Thursday, May 31, 2012

harusani vs nik

ARKIB : 30/05/2012

Antara hujah Harussani, sikap Nik Aziz

MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO.
Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah laku dan pendekatan politik beliau.
Nik Abdul Aziz sememangnya sejak dulu lagi dilihat berdendam dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila beliau menganggap parti tersebut telah 'menendang keluar' Pas daripada komponen itu pada 1978.
Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu seolah-olah terbuku mendalam di hati Nik Abdul Aziz, oleh itu beliau dilihat cukup tidak selesa jika ada mana-mana pihak cuba merapatkan hubungan dengan UMNO. Sebab itulah Nik Abdul Aziz dilihat menentang usaha penubuhan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas.
Beliau yang mencadangkan supaya Pas mengadakan muktamar khas bagi membincangkan perkara itu dan akhirnya pada 28 Oktober 2009, mesyuarat khas Jawatankuasa Pas pusat memutuskan isu kerajaan perpaduan ditutup sepenuhnya.
Keputusan itu merupakan tamparan kepada orang Melayu yang begitu teringin melihat dua parti Melayu duduk semeja bagi membincangkan mengenai perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Tetapi mereka tidak boleh berkata apa-apa kerana Nik Abdul Aziz sememangnya agak 'alergi' apabila ada mana-mana pihak menyentuh soal muzakarah dengan UMNO. Sebab itulah apabila tercetusnya isu tersebut baru-baru ini, Nik Abdul Aziz meletakkan syarat bahawa muzakarah tersebut hanya membincangkan kenapa UMNO menolak Islam.
Beliau bagaimanapun menarik balik hasrat itu atas alasan mengikut pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju dengan langkah berkenaan. Namun begitu kita tidak harus lupa bahawa Nik Abdul Aziz acap kali menyerang UMNO seolah-olah parti itu benar-benar menolak Islam.
'Serangan' Nik Abdul Aziz terhadap UMNO dalam soal tolak Islam ini bukan baru tetapi sudah berlaku sejak sekian lama, cuba kaji dua kenyataan ini yang dibuat oleh beliau;
"UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaannya tidak merujuk al-Quran dan Hadis." - (Harakah, 22 Februari 1999) dan "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." - (Sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.)
Kaji juga apa kata beliau di Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009, "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka."
Oleh itu selagi Nik Abdul Aziz terus mempunyai pendirian bahawa UMNO menolak Islam maka selagi itulah langkah untuk mengadakan muzakarah apatah lagi mencari titik persefahaman antara UMNO dan Pas tidak akan berjaya.
Nik Abdul Aziz dilihat tokoh paling berpengaruh dalam Pas dan ia dikatakan mengatasi pengaruh Abdul Hadi sendiri, biar pun bekas Menteri Besar Terengganu itu adalah Presiden Pas.
Justeru ramai yang melihat selagi Nik Abdul Aziz dengan pendiriannya maka sudah pasti usaha untuk mencari titik persefahaman antara UMNO dan Pas tidak akan berhasil. Ini kerana Nik Abdul Aziz dianggap oleh ramai pihak sering berhujah sesuatu perkara itu berlandaskan kepentingan politik Pas bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Mursyidul Am itu juga dilihat hanya berani menyanggah UMNO dalam soal Islam tetapi tidak begitu tegas apabila DAP menentang sebarang usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud atau menubuhkan negara Islam.
Ini jelas apabila Nik Abdul Aziz tetap mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP biar pun mereka melakukan perkara yang mengguris perasaan umat Islam, ia termasuklah mempertikaikan langkah melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih dan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Hujah Nik Abdul Aziz ketika itu ialah, Islam merupakan agama yang bersifat tahaluf (kerjasama), justeru tidak ada keperluan untuk Pas mengkaji semula hubungannya dengan pakatan pembangkang.
"Tak boleh, tak boleh. Agama Islam itu tahaluf yang diguna sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Saya tidak setuju langsung (desakan agar Pas kembali ke perjuangan asal dan mengkaji balik hubungan dengan pakatan pembangkang). Malah saya nak minta UMNO ubah dasar dia daripada kebangsaan kepada Islam. Tak pasal-pasal ambil kebangsaan yang bukan cara Nabi Muhammad SAW tetapi ajaran mat salleh Eropah."
Itulah hujah Nik Abdul Aziz yang sudah pasti akan dipersetujui oleh penyokong-penyokong tegar Pas, tetapi cuba kaji apa pula hujah Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Abdullah Sa'amah ketika ditanya mengenai tuduhan UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukannya Islam.
Jawapan Abdullah ialah, ''Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak.
''Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, 'bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.' Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji.
''Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walaupun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam."
Namun apa pun kita percaya, kenyataan Harussani dan Abdullah akan disanggah oleh pemimpin dan penyokong Pas kerana bagi mereka hanya hujah Nik Abdul Aziz sahaja yang betul, bagaimanapun dalam masa yang sama Mursyidul Am itu juga perlu diperingatkan bahawa tindakan beliau yang seolah-olah tidak mahu berdamai dengan UMNO demi kepentingan Islam adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Sebab itulah Harussani menegaskan, "Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam. Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan 'kerusi' sahaja."
Tetapi itulah keadaan Pas sekarang yang disifatkan oleh Abdullah 'sudah rosak'. Siapa yang menyebabkan Pas jadi begitu? Mereka yang mengikut perkembangan politik parti itu pasti tahu jawapannya.

polimik syurga pas dari blog belantan

Rabu, Mei 30, 2012

Polemik ‘undi Pas masuk syurga’...?



Dua minggu lalu, Nik Aziz Nik Mat menegaskan dalam sebuah akhbar bahawa Pas akan terus berkempen menggunakan soal syurga dan pahala. Kenyataan ini dibuat berikutan pandangan Ahli Parlimen Kota Belud bahawa Pas mengamalkan rasuah politik apabila menjanjikan ‘undi Pas masuk syurga’.

Mursyidul Am Pas itu menganggap sesiapa yang membangkitkan soal ini sebagai meracau manakala Pesuruhjaya Pas Selangor menambah bahawa pemimpin Umno tidak memahami konsep ‘undi Pas masuk syurga’ tanpa menjelaskan apakah konsep sebenarnya.

Ini isu lama tapi tahun lalu, Nik Aziz membangkitkannya semula dengan mengecam dan mengesahkan pihak yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan video seks sebagai tidak boleh masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga),” katanya semasa berkuliah di Dataran Ilmu, Kota Bharu pada 13 Mei 2011.

Ada rakan-rakan mengingatkan bahawa mereka pernah beberapa kali diancam masuk neraka oleh Nik Aziz jika menulis sesuatu yang tidak benar mengenai Pas atau yang tidak disukainya.

