Sunday, May 20, 2012

dap

Rasuah dan DAP

Akhirnya pada Isnin lalu Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bertindak keluar daripada DAP. Semuanya bermula daripada isu beliau menolak perhimpunan haram Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Tunku Aziz tidak berganjak dengan keputusannya walaupun cuba dipujuk oleh DAP supaya kekal dalam parti. Pendirian tersebut diambil atas prinsip mempertahankan kebenaran dan integriti. Tunku Aziz memberikan isyarat jelas kepada rakyat Malaysia betapa pakatan pembangkang termasuk DAP berada di landasan yang salah. Kelmarin, beliau tampil menyeru rakyat menyokong transformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Tunku Aziz pada masa yang sama menolak cara berpolitik ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.
Keputusan beliau meninggalkan DAP memberi tamparan hebat kepada parti itu terutama Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang imejnya makin merosot kerana banyak kelemahan, kepincangan dan sikap ultra rasis.
Lebih panas apabila Tunku Aziz membuat pendedahan beliau cuba dirasuah sebanyak RM50,000 oleh Guan Eng agar terus kekal dalam parti itu. Perbuatan tersebut mengundang bantahan banyak pihak termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM), yang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.
“Guan Eng dengan angkuh melaungkan mereka merupakan parti paling bersih tapi pendedahan Tunku Aziz amat mengejutkan," kata Naib Presidennya, Huan Cheng Guan.
Tetapi Awang tidak terkejut. Terlalu banyak isu yang tidak ditangani dengan bijak oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan pendekatan Guan Eng sendiri mencerminkan beliau ketua menteri paling bermasalah dan celaru.
Angkuh, cakap tak serupa bikin dan tidak demokratik adalah antara kritikan terhadap beliau. Inilah akibat kalau naik dalam politik kerana kroni dan bukannya kerana merit. Kejayaan tokoh utama DAP, Lim Kit Siang adalah melorong laluan kepada Guan Eng menjadi Setiausaha Agung dan Ketua Menteri.
Pada hal, lebih ramai anak tempatan DAP berkebolehan untuk memimpin negeri itu berbanding Guan Eng yang merupakan orang luar. Awang cadangkan Kit Siang menempatkan pejabatnya di sebelah Guan Eng bagi membolehkan lebih banyak bimbingan ke atas anaknya itu.
Berbalik kepada Tunku Aziz, ia juga merupakan satu lagi bukti bahawa orang Melayu dan India tidak akan mendapat tempat dalam DAP. Jika ada pun jawatan yang kanan, ia sekadar kosmetik. Cubaan merasuah Tunku Aziz adalah penghinaan bukan sahaja kepada beliau malah seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Secara fitrahnya para pemimpin DAP tidak percayakan orang Melayu dalam parti itu. Keahlian kononnya terbuka untuk semua kaum tetapi dimonopoli segala-galanya oleh satu kaum sahaja. Melayu cuma menjadi alat. Pada Awang, DAP tetap parti perkauman yang ekstrem dan salah satu agenda tersirat DAP ialah untuk menulis semula perlembagaan. Ramai Melayu yang keluar DAP menyimpan rasa penyesalan yang mendalam. Hanya Melayu yang bodoh berpolitik dan lupa diri sahaja yang sanggup diperalatkan selama-lamanya. Awang tak rela.

No comments:

Post a Comment