Dalam perjalanan pulang ke rumah saya berpeluang merakamkan gambar berikut.
Untuk rekod, tiada perkataan 'Merbahaya' di dalam kamus. Perkataan bermaksud sama, 'Berbahaya'.
Tindakan Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk memantau penggunaan Bahasa Melayu secara tepat di papan tanda dan iklan harus dipuji.
Berhampiran Stesyen LRT Taman Bahagia, Kelana Jaya, Selangor, saya merakamkan papan tanda menggunakan perkataan 'Bahaya'.
Perhatikan papan tanda sama (di sudut kanan gambar kedua di bawah) dipacakkan berhampiran tapak parkir di bawah kabel bervoltan tinggi, 500 Kilo Volt.
Saya kemudian menghubungi pegawai di Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad, TNB, Wisma Bintang, Petaling Jaya, Selangor, menggunakan nombor telefon tertera di papan tanda, 03 7947 5100.
"Kami pernah menerima permohonan untuk tanah kosong itu dijadikan tapak parkir tetapi kelulusan tidak diberikan oleh TNB," kata pegawai terbabit.
Barangkali pihak TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.
Biarkan sahaja.
Barangkali pihak TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.
Biarkan sahaja.
Sebaik memberhentikan kenderaan di 'pintu' masuk tapak parkir terbabit, saya terlihat kelibat lelaki berjalan di sebelah kiri kereta, bergerak ke arah saya.
"Saya tidak pasti lelaki penjaga parkir itu berasal dari mana tetapi dia memang selalu menjerit memarahi mereka lambat meletakkan kenderaan di tapak itu. Empat hari lalu, dia memarahi perempuan berbangsa Cina cuba memakir kereta, Toyota Vios, berhampiran longkang besar seperti diarahkan oleh lelaki terbabit. Bukan apa, pemandu itu barangkali takut dan berhati-hati sebab khuatir jika kereta dia terlajak lalu terhumban ke dalam longkang berhampiran. Bila dia lambat sikit, lelaki itu marah dan bunyi kedengaran seperti dia memaki pemandu perempuan itu menggunakan bahasa saya kurang fahami," ujar pengadu berusia 42 tahun.
Saya kemudian merakamkan gambar longkang dimaksudkan pengadu. Lazimnya, tapak parkir berlesen dipagar sempurna dan menggunakan palang di pintu masuk.
Tiada palang di parkir terbabit.
Tiada palang di parkir terbabit.
Perhatikan tapak parkir ini dari jarak lebih dekat.
Sebaik saya keluar dari kenderaan, lelaki terbabit mendekati saya.
"Kamu orang mana?," soal saya.
"Florest, Indonesia," balasnya.
Dia mendakwa namanya, Johari Mohd Kassim, 53 tahun.
"Sejak bila kamu bekerja di sini?," tanya saya lagi.
"Dua tahun ada," balas Johari.
Saya difahamkan, tapak parkir di Jalan SS2/1, Taman Bahagia itu wujud sejak 5 tahun lalu dan beroperasi di antara jam 6 dan 1 pagi.
Setiap kenderaan diparkir, dicaj RM3 sehari.
"Saya mendengar banyak cerita fasal kamu. Kamu datang ke sini, jangan tunjuk keras kepala. Apabila bercakap, jaga mulut, biar beradab," pesan saya.
Menurut Johari, dia berhijrah ke Malaysia sebagai pekerja kontrak dan kemudian melarikan diri dari majikan.
"Saya mencari makan pak," celah ayah kepada 3 anak itu.
Saya letakkan hujung jari telunjuk betul betul di atas batang hidungnya. Saya akur dia lebih tua tetapi tua bukan lesen bagi dia berlaku biadap terhadap mereka senegara dengan saya.
Saya letakkan hujung jari telunjuk betul betul di atas batang hidungnya. Saya akur dia lebih tua tetapi tua bukan lesen bagi dia berlaku biadap terhadap mereka senegara dengan saya.
"Florest, jangan kurang ajar. Kalau perempuan memakir kereta di sini, kamu menjerit jerit, maki dia, itu perempuan. Kalau benar mahu tunjuk jaguh, biar kita sesama lelaki, usah tunjukkan dengan perempuan, tidak bagus. Kau faham?," jerkah saya.
"Faham," jawab Johari.
"Kamu datang dari Florest, di sana hidup susah, makan jagung sahaja, kan? Betul?," soal saya.
"Betul, pak. Saya minta maaf pak," respon Johari.
Wajahnya kelihatan sayu, bak bukan dia dilaporkan kerap memaki hamun rakyat Malaysia memakir kenderaan di tapak tanah rizab milik TNB itu.
"Kamu maki ramai sangat orang. Kamu berkerja secara haram. Saya tahu, orang Florest hebat, Florest dan Madura boleh berbunuhan jika bertembung tetapi jangan mencabar orang Melayu," jelas saya.
Saya mengingatkan Johari agar menjaga peradaban, sebagai insan berdagang di negara orang.
Kekadang kita sebagai orang awam berasa hairan. Tidakkah penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, menyedari premis beroperasi secara haram lebih daripada 1,825 hari itu masih di situ? Tapak terbabit, tanah milik kerajaan negeri justeru mengapakah pemilik kenderaan warga Malaysia harus menjelaskan bayaran parkir kepada lelaki Florest?
Florest bersifat 'langsi'.
Terlintas di fikiran, siapakah bos dia?
Jika pernah diserbu sekalipun sebelum ini, mengapakah premis itu masih beroperasi? Sukar sangatkah untuk MBPJ bertindak?
Tambahan pula, tapak parkir itu tidak mampu melarikan diri seperti lipas kudung.
Tambahan pula, tapak parkir itu tidak mampu melarikan diri seperti lipas kudung.
Jika benar ingin membantu pengguna LRT pelbagai bangsa, mengapa tidak dilantik syarikat pengendali parkir secara sah? Keselamatan kenderaan akan lebih terjamin.
Bukan 5 hari ...
Bukan 5 bulan ...
5 tahun beroperasi tanpa lesen sedangkan penjual burger berbangsa Melayu hanya menumpang berniaga di kedai mamak, disaman oleh penguatkuasa. RM200.
Hari ini saya telah menghantar pesanan ringkas kepada Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop, sekaligus memaklumkan beliau berhubung kes ini.
Hari ini saya telah menghantar pesanan ringkas kepada Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop, sekaligus memaklumkan beliau berhubung kes ini.
Sebagai sahabat dan pegawai berwibawa, saya amat percaya, Mohs Fauzi akan mengambil tindakan tegas dengan kadar segera.
Tindakan telus dan tanpa mengira bulu.
Sebagai blogger dan juga rakyat Malaysia sah, saya akan memantau perkembangan tindakan pihak berkuasa tempatan terbabit.
SILA HEBAHKAN.
No comments:
Post a Comment