Lupakan sahaja muzakarah
GELI hati saya apabila membaca polemik muzakarah UMNO-Pas. Pada pandangan saya eloklah UMNO lupakan saja jemputan muzakarah ini kerana Pas sememangnya tidak ikhlas untuk bermuzakarah.Cuba renungkan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang (PGL) di mana tuan puteri meletakkan syarat-syarat yang pelik kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud, untuk meminang beliau.
Pendek kata dan senang cerita, Puteri Gunung Ledang sememangnya tidak mahu bersuamikan Sultan Melaka. Maknanya tuan puteri menolak pinangan secara berhemah dan beradab.
Macam juga Pas yang meletakkan pelbagai syarat yang tidak logik seperti UMNO mestilah menerima PKR dan DAP sedangkan kita tahu adalah mustahil untuk DAP bekerjasama dengan UMNO. Ini kerana masing-masing punya agenda politik berbeza.
Memang Pas tidak ada keikhlasan untuk bermuzakarah dengan UMNO. Nik Aziz sudah dapat persetujuan Karpal Singh atau Lim Kit Siang atau Guan Eng tentang syarat ini? Nanti kena tengking oleh Karpal Singh!
Adakah Nik Aziz sudah dapat persetujuan DAP andai kata kerjasama UMNO-Pas-PKR dan DAP menjadi kenyataan di mana UMNO tolak kebangsaan dan terima Islam sebagai wadah perjuangan perikatan BN dan Pakatan Rakyat?
Saya tidak faham apa yang Nik Aziz maksudkan UMNO mesti tolak kebangsaan dan terima Islam. Beranikah Nik Aziz cakap pada Karpal Singh, DAP mesti tolak sifat cauvinis mereka dan terima Islam? Kita tahu, Pas baru nak buka mulut bercakap fasal Islam bila kena tengking dek Karpal Singh terus menikus.
Beranikah Nik Aziz secara terus terang mengatakan orang Islam yang menyokong UMNO adalah kafir? Siapalah Nik Aziz untuk mengkafirkan orang Islam yang lain? Siapalah Nik Aziz jika dibandingkan dengan para ulama yang menganggotai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan?
Adakah ilmu agama Nik Aziz mengatasi semua bidang agama yang dimiliki oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan? Harap Nik Aziz berbicaralah secara berhemah, bijaksana dan berperibadi sebagai seorang Tok Guru yang berilmu dan disegani. Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment