Abdul Aziz menerima kekalahan Pas tersebut dengan hati terbuka, seperti mana ketika Pas menang.

Kalau orang lain dapat menerima kekalahan, mengapa Nik Abdul Aziz sukar menerimanya?

Awang – Nampak orang terdesak.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment