Monday, May 21, 2012

tangkap bersih suruh bersih jamban

ARKIB : 20/05/2012

Bersih: 2 lagi tangkapan, buru 13 individu

KUALA LUMPUR 19 Mei - Polis menahan dua lagi peserta perhimpunan Bersih 3.0 selain memburu 113 lagi individu yang gambar mereka disiarkan dalam akhbar kerana terlibat dalam rusuhan di ibu negara pada penghujung bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (gambar) berkata, dua suspek yang ditahan itu diberkas dalam operasi dari rumah ke rumah di Kemaman, Terengganu dan Kulai, Johor semalam.
Sehingga semalam ujarnya, seramai 28 orang telah menyerah diri atau ditangkap polis bagi membantu siasatan setelah dikatakan terlibat dalam kekecohan semasa perhimpunan tersebut.
"Dengan penangkapan terbaru ini, seramai 113 individu lagi masih diburu dan kita akan berusaha menjejaki kesemua mereka.
"Saya ingin menasihatkan kepada semua yang belum menyerah diri itu untuk hadir di mana-mana balai polis berhampiran. Jika tidak, mereka tetap akan diburu dan ditangkap," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat di Kampung Kerinchi, di sini hari ini.
Pada 9 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberi tempoh tujuh hari kepada individu yang gambar mereka disiarkan untuk membantu siasatan perhimpunan Bersih 3.0 sama ada menyerah diri atau akan diburu sehingga ke rumah masing-masing.
Peringatan itu dikeluarkan selepas polis berjaya mengenal pasti butir-butir peribadi individu berkenaan yang sebahagiannya dilaporkan oleh orang awam.

No comments:

Post a Comment