Pada ayat 111 Surah al-Baqarah disebut dakwaan orang Yahudi bahawa syurga adalah untuk pengikut mereka sahaja. Cuba fikirkan, banyakkah beza antara ‘undi Pas masuk syurga’ dengan amalan Yahudi seperti yang dinyatakan dalam al-Quran?

Padahal ALLAH SWT menegaskan bahawa semua itu adalah angan-angan Yahudi dan Kristian. Dalam ayat 113 surah yang sama, ALLAH menyebut bahawa orang Quraisy yang musyrik juga ikut serta dalam polemik itu. Rumusan kepada kedua-dua ayat ini ialah penentuan masuk syurga hanya akan ditentukan oleh ALLAH pada hari pengadilan di hari kiamat nanti.


Dalam ayat 123 Surah an-Nisa’, ALLAH menjelaskan, orang Islam tidak boleh angkuh dan menganggap bahawa mereka saja yang akan masuk syurga dan orang lain tidak kerana penentuan terhadap perkara ini hanyalah oleh ALLAH SWT.

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada ALLAH (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) ALLAH menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan-NYA.”

Janji ALLAH dalam ayat 124-125 dalam surah ini adalah kepada mereka yang mengerjakan amal soleh,serta orang beriman kepada ALLAH dan Rasul. Tidak pula disebut untuk mereka yang mengundi Pas.

Mungkin pandangan ini akan mengundang reaksi daripada penyokong Pas. Namun, kita tetap bertanggungjawab memperbetulkan persepsi yang salah atau yang mengelirukan masyarakat. Isu ini sepatutnya tidak diungkit lagi atau dijadikan umpan politik oleh Pas untuk memenangi pilihan raya, namun setiap kali pilihan raya, Pas tetap jadikannya bahan kempen.

Ahli Parlimen Pasir Mas pernah mengupas isu ini dalam salah satu ceramahnya. Kata beliau: “Tok Guru pernah kata ambo masuk nerako. Memang benar ambo masuk nerako. Tapi bila ambo masuk, ambo tengok dia ada dah duduk cokoh dalam tu.”

Cerita ini tentunya tidak benar. Ini cara Ibrahim Ali menyindir dan memulang paku buah keras. Tapi mesejnya jelas, beliau juga berpendapat agama, syurga dan pahala bukanlah hak eksklusif pengundi Pas.

Malah, ada ulama termasuk pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Ustaz Abdullah Sa’amah yang berpendapat adalah berdosa mengundi Pas kerana parti itu sudah tersasar dan bersekongkol dengan parti cauvinis anti-Islam dan pemimpin yang sokong Yahudi.

Itu belum lagi masuk bab mengkafirkan orang Umno yang bermula sejak 1950an, sembahyang dua imam, memulau kenduri sesama Muslim, bercerai suami isteri dan mengadakan kubur berasingan kerana perbezaan ideologi politik.-SN

Suara Politik
Taminsari

bida no plat dri blog comando perang cyber

Rabu, 30 Mei 2012


NIZAR DAN KELUARGA NIK AZIZ PUN MEMBIDA NOMBOR JUGAK

" Saya mohon maaf kepada Baginda Tuanku " Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000. Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat. “Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," “Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” “Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.
SULTAN JOHOR TIDAK PERNAH DUIT RAKYAT KERANA SEMUA GAJI BAGINDA DARI KERAJAAN NEGERI DISALURKAN KEPADA DUA TABUNG YAYASAN YANG MEMBANTU RAKYAT. MAKA PADA HEMAT KPS ITU TIDAK MENJADI MASALAH UNTUK BAGINDA MEMBIDA NOMBOR TERSEBUT KERANA KEMAMPUAN BAGINDA....PENDEDAHAN BLOGER RBF MEMBUKTIKAN ADA JUGA TOK GURU MEMBIDA NO KERETANYA....
APAKAH TOK GURU DAPAT PERCUMA NO SEPERTI DI ATAS???????
MENTERI BESAQ BALAK KEDAH DAPAT PERCUMAKAH NO DI ATAS??????
KERETA ANAK NIK AZIZ....INIKAN KENA BIDA KA TAK KENA NI??????
KERETA MENANTU NIK AZIZ LAGU MANA PULAK ?????
KERETA NIZAR DERHAKA PUN BIDA JUGAK....

tun yg digelar firaun

Jom tengok FIRAUN bersolat.



Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA.Tapi dialah yang mengerakkan negara Islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam... di sana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ni digelar MahaFiraun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan islam dimata dunia. Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

PALING UTAMA...

Seumur hidupnya, dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel.
Insan ini TEGAR bersama UMNO dan BN. Anda pula bagaimana?!!


-dipetik daripada laman FB Islam-
 

Wednesday, May 30, 2012

rahsia

Raja Petra dakwa ada fail rahsia Azmin Ali

29 Mei 2012
Raja Petra
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.
  
Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.  
  
RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.
  
RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah. - Bernama

tau mintak maaf

Mesej Twitter: Nizar mohon maaf
NORMAWATI ADNAN
30 Mei 2012
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
IPOH –  “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

keganasan lawan keganasan

Konflik tiada noktah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PATTANI: Konflik bersenjata di Selatan Thailand yang tercetus mulai 28 April 2004 selepas 32 lelaki Islam yang berlindung di Masjid Krisek, di sini, ditembak mati tentera negara Gajah Putih itu, masih tiada penghujungnya.
Kejadian tembak-menembak sama ada membabitkan pihak tertentu yang didakwa pemisah Islam atau pengedar dadah dengan polis atau tentera dan pengeboman kereta masih berlaku sama ada di kawasan bandar atau kampung.

Ia seolah-olah tiada noktah sekalipun sengketa berkenaan sudah meragut banyak nyawa sama ada di kalangan penduduk awam, tentera mahupun polis.
Pergolakan yang berlaku itu bukan baru, malah ia sudah bermula sejak 1781 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Fathoni Darul Salam atau Pattani dikuasai kerajaan Siam.

Penulis bersama jurugambar berpeluang membuat tinjauan di wilayah bergolak itu selama hampir 10 hari baru-baru ini dan sepanjang berada di sana, sekurang-kurangnya lima kejadian tembakan membabitkan golongan pemisah Islam bersenjata ditembak tentera atau tembakan curi dilaporkan berlaku di Pattani dan Yala, wilayah yang bersempadan dengan Kelantan.

Dalam kejadian terbaru pada 31 Mac lalu, 14 orang terbunuh termasuk dua rakyat Malaysia dan lebih 500 lagi tercedera dalam kejadian letupan di Hat Yai (dalam wilayah Songkhla), Yala dan Narathiwat yang dilaporkan berlaku hampir serentak.

Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku itu menyebabkan pihak berkuasa buntu dalam mengesan pihak yang bertanggungjawab. Ada yang menuduh ia angkara pemisah Islam, tetapi tidak kurang juga mengatakan ia perbuatan kumpulan pengedar dadah yang sanggup mengupah penagih untuk mencetuskan huru-hara.

Bagaimanapun, kebenaran dakwaan itu masih samar kerana ia hanya sekadar cakap-cakap atau khabar angin sahaja.
Kejadian itu secara tidak langsung menyebabkan kedamaian hidup 1.2 juta penduduk tiga wilayah berkenaan yang bersempadan dengan Kelantan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat masih dibelenggu kebimbangan walaupun Bangkok sudah menghantar hampir 60,000 anggota tentera ke wilayah itu bagi mengembalikan keamanan.

Sekatan jalan raya dan pemeriksaan tentera serta polis yang lengkap bersenjata raifal ketika melalui jalan utama atau kawasan hitam adalah rutin harian yang dilalui penduduk sepanjang masa walaupun kadangkala ia agak merimaskan.

Tentera bermotosikal turut meronda kawasan kampung dari semasa ke semasa bagi menjaga keselamatan penduduk.

Pemberontakan ini mungkin tercetus kerana penduduk Islam berasakan wilayah mereka dijajah pemerintah bukan Islam, identiti mereka ditukar daripada Melayu ke Siam, agama mereka tidak dihormati, bangsa mereka dianaktirikan manakala hasil bumi dinikmati orang lain.

Bagi penduduk, kejadian yang berlaku sejak sembilan tahun lalu masih ‘berdarah’ sekalipun kerajaan Thailand sudah menggunakan pelbagai pendekatan bagi menawan hati penduduk agar kehadiran mereka di wilayah itu.

“Kami tetap tidak akan melupakan peristiwa sedih di Masjid Krisek. Sehingga kini, setiap kali melihat masjid itu pasti terbayang mayat bergelimpangan. Mereka tidak bersenjata kenapa tentera terburu-buru menembak mereka sedangkan ia boleh diselesaikan dengan berunding.

“Penduduk menganggap mereka mati syahid kerana mempertahankan Islam,’’ kata seorang penduduk yang tinggal berhampiran Masjid Krisek ketika ditemui.

Ramai penduduk beranggapan pertumpahan darah dan keganasan yang berlaku adalah tindak balas daripada peristiwa Masjid Krisek itu kerana apa pun terjadi, penduduk Islam tidak boleh menerima hakikat saudara seagama mereka mati ditembak di dalam rumah Allah.

Mereka turut menyamakan wilayah selatan Thailand yang bergolak sebagai ‘Palestin Timur’ kerana menurut mereka, situasi di penempatan mereka sama seperti dihadapi penduduk di Palestin yang ditindas rejim zionis.

Dan sehingga hari ini, kerajaan Thailand masih buntu untuk menamatkan keganasan di wilayah itu manakala penduduk Islam seolah-olah tidak peduli dengan apa juga usaha kerajaan Thailand kerana perasaan marah dan kecewa masih terpahat kukuh.

Malah, mereka menganggap semua tindakan kerajaan Thailand bagi menangani isu di selatan negara itu hanyalah satu sandiwara.

Bagi seorang pekerja salun beragama Islam di Narathiwat, Nordi Ayu, 35, dia masih berasa bimbang untuk pulang ke kampung halamannya di Bacho, Pattani, jika tidak memakai tudung dan menutup aurat kerana apa saja boleh berlaku.

“Saya masih bimbang dengan keselamatan diri kerana masih banyak berlaku kes tembak dan pengeboman. Walaupun takut, tetapi kehidupan harian perlu diteruskan. Kerajaan Thailand kini lebih peka dengan masyarakat Islam dan mula membantu serta mendekati mereka berbanding sebelum ini.

“Banyak bantuan diberikan bagi menunjukkan kerajaan tidak menganaktirikan masyarakat Islam.

“Jika dulu di sekolah, pelajar tidak dibenarkan langsung bercakap Melayu dan jika ditangkap boleh didenda tetapi kini pelajaran bahasa Melayu boleh diajar di sekolah kerajaan,” katanya pada pertemuan di Narathiwat, baru-baru ini.

plate kereta pun dipolitikkan

WWW 1 milik Sultan Johor
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2012
Sultan Johor
Sultan Johor
SHAH ALAM - Nombor plat kenderaan "WWW 1", berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai, memenangi nombor plat "WWW 15 (RM24,200).
Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Maklumat mengenai bidaan itu dipaparkan dalam laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi semalam adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium.

Khamis lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW 1", mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100. Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai bermula pada 30 April dan berakhir 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, ramai yang membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk no plat awalan "WWW" merupakan singkatan bagi World Wide

bukan wang kerajaan

TMJ pertahan Sultan Johor bida WWW 1
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2012
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim
SHAH ALAM - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.
Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
"Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."

"Ia wang rakyat. Jadi, sebelum membuka mulut, selidik," titah baginda.

Mesej balas Tunku Ibrahim menyusul pandangan diutarakan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam.
Antara lain Nizar menulis bahawa "RM520 ribu untuk plat nombor pendaftaran WWW 1. Tak akan hendak letak kat kereta Proton atau motor kut?"

"Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!" kata beliau.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga menulis bahawa "RM520 ribu boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT," katanya lagi.

Laporan media menyebut nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).
Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Tuesday, May 29, 2012

biarlah melayu pimpin malaysia

Melayu wajar memimpin Malaysia

SAYA sangat tertarik membaca tulisan Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam tulisannya "Tidak Wajar Bukan Melayu Memimpin Tanah Melayu" (Utusan Malaysia, 26 Mei 2012).
Tulisan itu memperlihatkan kepekaan beliau terhadap kepentingan dan keabsahan orang Melayu sebagai golongan majoriti negara ini sebagai pemimpin Malaysia dan sikap ultra kiasu parti DAP yang semakin menjadi-jadi dewasa ini.
Saya ingin menyarankan juga agar jawatan Perdana Menteri Malaysia sewajarnya dipegang oleh orang Melayu yang beragama lslam daripada kalangan Ahli Sunnah WalJamaah. Hal ini sejajar dengan hujah betapa orang Melayu yang beragama lslam dan golongan majoriti di negara ini adalah golongan paling berhak untuk memimpin negara Malaysia sampai bila-bila.
Saya juga ingin menyarankan agar Perlembagaan Malaysia diperbaiki dan memasukkan ayat hanya orang Melayu yang beragama lslam daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang wajar memegang jawatan Perdana Menteri.
Hal ini sangat berkait rapat dengan realiti politik selama ini sejak negara merdeka hingga kini dan akan datang sewajarnya berperdana menterikan seorang Melayu beragama lslam sejajar dengan kedudukan lslam sebagai agama rasmi negara, ketuanan Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.
Golongan ultra kiasu seperti yang disebut oleh Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya itu sewajarnya tidak buta sejarah dengan perjuangan bangsa Melayu memperjuangkan pembukaan dan kemerdekaan negara ini dengan segala macam pengorbanan yang bukan sedikit.
Bacalah buku-buku sejarah Malaysia dahulu dan sekarang mahupun Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang betapa hebatnya orang Melayu mentadbir negara ini dan usaha-usaha mereka memerangi penjajah barat untuk mempertahankan bumi Tanah Melayu ini.
Malah penentangan hebat terhadap penjajah barat itu memunculkan ramai pahlawan-pahlawan bangsa seumpama Mat Kilau di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor di Perak dan pahlawan-pahlawan lain yang tercatat dalam buku sejarah.
Apakah sumbangan golongan ultra kiasu ini dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kosong dan hampas. Tetapi golongan inilah yang sering menimbulkan kemarahan orang Melayu dan umat lslam dengan mengemukakan tuntutan yang melampau-lampau dan melanggar kontrak sosial dengan penduduk majoriti umat Melayu.
Golongan ultra kiasu yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih kepada bangsa Melayu selaku penduduk asal dan majoriti rakyat negara ini sewajarnya disedarkan selalu dan ditolak oleh rakyat Malaysia kerana sering menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan pelbagai isu dan agenda yang sengaja dirancang untuk memporakperandakan negara ini.
Begitu juga dalam suasana semakin ramai rakyat negara ini yang buta sejarah kerana tidak tahu sejarah asal-usul diri masing-masing, pihak kerajaan sewajarnya mempercepatkan pengajaran subjek Sejarah sebagai subjek wajib di semua peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi.
Akibat tidak tahu asal-usul diri dan bangsa masing-masing inilah golongan ultra kiasu mahupun yang sealiran dengannya sering mengeluarkan kenyataan yang sangat menyinggung hati nurani orang Melayu dan umat lslam selaku golongan majoriti negara ini.
Mala petaka dan bencana yang menimpa bangsa Melayu apabila golongan ultra kiasu memerintah Singapura dan Pulau Pinang dewasa ini sewajarnya membuka mata dan hati orang Melayu dan lslam di Malaysia. Kesusahan dan keperitan yang akan mereka tempuhi sekiranya mereka menguasai dan memerintah Malaysia. Nasib buruk yang menimpa bangsa Melayu di kedua-dua negeri ini wajar menjadi renungan berharga bagi golongan bangsa Melayu yang masih bermimpi di siang hari dan malas berfikir bencana yang mereka akan terima nanti.
Lihat dan hayatilah nasib malang rakyat Palestin yang ditindas oleh regim lsrael yang merampas dan menjajah negara Palestin pada 1948.
Apa yang dialami oleh rakyat Palestin akibat ditindas oleh rejim lsrael hari ini yang sentiasa diburu oleh rejim lsrael hampir sama akan dialami oleh bangsa Melayu atau umat lslam di Malaysia sekiranya golongan ultra kiasu ini memerintah Malaysia atau menjadi PM dengan pelbagai dasar yang merugikan dan meminggirkan bangsa Melayu seperti yang terjadi di Pulau Pinang sekarang mahupun di Singapura.
Bagi golongan yang buta sejarah atau tidak mahu berfikir golongan ultra kiasu yang sudah berkuasa di Singapura dan Pulau Pinang ini dengan segala macam dasarnya yang mencerut bangsa Melayu dan umat lslam sebaiknya sedar segala tipu helah mereka. Mereka wajar sedar akibat tiadanya penyatuan di kalangan bangsa Melayu dan parti-parti politik Melayu yang hanya mengejar kuasa , golongan ultra kiasu semakin berani mengutarakan idea-idea mereka yang menyakitkan hati orang Melayu.
Sekiranya mereka mempelajari sejarah negara Malaysia, konsep perkongsian kuasa, konsep kontrak sosial dan isu-isu yang dipersetujui semasa datuk nenek moyang golongan pendatang ini berhijrah ke Malaysia atau Tanah Melayu ratusan tahun dahulu, mereka tidak akan berani menampilkan isu PM daripada golongan bukan Melayu.
Kontrak sosial dan perkongsian kuasa secara tersiratnya sudah menjelaskan orang Melayu beragama lslam bukan sahaja menjadi pemerintah negara ini termasuk PM apalagi Yang di-Pertuan Agong tentunya daripada golongan orang Melayu yang beragama lslam. Bukan penduduk golongan bukan Melayu yang merupakan golongan minoriti rakyat negara ini.
Secara tersiratnya bererti golongan majoriti tentunya penduduk berbangsa Melayu dan beragama lslam wajar menjadi PM dan pemerintah negara ini.

tabung belia

ARKIB : 28/05/2012

Apa dah jadi tabung belia ini?

