Friday, May 18, 2012

lubuk rezeki orang asing

‘Sini lubuk rezeki kami’

Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LAYAN...warga asing melayan pelanggan di Jalan Tar.
LAYAN...warga asing melayan pelanggan di Jalan Tar.
KUALA LUMPUR: “Sekarang saya hidup selesa berbanding ketika mula-mula menjejak kaki di Malaysia. Jalan Tar ini sudah menjadi lubuk rezeki saya dan rakan-rakan.
“Sepanjang menjalankan perniagaan, saya tidak berasa terasing kerana kebanyakan pekerja warga asing khususnya dari Pakistan,” kata peniaga yang mahu dikenali Sharif, 40-an yang menjalankan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Tar).

Sharif yang berasal dari Pakistan berhijrah ke Malaysia selepas dipelawa rakannya 10 tahun lalu bagi mendapatkan pekerjaan dengan tujuan meringankan beban keluarganya yang hidup kemiskinan.
Katanya, pada awalnya dia diminta menjadi kuli dan gajinya ketika itu RM800 sebulan, manakala majikannya yang juga penduduk tempatan menyediakan tempat tinggal untuk dia dan rakan.

“Lama-kelamaan, majikan mula mempercayai kebolehan saya mengendalikan kedai kerana berjaya menarik pelanggan, sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.

“Disebabkan rajin, majikan mempercayai saya dan memajak kedai ini untuk diuruskan kerana dia perlu menumpukan beberapa kedai lain di sekitar bandar raya,” katanya ketika ditemui.

Sharif antara ribuan warga asing Pakistan dan Indonesia yang bekerja di Jalan Tar dan ketika tinjauan di lokasi itu mendapati hampir 90 peratus gerai disewakan kepada orang asing atau menggajikan pekerja asing sehingga melenyapkan identiti kawasan itu yang menjadi syurga beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.

Pengunjung, Zaki Ahmad, 33, berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan tidak membiarkan keadaan ini berleluasa hingga menjadikan Jalan Tar dan Jalan Masjid India menjadi pusat warga asing.
“Saya seperti berada di Bandung apabila membeli-belah di sini, malah proses tawar-menawar ada kala terpaksa menggunakan bahasa mereka jika mahu mendapat perhatian. Pihak berkuasa perlu mengadakan pemantauan dan tindakan mengatasi kebanjiran warga asing yang berniaga di bazar sekitar dua lokasi ini” katanya.

Sementara itu, jurucakap imigresen berkata, pihaknya perlu menyemak status perniagaan di kawasan terbabit sebelum operasi dijalankan pihak penguatkuasaan berdasarkan aduan dikemukakan.

No comments:

Post a Comment