Sunday, May 20, 2012

tun kata

ARKIB : 19/05/2012

Muzakarah UMNO-Pas tidak harus dihalang - Dr. M

LANGKAWI 19 Mei - Pemimpin tertinggi Pas yang berbeza pendapat dengan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan UMNO tidak seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.
"Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam Pas tidak patut halang," kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.
Ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) Langkawi di sini hari ini, Dr Mahathir berkata pemimpin Pas harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.
"Setuju atau tidak adalah soal lain... bolehlah muzakarah apa salahnya," katanya.
Nik Aziz dilaporkan menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan UMNO namun beberapa pemimpin Pas termasuk Mustafa dan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menolak cadangan mengadakan muzakarah.
Kenyataan Nik Aziz itu mendapat maklum balas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment