Monday, February 6, 2012

uitm kurangkan pelajar

angan kurangkan kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara

RFIL

SAYA merupakan bapa kepada seorang bekas pelajar diploma UiTM.

Saya ingin melahirkan rasa hairan dengan tindakan pihak UiTM mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke Ijazah Sarjana Muda pada kemasukan Mac ini berbanding kemasukan sebelumnya.

Misalnya, bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (EC220), jumlah pelajar penerapan dan lepasan diploma UiTM yang diambil hanya sekitar 60 orang sedangkan pada kemasukan sebelum ini, jumlah pelajar yang diambil hampir 200 orang.

Saya terkilan apabila jumlah kemasukan pelajar dikurangkan walaupun ramai pelajar memenuhi syarat berdasarkan program yang dipohon.

Ini melibatkan masa depan para pelajar bumiputera. UiTM ditubuhkan untuk membantu pelajar bumiputera yang kurang berkemampuan.

Malah program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam tidak tersenarai dalam program yang boleh dirayu secara online. Kenapa jumlah kemasukan dikurangkan? Sedangkan objektif dan matlamat penubuhan UiTM masih kekal sehingga hari ini iaitu untuk mempertingkat dan menjamin keutuhan status sosioekonomi bumiputera.

No comments:

Post a Comment