Friday, March 11, 2011

PTPTN Sombong

Kesal sikap pegawai PTPTN urus pinjaman

SAYA bapa kepada pelajar UiTM Pulau Pinang sungguh kesal dengan sikap pegawai PTPTN yang hadir ke UiTM pada 19 dan 20 Februari 2011 untuk pengurusan pinjaman PTPTN. Pegawai yang bertugas pada hari tersebut terlalu sombong dan dengan sifat tidak sopan memperli dan menyusahkan pelajar yang hadir.

Banyak permohonan PTPTN yang ditolak dengan pelbagai alasan seperti kertas tak cukup tebal, saksi tak betul dan dakwat cetakan tak terang.

Kerajaan selalu melaungkan supaya urusan rakyat diutamakan dan permudahkan tetapi pegawai tersebut mempermainkan dengan 'lawak bodoh', memperlekeh dan menyusahkan pelajar. Kalau pelajar tinggal jauh di Kelantan contohnya, adakah mereka terpaksa balik ke Kelantan semata-mata silap pilih saksi?

Bukan semua pelajar anak orang kaya. Mereka memerlukan pinjaman untuk bayaran yuran, bayaran sewa rumah, makan-minum dan lain-lain perbelanjaan.

Tetapi pegawai tersebut dengan sombongnya terus menolak permohonan mereka. Jadi di manakah pelajar akan cari duit untuk terus belajar? Kalau silap sikit sahaja, bolehlah atas budi bicara pegawai PTPTN menerima dan meluluskan pinjaman.

Akhir sekali saya bagi pihak ibu bapa pelajar UiTM Pulau Pinang berharap kepada pihak PTPTN permudahkan permohonan pinjaman tersebut kerana kalau kita permudahkan orang lain pasti Allah SWT akan permudahkan urusan kita.

Tetapi kalau kita menyusahkan orang lain pasti Allah SWT akan menyusahkan kita pula.

BAPA KESAL

Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment