Friday, February 17, 2012

ciptalah menu baru

Resipi makanan Malaysia masih ketinggalan?

WARGA Malaysia masih lagi dihidangkan dengan resipi tradisi iaitu resipi makanan lama seperti nasi lemak, nasi kerabu dan berbagai jenis hidangan resipi turun-temurun.

Kita tidak seperti negara Thailand yang setiap tahun ada resipi makanan baru dari berbagai jenis tomyam sehinggalah berbagai jenis somtam yang istimewa itu mereka mencipta resipi baru untuk mereka sendiri.

Begitu juga Indonesia yang sentiasa ada resipi baru untuk masakan mereka.

Kita tidak berkemampuan mencipta resipi baru untuk dikomersialkan. Hidangan resipi yang kita makan setiap hari kalau tidak diimport dari India ia diimport dari Thailand atau Indonesia atau kita mengimport resipi tersebut dari negara negara barat untuk memenuhi selera kita.

Kita mempunyai negeri yang banyak sumber resipi seperti negeri Kelantan tetapi kita memandang rendah akan kemampuan resipi dari negeri Kelantan untuk dikomersialkan dan diketengahkan. Begitu juga dengan resipi masakan dari negeri negeri lain cuba ambil dan ketengahkan bagi memperbanyakkan resipi masakan Melayu kita.

Saya mohon kepada pihak berkenaan sama ada universiti, persatuan, sekolah memasak supaya segera berusaha menambah koleksi resipi baru untuk diketengahkan bagi menambah lagi resipi-resipi makanan lama Melayu.

BAKRI YUSOFF

Shah Alam.

No comments:

Post a Comment