Tuesday, May 8, 2012

dapat dana asing

ARKIB : 07/05/2012

Siasat segera dakwaan Bersih 3.0 dapat dana asing

BACHOK 6 Mei - Pihak berkuasa perlu menyiasat segera dakwaan wujud penglibatan pihak luar termasuk penyaluran dana khas kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 yang mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur, minggu lepas.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, siasatan itu perlu berikutan banyak dakwaan dibuat sama ada dalam media cetak, laman sosial dan blog mengenai penglibatan pihak luar dalam perhimpunan haram tersebut.
Beliau berkata, kementeriannya sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sekiranya ia turut melibatkan penggubahan wang haram dan transaksi wang asing ke negara ini.
“Siasatan terperinci membolehkan pelbagai andaian yang dibuat termasuk kemungkinan berlaku penggubahan wang haram dan aliran masuk wang asing dibongkar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menyampaikan pemberian insentif berjumlah RM11,125 kepada pelajar istimewa, Mohamad Rafiqnasyreen Mat Ropi, 17, yang telah mengharumkan nama negara pada Sukan Paralimpik di Indonesia tahun lalu, di Kampung Gong Gajah, dekat sini.
Insentif itu sumbangan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sebagai menghargai kejayaan pelajar terbabit. Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid.
Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, sebelum ini wujud pelbagai dakwaan kemungkinan penganjur Bersih 3.0 menerima dana asing bagi menampung kos penganjuran perhimpunan haram tersebut meliputi tambang, makan minum, sewa hotel dan elaun harian peserta.
Beliau berkata, dakwaan itu amat berasas kerana tanpa bantuan mana-mana pihak tidak mungkin perhimpunan haram yang memalukan imej negara itu dapat diadakan.
“Justeru, pendedahan ini penting supaya rakyat lebih sedar tentang motif dan tujuan sebenar perhimpunan haram itu dianjurkan yang pastinya untuk melihat keamanan dan kestabilan negara ini runtuh," katanya.

No comments:

Post a Comment