Hidup peneroka bakal berubah
FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia bulan depan dan penyenaraian itu sememangnya dinanti-nantikan oleh para pelabur.
Ia kerana bagi para pelabur, penyenaraian ini mempunyai prospek yang kukuh pada masa depan, sekali gus mampu memberi pulangan yang tinggi kepada mereka.
Masakan tidak, sejumlah 419.54 juta saham FGVH yang ditawarkan khusus untuk institusi bumiputera dan pelabur sempena penyenaraiannya di Bursa Malaysia, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semasa mengumumkan durian runtuh kepada peneroka Felda di Jengka 8, baru-baru ini berkata, permohonan untuk membeli saham FGVH terlalu banyak sehingga mencecah 17 kali ganda.
Jadi, kesempatan ini juga perlu digunakan dengan sebaik mungkin oleh para peneroka yang telah ditawarkan blue form atau borang biru untuk mendapatkan saham FGVH.
Pegangan saham FGVH tidak sedikit pun akan merugikan golongan peneroka, sebaliknya ia akan membolehkan mereka turut menikmati segala faedah daripada penyenaraian tersebut.
Sebagai bukti, kita dapat lihat harga komoditi kelapa sawit terus meningkat dan memberi pulangan kepada masyarakat peneroka.
Jangan terpengaruh dengan tindakan pembangkang dan segelintir peneroka yang sentiasa cuba mengelirukan pemikiran rakyat apabila berterusan mempolitikkan isu FGVH ini.
Pembayaran durian runtuh kepada peneroka Felda itu sudah tentu menjadi tamparan kepada pembangkang yang sebelum ini melemparkan tohmahan bahawa keputusan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan golongan peneroka.
Mereka sebenarnya tidak mampu melakukannya tetapi apabila kerajaan melakukannya, mereka cuba menimbulkan pelbagai isu.
No comments:
Post a Comment