Tuesday, February 7, 2012

puak pr pun ambil

MOHD ISKANDAR OTHMAN
7 Februari 2012

TELUK BAHANG - Malu tapi mahu. Itu yang boleh digambarkan sikap segelintir ahli pembangkang yang enggan bersalam dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika mengambil Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan wang bantuan persekolahan RM100.

Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata,ketika menyampaikan BR1M baru-baru ini terdapat beberapa individu yang sebelum ini lantang mengkritik dan menghentam kerajaan dan BN hadir bagi menerima bantuan.

Hilmi berkata, apa yang dikesalkan ialah ada antara mereka tidak mahu bersalam dengannya ketika menerima bantuan itu.

"Mereka ini bila naik atas pentas, tangan kanan disembunyikan di belakang (badan), tidak mahu salam dengan saya tapi tangan kiri ambil.

“Mungkin berasa malu kerana selama ini mereka suka mengkritik segala bentuk bantuan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan baucer BR1M fasa ketiga di sini semalam.

Seramai 922 penduduk dari kawasan Dun Teluk Bahang menerima bantuan itu.

Hilmi yang juga Ketua Penerangan BN Pulau Pinang berkata, perasaan itu timbul kerana mereka sebelum ini tidak yakin BN akan memberi kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik.

Sementara itu, BN negeri kini giat mengadakan program -penerangan yang memberi fokus kepada kumpulan sasar bagi menangani isu semasa yang sering diputar-belit oleh pembangkang, .

Beliau berkata, selain risalah dan ceramah, media baru digunakan termasuk blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dibuat secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment