Orang kuat Pas peluk ADUN UMNO
Namun hari ini kedua-duanya adalah orang yang paling erat memeluk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Haron walaupun mereka berbeza fahaman politik.
Segalanya disebabkan pemberian cek durian runtuh RM5,000 sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) yang disampaikan Abu Bakar kepada Mohd. Zain dan Othman bersama 3,348 ketua isi rumah di Gugusan Felda Chini.
Saat-saat menarik itu berlaku selepas majlis penyampaian cek berkenaan di Dewan Orang Ramai Chini Timur 3 apabila Mohd. Zain secara tiba-tiba datang ke arah Abu Bakar dan terus memeluk erat ADUN Chini berkenaan.
Walaupun menyedari orang ramai mengetahui dia adalah seorang pemimpin Pas cawangan namun Mohd. Zain dilihat ikhlas memeluk Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan membiarkan jurugambar merakamkan aksinya.
Terdahulu, Othman yang merupakan 'orang kuat' Unit Amal Pas di Pekan turut memeluk Abu Bakar sambil mengucapkan syukur dan terima kasih atas pemberian durian runtuh itu yang diberikan kepada semua peneroka Felda termasuk penyokong Pas sepertinya.
Abu Bakar pula dalam reaksi spontannya kepada Othman mengingatkan peneroka itu bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang adil kepada semua termasuk penyokong pembangkang.
Walaupun hanya menyambutnya dengan senyum simpul, Othman menganggukkan kepala sambil berseloroh mengatakan walaupun dia merupakan orang kuat Pas namun tetap bersama Abu Bakar.
Selain mereka berdua, turut hadir menerima cek pemberian durian runtuh pada majlis itu hari ini ialah Naib Ketua 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pekan, Jamaludin Shariff, 63.
Ironinya, beliau bukan sahaja pemimpin pembangkang di Pekan tetapi Jamaludin adalah penggerak utama di sebalik tindakan 770 peneroka di Gugusan Felda Chini yang memfailkan saman atas dakwaan Felda melakukan manipulasi terhadap Kadar Perahan Gred (KPG) buah kelapa sawit di Mahkamah Sesyen Kuantan, 26 April lalu.
Jamaludin yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, dia dan rakan-rakannya yang lain tidak perlu berasa malu kerana wang tersebut adalah hasil titik peluh mereka sebagai peneroka sejak 30 tahun lalu.
"Bagaimanapun sebagai warga Felda, saya bersyukur atas pemberian durian runtuh ini kerana ia merupakan pemberian terbesar dalam sejarah sebagai peneroka.
"Usaha kerajaan seperti ini merupakan satu pemberian yang boleh dianggap sebagai contoh dalam menghargai keringat peneroka selama ini," katanya.
Pemberian durian runtuh fasa pertama untuk ketua keluarga peneroka di Felda Gugusan Chini itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.75 juta.
Sementara itu, peneroka Felda Chini Timur 2, Razali Haron, 55, berkata, rakan peneroka yang memfailkan saman kepada Felda seharusnya mengkaji perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan.
"Renung kembali kesusahan selama ini dan siapa yang membantu kita sehingga berjaya seperti hari ini jika bukan Felda. Sekarang kita mampu memiliki kereta dan rumah banglo sedangkan dahulu motosikal pun belum tentu.
"Saya cukup terkilan dengan tindakan segelintir peneroka yang menyaman Felda selepas mendengar hasutan pembangkang," katanya.
No comments:
Post a Comment