AKHIRNYA AMBIGA MENGAKU SALAH..!
mengikut laporan mynewshub..KLIK SINI.
Pengerusi
Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila
mengambil keputusan untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh
rakyat negara ini berhubung penganjuran demonstrasi yang telah diadakan
di ibu negara baru-baru ini.
Dalam
sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf
itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga
yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.
“Saya
berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada
pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas
dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.
“Juga
kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah
meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di
sini hari ini.
Sebelum
sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0
dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut
Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana
‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang
berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan
Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pihak
berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan
Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.
Selain
sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’
diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan
tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis
Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga
hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun
tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.
No comments:
Post a Comment