SAYA ingin mengambil kesempatan daripada program Himpunan Jutaan Belia 2012 yang baru selesai berlangsung di Putrajaya untuk meluahkan isi hati saya yang terkilan dengan sikap sebuah agensi kerajaan yang acuh tidak acuh dalam membantu belia seperti kami.
Adalah menjadi cita-cita saya sejak di universiti lagi untuk menjadi usahawan. Di universiti, semangat saya berkobar-kobar apatah lagi apabila mendengar pelbagai saranan daripada kerajaan agar siswazah menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan tanpa perlu bergantung kepada makan gaji. Kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif kepada siswazah yang ingin menjadi usahawan. Setiap kali dialog bersama menteri dan timbalan menteri, mereka akan turut menyemai semangat agar anak Melayu menyahut cabaran ini dan kerajaan akan membantu kami 101 peratus.
Setelah berjaya mendapat segulung ijazah, saya pun menyertai Program Inkubator Usahawan Siswazah (PIUS) anjuran SME Bank pada bulan September tahun lepas setelah mendapat informasi mengenainya melalui laman web bank berkenaan.
Saya membayar RM300 untuk program latihan selama empat hari di bank berkenaan. Kami dijanjikan bantuan pinjaman perniagaan sebanyak RM500,000 tanpa cagaran. Lebih kurang 20 orang menyertai kursus tersebut bersama saya.
Mereka adalah graduan dari dalam dan luar negara dan ingin menceburi pelbagai jenis perniagaan. Saya difahamkan bank berkenaan sentiasa menganjurkan kursus berkenaan dan setiap kali itu juga ramai bekas graduan akan menyertainya dengan harapan untuk mendapat bantuan kewangan bagi membiayai perniagaan mereka.
Habis kursus kami dikehendaki mencari bidang perniagaan yang ingin diceburi dan setiap seorang daripada kami diberikan seorang mentor untuk membantu kami. Kami diberikan masa selama tiga bulan untuk menyediakan Rancangan Perniagaan dengan bantuan mentor tersebut.
Oleh kerana saya telah lama meminati bidang perniagaan francais dan sering mengikuti promosi yang dibuat oleh kerajaan melalui KPDNKK, saya pun menghubungi sebuah syarikat francais makanan segera antarabangsa. Setelah beberapa pertemuan akhirnya syarikat tersebut sanggup membantu saya mengambil francais mereka dengan syarat saya mendapat pembiayaan kewangan.
Apabila saya memberitahu mentor saya di bank berkenaan, soalan pertama yang keluar dari mulut beliau ialah adakah saya yakin, kerana kebanyakan francisor setelah mendapat duit daripada francaisi mereka akan lari.
Beliau tidak menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan francais, malah beliau mengutuk francaisor habis-habisan. Tetapi oleh kerana saya telah tekad, maka saya tetap meneruskan hasrat saya dan berjaya menyiapkan rancangan perniagaan dengan bantuan francaisor tersebut.
Setiap minggu, saya menghubungi pihak bank bagi mengetahui status permohonan pinjaman saya namun kecewa dengan jawapan standard mereka, sedang diproses.
Beberapa kali saya cuba pergi ke bank berkenaan untuk berjumpa dengan mentor saya, tetapi hampa kerana beliau sibuk.
Emel dan SMS tidak berjawab. Seorang pegawai di bank berkenaan yang kebetulan terserempak dengan saya di sebuah restoran memberitahu bahawa mustahil mereka akan memberikan duit kepada siswazah untuk berniaga, mereka tidak percayakan siswazah.
Mereka hanya akan bantu mereka yang sudah punya paling kurang setengah daripada keperluan modal. Beliau turut cakap besar dengan mengatakan bahawa mereka hanya akan bantu syarikat besar seperti NAZA, Lim Tayar, Sani Ekspres dan lain-lain. Kalau tidak ada modal seperti siswazah, boleh lupakan hasrat untuk mendapat duit daripada mereka. Kebanyakan ucapan beliau adalah dalam bahasa Inggeris. Saya menangis dalam hati, rupanya inilah sikap pegawai bank berkenaan.
Saya turut menghubungi kawan- kawan saya yang menyertai kursus berkenaan dan mereka pun menceritakan perkara yang sama, terpaksa berulang-alik memanjat bangunan bank berkenaan, masih tiada jawapan. Mentor sibuk, dan mereka masih menganggur. Ada yang terpaksa kerja sambilan di hypermarket dan ada yang menjadi atendan tempat letak kereta.
Saya sedih mengenangkan nasib kami yang diberikan pelbagai janji manis untuk membantu kami siswazah, anak Melayu oleh pihak kerajaan, kementerian dan agensi. Kami sedar sekarang bahawa segala janji itu adalah palsu semata-mata. Jika pun tidak mahu membantu kami, kembalikanlah duit RM300 kami.
Kami bukan berasal daripada keluarga kaya, bangsawan. RM300 sudah terlalu besar buat kami.

jiwa tun

ARKIB : 28/05/2012

Tun tak suka Jo tapi akan tetap undi Jo...

ADALAH rahsia umum bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak menyenangi Datuk Johari Baharom, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu yang telah menyebabkan kegagalannya untuk mewakili UMNO bahagian itu ke Perhimpunan Agung UMNO 2006.
Namun kenyataan beliau di Kedah baru-baru ini membuktikan bahawa Mahathir tidak menyimpan dendam, mementingkan perasaan atau sentimennya demi pemulihan UMNO dan kuasa BN menerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Mengulas tentang ketidakhadiran Johari dalam pertemuannya dengan penyokong UMNO di Kedah baru-baru ini, Mahathir berkata: "Johari tidak begitu suka saya, saya juga tidak begitu suka dia, tetapi sekiranya dia dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kelak, saya tetap akan mengundinya."
Kenyataan ini merupakan mesej Mahathir kepada seluruh orang Melayu terutamanya ahli UMNO supaya mengambil sikap yang sama apabila parti telah membuat keputusan mengenai calon yang bertanding di kawasan mereka, sama ada mereka suka atau tidak.
Soal calon itu bukan Ketua Bahagian UMNO atau bukan pilihan UMNO setempat tidak lagi boleh dipersoalkan sebaliknya keyakinan sepenuhnya mesti ada di kalangan pengundi di sesuatu kawasan di peringkat negeri atau Parlimen bahawa calon yang diletakkan adalah calon terbaik yang ditentukan oleh Presiden Parti UMNO.
Parti tentulah telah membuat keputusan berasaskan kajian dan fakta dari semua aspek yang telah diselidiki dan dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya dan tidak sahaja berdasarkan kepada populariti seorang calon di kalangan bahagian, ahli parti atau ukuran sesuatu pihak sahaja.
Yang menentukan kemenangan seseorang calon bukan hanya ahli parti tetapi orang ramai di atas pagar.
Sikap yang mesti diambil oleh pengundi dari UMNO ialah jika ada sesaorang yang mahu mencabar pemilihan calon yang telah diputuskan oleh parti maka anggaplah dia sebagai pengkhianat kepada parti, bangsa dan negara.
Jika parti boleh membuat keputusan untuk memberikan sokongan berasaskan parti dan bukan kepada calon, maka pastinya calon yang tidak dianggap boleh menang akan menang. Orang ramai juga mestilah memahami mesej Tun Dr. Mahathir.
Dalam hal ini kita boleh mengambil contoh kemenangan calon pembangkang yang tidak pun mempunyai akar umbi di sesuatu kawasan malah bukan orang tempatan tetapi telah diberikan kemenangan oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008.
Ini terbukti dengan kemenangan beberapa calon Pas dari luar tetapi boleh menang di Kelantan dan yang lebih jelas Lim Guan Eng dari Melaka boleh menang bertanding di Pulau Pinang.
Jika ada sikap kepartian orang Melayu dan UMNO maka pastinya percubaan untuk menggunting dalam lipatan atau calon tidak terpilih yang mencabar calon pilihan raya parti akan dapat dikalahkan dan setiap calon yang diletakkan sebagai berpotensi menang akan pasti menang.
Jika orang Melayu hendak mengembalikan kuasa Melayu maka mereka mestilah menentukan untuk memilih parti dan bukan calon dalam pilihan raya umum kali ini.
Sikap ini pastinya akan dapat menggulingkan kerajaan Pas di Kedah yang bukan sahaja telah membawa banyak kesusahan kepada orang Melayu tetapi juga bukan Melayu.

