'Karpal Singh orang tua' - Nik Aziz
KOTA BHARU 23 Mei - "Karpal Singh orang tua,".Demikian reaksi ringkas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP itu yang dikatakan mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri.
Nik Abdul Aziz yang ditemui di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut kenyataan Karpal tersebut.
Semalam, pelbagai pihak mencabar pemimpin tertinggi Pas termasuk Nik Abdul Aziz untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Karpal yang dikatakan mahu individu bukan Melayu iaitu Guan Eng menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Cabaran tersebut dilontarkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang sebagai bukan disengajakan.
Sebaliknya, NGO-NGO terbabit melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada pilihan raya umum nanti.
Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star, Karpal menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment