8,000 peneroka dapat durian runtuh
14 Mei 2012
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, agihan tersebut akan dibuat secara berperingkat ke semua felda di negeri ini sehingga 22 Mei.
Menurutnya, ini merupakan usaha kerajaan memberi pulangan tambahan kepada peneroka felda yang telah memberikan pulangan lumayan.
“Saya dimaklumkan, pendapatan peneroka pada hari ini adalah RM2,600 sebulan. Ini mengambarkan pendapatan mereka (peneroka) adalah lumayan dan hidup selesa dengan tanah kebun serta rumah sendiri.
“Ia jauh lebih baik daripada mereka yang berpendapa-tan RM3,000 sebulan yang hidup di bandar. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan RM15,000 kepada peneroka felda sempena sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia,” katanya kepada media ketika hadir pada perjumpan bersama Warga Felda di Felda Belara, semalam.
Kata Ahmad, agihan itu diberi secara berperingkat iaitu RM5,000 pada peringkat pertama dan selebihnya peringkat kedua serta ketiga.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Adun Tepoh, Muhammad Ramli Nuh; Adun Langkap, Asha’ari Idris dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Abdul Malib Rani.
Pada majlis tersebut, lebih RM4 juta diagihkan bagi bayaran pertama kepada 760 peneroka, iaitu RM1.04 kepada kepada Felda Belara, (RM1.7 juta), Felda Chalok Barat dan Felda Chalok (RM2.0 juta)
Salah seorang warga Felda, Wan Husin Abu Bakar, 72, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pemberian tersebut.
“Tiada kata dapat diluahkan selain syukur. Sepanjang menjadi warga Felda sejak 1969, ini kali pertama menerima durian runtuh,” katanya.
No comments:
Post a Comment