peneroka bantah ambil durian runtuh

ARKIB : 28/05/2012

6 peneroka fail injunksi sudah ambil durian runtuh

KUANTAN 27 Mei - Seorang lagi peneroka, Samat Lebai Yusof dari Jengka 4 yang sebelum ini antara lapan individu yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) tampil mengambil cek durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000, semalam.
Dengan ini, kesemua enam peneroka daripada 'kumpulan lapan' yang layak menerima durian runtuh bagi fasa pertama mengambil bahagian masing-masing manakala dua lagi akan menerima bayaran untuk fasa kedua dan ketiga.
Sama ada kebetulan atau dirancang, kesemua mereka tidak hadir mengambil cek berkenaan pada majlis penyampaian yang diaturkan oleh pihak pengurusan Felda.
Sebaliknya, kesemua mereka iaitu tiga dari Jengka 15 dan masing-masing seorang dari Jengka 14, Jengka 17 dan Jengka 4 mengambil cek mereka pada hari berikutnya di pejabat pengurus.
Individu terakhir daripada kumpulan peneroka itu, Samat, 67, dari Jengka 4 hadir ke Pejabat Pengurus Felda itu pagi kelmarin untuk mengambil cek tersebut.
Cek bagi bayaran durian runtuh fasa pertama itu diserahkan Pengurus Felda Jengka 4, Osman Amin dan disaksikan oleh dua orang saksi.
Lima peneroka lain daripada kumpulan lapan itu ialah Alias Ibrahim, Abdul Rahim Abdul Rahman dan Abdullah Mohd. dari Jengka 15 manakala Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jalaluddin Syed Muhamed (Jengka 17).
Namun, dua lagi iaitu Rakiah Sulong (Jengka 15) terlibat untuk fasa kedua iaitu bayaran untuk isteri peneroka manakala Rosdi Ismail juga dari rancangan sama merupakan penerima fasa ketiga bagi generasi kedua Felda.

Monday, May 28, 2012

peneroka minta maaf

Dua peneroka mohon maaf
AZIZAH SHAFIEI
27 Mei 2012
FELDA KUMAI - Dua daripada 21 peneroka yang menggunakan saluran mahkamah untuk membatalkan proses pinjaman saham daripada bank tempatan, memohon maaf secara terbuka kepada semua peneroka.

Mereka ialah Ishak Mat, 64 dan Ramli Md Nin, 58 yang turut membuat laporan polis pada 19 Mei lalu kerana mendakwa mereka dianiaya pihak tertentu.

Ishak berkata, mereka turut membuat akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Berdaftar untuk menarik diri dan membatalkan nama dalam senarai 154 peneroka yang menyaman seramai 12 pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara.

Dia berkata, tindakannya menyerahkan salinan kad pengenalan kepada seorang rakan membawa padah bukan sahaja kepada dirinya, malahan membabitkan peneroka lain.
“Saya memohon maaf kepada peneroka di seluruh negara, Felda dan kerajaan.
Sememangnya saya silap kerana menyerahkan salinan kad pengenalan tanpa bertanya tujuan dia berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ishak berkata, sejak  menyertai Felda, dia tidak pernah berniat mahu membelakangi pengurus atau Felda, sebaliknya sentiasa menyokong tindakan Felda terutama berkaitan
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di bursa saham.
Sementara itu, Ramli berkata, dia juga dianiaya seorang rakan yang memintanya menyerahkan salinan kad pengenalan.
Katanya, ketika itu dia difahamkan salinan tersebut akan digunakan untuk menarik semula permohonan pinjaman saham ditandatanganinya.
“Saya sememangnya tidak mahu terbabit dengan saham FGVH, tetapi tujuan asal saya hanya mahu menarik semula permohonan.
“Tetapi sekarang lain pula jadinya, nama saya tersenarai sebagai antara peneroka menyaman pengurus dan Felda.
Ini bukan keinginan saya,” katanya. Ramli berkata, dia tidak akan menarik permohonan saham, malah tidak ragu-ragu untuk terus menyokong Felda.

tunku aziz

Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut'
Fairuz Jumain dan Nurul Aini Mohamed Ali
28 Mei 2012
PETALING JAYA - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya berhubung Bersih 3.0 bulan lalu.

Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti hanyalah separuh benar.

Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.

"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.

"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tunku Abdul Aziz juga mendakwa DAP memanipulasikan kenyataan dan pendirian beliau berhubung Bersih 3.0.

Katanya, beliau menyokong Bersih 3.0 untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan tujuan beliau menyertai DAP bukan untuk menyertai demonstrasi jalanan.

"Saya tidak menyokong cara mereka menggunakan demonstrasi jalanan bagi menuntut perkara tersebut," ulas beliau.

Katanya, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan dalam memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kalau mereka melanggar undang-undang, saya tidak akan memberi sokongan. Saya memberi sepenuh sokongan untuk kempen bagi mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil. Saya sokong 100 peratus," kata beliau.

Katanya beliau menyertai DAP selepas mendapat jemputan daripada Kit Siang dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.

"Saya melihat yang perjuangan parti DAP memberi peluang kepada saya untuk memperjuangkan dan menghapuskan rasuah di kalangan pihak kerajaan dan pihak lain," katanya.

"Saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti selepas ini," tegas beliau.

Katanya lagi, sebelum ini beliau sudah dua kali cuba untuk meletak jawatan tetapi apabila dipujuk dan memikirkan semangat setiakawan, beliau menarik kembali hasrat tersebut.

Tunku Aziz secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP pada 14 Mei lalu.

air terengganu

MB Selangor mahu rakyat ada pilihan selain air Pahang
RISWANDI RAZAK
28 Mei 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - 'Perang' isu air melibatkan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat berterusan dengan penegasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bahawa rakyat wajar ada pilihan lebih murah bagi mendapatkan bekalan air bersih, selain  projek penyaluran air Pahang menerusi pembinaan Loji Rawatan Langat 2.

Oleh itu katanya, cadangan penyaluran air dari Tasik Kenyir, Terengganu merupakan salah satu pilihan yang lebih baik.

Menurutnya, rakyat perlu mengetahui proses pembinaan projek penyaluran air dan Loji Rawatan Langat 2 dan sama ada wujud pilihan lain atau tidak.

"Kerajaan Negeri mahu tunjukan kepada rakyat bahawa ketika keputusan membawa air dari Pahang diambil, tiada sebarang pilihan lain diperbincangkan.

"Saya mahu mengimbas semula keputusan tersebut, sama ada ia satu tindakan terbaik untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Kerajaan Negeri serius untuk melaksanakan penyaluran air dari Tasik Kenyir sebagai pilihan kedua penyaluran air dari Pahang ke Selangor.

