Wednesday, February 8, 2012

ambil juga pasal duit




HILMI Yahaya (kanan) memberi penerangan berhubung pengagihan baucar BR1M di Pulau Pinang, semalam.



TELUK BAHANG 7 Feb. - Terdapat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan wang bantuan persekolahan RM100 dari parti pembangkang enggan bersalam dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) semasa menerima bantuan tersebut.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Menurut Hilmi, keadaan itu mungkin berlaku akibat rasa malu kerana selama ini mereka suka mengkritik segala bentuk bantuan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat.
Beliau menambah, perasaan itu juga timbul kerana mereka sebelum ini tidak yakin BN akan memberinya kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik.
“Ada yang mungkin malu kerana sebelum ini asyik menghentam kerajaan BN dan tidak yakin dapat bantuan.
“Mereka ini apabila naik atas pentas, tangan kanan disembunyikan di belakang (badan), tidak mahu salam dengan saya tapi tangan kiri ambil,” katanya yang juga Setiausaha BN Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan baucer BR1M fasa ketiga di sini hari ini.
Seramai 922 penerima dari kawasan DUN Teluk Bahang menerima bantuan tersebut.
Hilmi memberitahu, bagi menangani isu-isu semasa yang sering diputar-belit oleh pembangkang, BN negeri kini giat mengadakan program-program penerangan yang memberi fokus kepada kumpulan-kumpulan sasar.
Jelasnya, selain risalah dan ceramah, media baru turut digunakan termasuk blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dibuat secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment