Friday, February 3, 2012

kakitangan awam akan diterajang dari blog flying kick


Bukan kecik anak jumlah kakitangan kerajaan di negara ini. Jumlahnya adalah lebih kurang 1.2 juta orang. Sebahagian daripada kakitangan kerajaan pula menjadikan trend menyokong Pakatan Rakyat sebagai satu kewajipan. Dan kakitangan awam inilah juga yang banyak membocorkan rahsia, kurang menjalankan tanggungjawab tetapi berangan-angan besar untuk hidup lebih selesa di bawah kerajaan baru.

Bagaimana agaknya kehidupan kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang di negara seandainya Pakatan Rakyat benar-benar mengambilalih kerajaan seperti yang sedang mereka usahakan sekarang?

Adakah kakitangan awam di negara ini akan 'terselamat'?

Yang sahihnya, penguasa sebenar jikalau Pakatan mengambilalih pentadbiran negara ini adalah DAP. Dan DAP menerusi mulut Tony Pua sudah mempunyai perancangan yang SANGAT BAIK untuk kakitangan awam.

Sebahagian besar daripada kakitangan awam yang juga merupakan sebahagian besarnya adalah orang Melayu akan diterajang keluar dan menjadi penganggur. Pengambilan kakitangan awam yang baru akan berasaskan kepada merit. Jumlah kakitangan awam yang 'terlalu ramai' sekarang adalah membazir dana rakyat, kata Tony Pua.

Tony Pua (Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara) telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan agenda sebenar DAP di negara ini. Kenyataan Tony Pua tersebut dikeluarkan dalam seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bajet 2012", program yang dianjurkan oleh Pemuda DAP Johor. Tony Pua mencadangkan untuk memecat kakitangan awam. Kalau pecat, siapa pula akan mengisi kekosongan terbabit?

Tony Pua menyatakan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat maka satu projek yang dinamakan sebagai "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" akan dilaksanakan untuk mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat peringkat setiap tahun. Tujuan utama Tony Pua mencadangkan sedemikian adalah kerana untuk mengurangkan perbelanjaan katanya. Penyelesaian untuk kurang belanja adalah membuang orang. Ini pilihan penyelesian mudah kerajaan pakatan pembangkang. (BACA DI SINI)

Mungkin sebahagian besar kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat akan beranggapan mereka terselamat kerana mereka adalah penyokong, tetapi berdasarkan kepada apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, selagi mereka berjenama Melayu dan Islam, sebarang tindakan tidak akan mengira sama ada menyokong Pakatan Rakyat mahupun sebaliknya.

Pengurangan kakitangan awam secara berperingkat-peringkat yer?

Mampuslah kakitangan awam yang seronok dan berangan-angan besar dengan Pakatan Rakyat!!!

No comments:

Post a Comment