Terkilan janji dimungkiri
11 Februari 2012
Ketua keluarga, Mohd Nizam Basran, 30, mendakwa, beberapa kali dia menemui pemimpin tersebut termasuk ke pejabatnya demi meminta bantuan namun gagal hingga ke hari ini.
“Kali pertama saya bertemu pemimpin itu ketika dia turun ke Flat Taman Permai Indah pada 14 Jun 2010 membuat sidang media berhubung kerosakan lif di flat tesebut.
“Ia kerap berlaku sehingga mengganggu aktiviti harian penduduk di situ.
“Termasuklah saya, isteri dan anak yang menghuni tingkat 11 flat itu. Lebih menyedihkan apabila lif boleh berfungsi, ia hanya boleh bergerak hingga ke tingkat 10” katanya.
Apa yang menyedihkan, menurutnya, isterinya Asiah Sampul, 51, yang mempunyai berat badan lebih 100 kilogram selain berhadapan osteoporosis (masalah tulang) tidak mampu memanjat tangga lebih-lebih lagi tatkala lif rosak.
“Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk berpindah sementara kerumah saudara di No 2, Lebuh Damar Merah 2, Lebuh Damar Merah, Taman Pendamar Indah sementara berhasrat menjual rumah itu.
Dalam masa Mohd Nizam memendam kesedihan, perasaan itu sedikit terubat apabila mereka dikunjungi Ketua Umno Bahagian Klang merangkap Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latif dan rombongan ke kediaman terbabit.
Mohd Nizam berkata, kehadiran mereka sedikit mengubat rasa sedihnya dan keluarga lebih-lebih lagi apabila isterinya, menerima kerusi roda bersama bantuan kewangan namun masih menunggu bantuan dari pihak lain.
Sementara itu, pemimpin yang dimaksudkan, Penyelaras BN Parlimen Klang merangkap Ketua MCA Bahagian Klang, Datuk Teh Kim Poo ketika dihubungi menafikan dakwaan itu dengan berkata, sehingga ke hari ini pihaknya tidak pernah berjanji dengan keluarga terbabit.
“Jika saya berjanji ingin membantu mana-mana pihak, pasti saya dan rombongan akan segera turun padang.
“Sekiranya keluarga terbabit inginkan bantuan daripada saya, mereka harus mengikut prosedur datang ke pejabat menemui saya secara bersemuka,” katanya.
No comments:
Post a Comment