Abdul Khalid berkata, penyaluran air dari Terengganu lebih murah kerana tidak perlu membina terowong, sebaliknya hanya perlu membina paip bersebelahan paip gas sedia ada.

"Pembinaan terowong bagi menyalurkan air dari Pahang melibatkan kos lebih tinggi berbeza dengan membina paip dari Terengganu, begitu juga pembinaan paip dari Perak ke Selangor," katanya.

Menurutnya, perkara ini akan dibincangkan dalam Forum Air pada 12 Jun ini yang turut disertai oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), golongan profesional dan wakil agensi luar negara.

Beliau berkata, cabaran Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya beliau meminum air empangan tidak relevan kerana penyaluran air dari Pahang juga merupakan air mentah.

Menurutnya, sekiranya Noh bersetuju bahawa jumlah air mentah di negeri ini masih banyak, mengapa perlu dilaksanakan projek penyaluran air mentah dari Pahang.

"Loji Langat 2 adalah untuk merawat air mentah, oleh yang demikian jika Noh sendiri bersetuju bahawa air di empangan masih banyak, mengapa perlu dibawa air dari Pahang.

"Mereka kata sebelum ini, air mentah tidak boleh minum, tetapi secara lojiknya jika air mentah di Selangor tidak boleh minum bagaimana pula air mentah di Pahang," katanya.

br1m kedua

BR1M pusingan kedua?
RISWANDI RAZAK & NORHASPIDA YATIM
28 Mei 2012
Abdul Rahman Dahlan
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, demikian pandangan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini.

“Saya menyambut baik cadangan itu dan amat setuju sekiranya ia diadakan kali kedua kerana jumlah yang dibelanjakan kerajaan untuk memberi bantuan itu tidak begitu tinggi berbanding subsidi-subsidi lain," kata beliau kepada Sinar Harian.

“Kita akan usahakan perkara ini. Rakan-rakan saya dalam BNBBC akan menyuarakan pandangan itu.

"Kita yakin rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 akan menikmati BR1M untuk kali kedua,” katanya.

Awal semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, pemberian BR1M kali kedua itu bukan bertujuan untuk meraih undi, sebaliknya mahu membantu meringankan beban rakyat terutama menjelang musim perayaan.

“Saya rasa, waktu yang paling sesuai untuk pemberian BR1M kali kedua ini adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri kerana kita faham, pada waktu kebanyakan masyarakat akan berbelanja lebih untuk membeli keperluan harian dan membuat persediaan menyambut perayaan.

“BR1M perlu ada kesinambungan, paling tidak, dua kali setahun supaya rakyat boleh merasa dan menghargai subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan pemberian BR1M kali kedua oleh Presiden MCA itu.

Walaupun begitu, katanya, kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dana atau sumber sedia ada sebelum melaksanakan pemberian BR1M kali kedua.

Menurut Idris, pelaksanaan ini perlu penelitian terperinci termasuk bagaimana kerajaan menampung semula kos perbelanjaan tersebut.

“Kita akui pemberian BR1M ini sememangnya disukai oleh golongan sasaran, namun, kita perlu ukur terlebih dahulu keupayaan kerajaan kerana ini melibatkan dana yang besar.

“Walau bagaimanapun, saya berpendapat biarlah kerajaan yang menentukan sama ada wajar atau tidak ia dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, syor agar kerajaan memperluaskan BR1M khususnya kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang terlepas di bawah kriteria lama pernah dibawa ke mesyuarat badan itu.

“Memang ada cadangan berkenaan, tetapi cadangan itu meminta agar kerajaan mempertimbangkan pemberian BR1M kepada kumpulan sasaran yang tidak tergolong dalam kriteria sebelum ini, pendapatan seisi keluarga RM3,000 dan anggota keluarga yang tidak tertakluk
kepada pemberian baucar RM100, RM200 dan sebagainya,” katanya.

Mengambil kira aspek itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, kerajaan wajar mengkaji dan memberi keutamaan kepada mereka.

“Bermakna kita memperluaskan bantuan kepada kumpulan yang memerlukannya, kumpulan sasaran yang tidak mendapat apa-apa setakat ini,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Temerloh ini yakin Perdana Menteri akan memberi pertimbangan agar mereka juga menikmati BR1M peringkat kedua.

bila pas memerintah

'Bukan cakap kosong'
ROSLINDA HASHIM
28 Mei 2012
'Bukan cakap kosong'
Gambar yang diambil di Gunung Inas di Baling yang semakin botak.
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri didakwa cuba berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat untuk menutup kepincangan yang berlaku membabitkan penebangan balak yang berleluasa di sekitar Baling dan Sik.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah harus bertanggungjawab atas kerakusan menebang balak seterusnya menjejaskan kawasan tadahan air termasuk merosakkan ekosistem alam semula jadi kawasan berkenaan.

“Perkara ini dibangkitkan oleh penduduk yang membuat aduan kepada Puteri Umno Bahagian Baling, yang memanjangkan perkara itu kepada kita.

“Penduduk perlu berani tampil bersuara membantah kerakusan penebangan balak di situ, jika mahu perkara ini dihentikan,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan Kursus Ketua Unit Pilihan Raya Parlimen Alor Setar, semalam.

Menurutnya, Umno Kedah mempunyai maklumat serta bukti berhubung kawasan hutan yang diambil balak sewenang-wenangnya dan bukan sekadar bercakap kosong.
“Kita selidik aduan yang diterima dengan menghantar pasukan untuk buat tinjauan.

Kita dapati pelbagai saiz balak ditebang tanpa kawalan hingga kawasan bukit ‘botak’.

Pada zaman Barisan Nasional (BN) dahulu, kita tebang ikut saiz yang dibenarkan Jabatan Perhutanan,” katanya.

Ahmad Bashah turut mempersoalkan alasan yang diberikan Kerajaan Negeri konon hutan berkenaan dicerahkan untuk pembangunan Ladang Rakyat kerana dilakukan di kawasan tadahan air.

“Saya ingin tanya, mana lebih penting, buka Ladang Rakyat hingga jejas kawasan tadahan air atau bekalan air bersih kepada penduduk?

“Itu sekadar alasan untuk sembunyi motif sebenar mengaut keuntungan daripada penebangan balak,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri harus mempunyai perancangan yang betul tanpa menjejaskan kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, sekiranya mahu membangunkan projek terbabit.

“Cari sahaja lokasi lain, di kawasan tanah pamah bukannya bukit. Mungkin ini taktik untuk raih pendapatan balak, tidak hairanlah hasil balak melonjak puluhan juta ringgit,” katanya sinis.

Ahmad Bashah berkata, air sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk kini keruh dan menyebabkan penduduk mengadakan demonstrasi  Jumaat lalu supaya Kerajaan Negeri buka mata.

