Kasihan nasib golongan OKU, warga emas di Pulau Pinang
SAYA terpanggil untuk membuat komen setelah menyaksikan Berita TV3 pada 10 Mei 2012 mengenai 1,000 OKU dan warga emas yang pergi untuk menerima bantuan BR1M di Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang.Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menguruskan untuk menyampaikan baucar BR1M di tingkat bawah yang lebih selesa dan tidak menyusahkan penerima. Malangnya entah atas arahan siapa, pengurusan kompleks tersebut mengarahkan supaya upacara penyampaian tersebut itu dipindahkan ke Pejabat JKM di tingkat satu yang sempit.
Amat sedih menyaksikan yang berkerusi roda terpaksa diangkat naik melalui tangga, warga emas dan bertongkat terpaksa dibantu. Akhir-akhir ini di Pulau Pinang rakyat miskin nyata hendak disisihkan oleh pihak tertentu.
Ini terbukti sudah empat tahun tiada rumah murah untuk rakyat berpendapatan rendah dan miskin dibina oleh pihak berwajib. Perkara sebegini tidak pernah berlaku di negeri bawah Barisan Nasional.
Majlis jamuan rakyat yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini sepatutnya diadakan di Padang Batu Maung terpaksa diubah lokasi ke atas jalan raya di Bayan Baru dengan permit polis.
Ini juga cuba dihalang tetapi gagal kerana polis sudah keluarkan permit. Kalau beginilah sikap mereka terhadap rakyat semua kaum, maka PRU-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi rakyat perlu menolak mereka.
No comments:
Post a Comment