Saturday, February 4, 2012

peniaga teraniaya

Peniaga dakwa teraniaya
SYAIRI SHAARI
3 Februari 2012
danau-kota
DANAU KOTA - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengambil alih pengurusan Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota setelah penganjur didakwa gagal menjaga kebajikan peniaga.

Setiausaha Persatuan Peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim berkata, selama enam tahun bazar ini beroperasi, penganjur mengabaikan kebajikan peniaga.

“Persatuan melalui peniaga kini mendesak agar DBKL sendiri mengambil alih pengurusan atau boleh diserahkan kepada persatuan ataupun kepada penduduk.

“Pelbagai masalah dan isu timbul sebelum ini sehingga membabitkan hubungan antara peniaga dengan penduduk disebabkan kegagalan penganjur menyelesaikan masalah.

“Akhirnya, peniaga mengambil keputusan menubuhkan Persatuan Peniaga Uptown Danau Kota bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang tidak mampu dilaksanakan penganjur,” katanya selepas majlis menyerahkan borang pendaftar pengundi peniaga Uptown

Danau Kota kepada Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Muhd Ridzuan Abdullah di Danau Kota, baru-baru ini.

Menurutnya, sejak adanya persatuan, pelbagai usaha untuk menjernihkan keadaan seperti berbincang dengan penduduk berhubung soal yang dibangkitkan penduduk khususnya soal keselamatan, kebersihan dan kesesakan dilakukan.

Beliau berkata, perkara ini sepatutnya diselesaikan penganjur tetapi disebabkan masalah ini tidak mampu ditangani, akhirnya peniaga yang tersepit.

“Peniaga tidak boleh salahkan penduduk yang bersuara menuntut hak mereka. Tetapi penduduk kini mula memahami apa yang berlaku setelah persatuan menerangkan masalah ini kepada penduduk,” katanya.

Menyentuh cuti dua hari, peniaga berharap aktiviti perniagaan mereka dapat dilanjutkan kepada enam hari seminggu.

“Cuti dua hari yang diarahkan DBKL banyak memberi kesan kepada peniaga terutamanya yang bergantung rezeki berniaga di sini.

“Kebanyakan peniaga berniaga secara kecil-kecilan sahaja dan di sinilah punca rezeki m

No comments:

Post a Comment