“Kerajaan PR perlu bertanggungjawab kerana keperluan air bersih masih meruncing hingga kini, malah kawasan luar bandar pun bekalan masih belum sempurna,” katanya.

Jumaat lalu, 300 belia mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kompleks Rakan Muda Baling membantah pengeluaran balak yang berleluasa di daerah itu, hingga didakwa menyebabkan sumber air bertukar keruh, selain meminta Kerajaan Negeri
bertindak segera.

Sunday, May 27, 2012

anak dan ayah

keling gampang dah kalah

AMBIGA FINALLY SURRENDERS.

E-mail Print PDF
AddThis Social Bookmark Button

After leading 25,000 people to the streets who shouted provoking words to the police that finally ended in chaos, injuries, damage of public properties and a lot of trash, Ambiga shamelessly denied any responsibility to anything at all.

Claiming she didn’t ask the protestors to act in terror, she absolutely has no regret whatsoever for refusing to accept the Stadium Merdeka to hold the supposedly ‘Sit Down Protest’.

She was expecting a good publicity and somewhat political mileage for the political parties that support her liberal cause.    She was hoping that BERSIH could help the liberals take power, one way or another.

Should she failed to do it through the streets, at least BERSIH would have painted the picture that the general election, whenever it is, is not clean and unfair and therefore, provides good reason to hold more protest or maybe even invite foreign interference that eventually would help change the government.

She must have expected a great deal of condemnation from the government supporters but of course it would come with a fair coverage of her ‘strength and determination’.    So, after all the damage is done, she thought that she could have gone home and rest and enjoy listening to people talking about her ‘heroism’.

She definitely didn’t expect that the ordinary people or the ‘nobodies’, would retaliate to the consequences that she had put them through, by making her life miserable. They didn’t do much, actually, accept put up stalls and danced a little in front of her house, but that’s enough to make her shiver.

In her panic, she called them stupid, immature, jobless people who have nothing better to do.   She was angry that they disrupt the harmony of her neighbourhood and deny her the privacy and create tons of trash along the streets to her house.

What she didn’t realize was that she did the same to them too, even worse, because she had caused them their daily-earnings.    She didn’t realize that there were residential apartments in Kuala Lumpur too – along the road that the stupid BERSIH ‘occupied’ on that 28th April 2012.

The residents in the apartments, the guests in the hotels who must have had better plans on that day were stranded, scared and most probably wondering why is this stupid woman Ambiga trying to tear a peaceful country apart and spoil their plans for the day?

Of course, Ambiga would defend herself by saying that it was only ‘one’ day.  But then, BERSIH 2.0 on 9th July 2011 was also ‘one’ day.  And we are sure that there would be another ‘one’ day later on as PAS is already singing the song.  So, who knows how many ‘one’ day would there be if this Ambiga wasn’t taught a good lesson?

One may say that the whole avenging act was childish but nevertheless, we congratulate the traders and the ordinary people who came up with the idea of practicing their rights to express their disapproval of BERSIH and doing it at the right place – in front of Ambiga’s house.

Ambiga claimed to have represented the people and the ordinaries but then, face it, these are the people, the ordinaries who have never supported her cause.  There were police reports and calls for her to cancel the BERSIH rally and the calls were made by none other than the ordinary people.

But did Ambiga listen to us?

And when the hell did we elect her to represent us?  She definitely doesn’t represent me, and my family and my colleagues and my friends who now can’t even stand the sight of her.

Whatever it is, thank God that she finally learns her lesson yesterday after 2 more groups came up to express their disapproval of BERSIH.

And so, she couldn’t take it anymore of the memos, the disturbance, or the ‘peaceful pasar-malam’  in front of her house.  And that’s just as far as this LGBT Goddess would go.  She cracked, under pressure.

Ambiga finally apologized!

Let’s not judge her sincerity and leave it at that or take it as it is.

With this, we believe that Ambiga will never bother us, the ordinary Malaysians, ever again.   If she did, we can promise her that her neighbors would chase her away from their neighbourhood

komen fb

Ha Na · Top Commenter
DULU KERAJAAN BOLEH BAGI BIASISWA KERANA BILANGAN PELAJAR SIKIT.. KALAU BAWAH SKIM BIASISWA DULU LEBIH KURANG 20RIBU PELAJAR AJE YG DAPAT KE IPTA SETIAP TAHUN.. SEKARANG DIBAWAH SKIM PTPTN SETIAP TAHUN LEBIH 200RIBU PELAJAR DAPAT PELUANG KE IPTA DAN IPTS..

INI LAH YG DINAMAKAN SUSTAINABLE EDUCATION POLICY.. BAYANG KAN KALAU KERAJAAN KENA TANGGUNG 200RIBU PELAJAR IPTA & ITPS SETIAP TAHUN.. BANYAK BILLION TU..

YG PALING PENTING, SEMEMANGNYA TAK ADIL SEKIRA NYA BERJUTA-JUTA RAKYAT MALAYSIA BAYAR PELBAGAI CUKAI UNTUK MEMBOLEHKAN SEGELINTIR RAKYAT BELAJAR PENGAJIAN TINGGI DGN FREE..

BUKAN SEMUA PELAJAR SEKOLAH BERJAYA KE IPTA DAN IPTS.. KERAJAAN PERLU SEDIAKAN JUGA DANA YG BESAR UNTUK PELAJAR MELAYU YG KURANG BERJAYA DALAM PELAJARAN.. BERBILLION2 KERAJAAN GUNA UTK BIAYA PELAJAR KURANG BERJAYA DLM SPM UTK SEDIAKAN PUSAT2 LATIHAN KEMAHIRAN SEPERTI IKBN, IKM, KOLEJ KOMUNITI, VOKESIONAL DAN SEBAGAINYA..

BAYANGKAN KALAU SEMUA PELAJAR2 IPTA & IPTS DAPAT MENGAJI FREE MAKA KERAJAAN TIDAK AKAN ADA CUKUP DANA LAGI UTK MEMBELA NASIB PELAJAR2 YG KURANG BERJAYA YG LEBIH RAMAI BILANGANNYA UTK KE PUSAT2 KEMAHIRAN SEPERTI IKBN, IKM, KOLEJ KOMUNITI VOKESIONAL DAN SEBAGAINYA..

ADAKAH ITU ADIL BAGI SEMUA RAKYAT.. PENGAGIHAN MESTI ADIL.. JANGAN YG PANDAI SAHAJA DAPAT SEMUANYA DAN YG KURANG PANDAI TAK DAPAT APA2..

TAPI ORG BODOH PR MACAM RAFIZI TAK SAMPAI INTELEK MEREKA UTK BERFIKIR SEJAUH ITU.. MAKA JGN LAH KITA TERPENGARUH DGN IDEA BODOH PR..