Sunday, February 5, 2012

terlajak perahu

Anwar dan Israel

Bisik-Bisik Mingguan

SEPERTI biasa, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah ia menerima kritikan ramai dan menjadi kontroversi.

Bukan sekali tetapi sudah acap kali. Untuk ‘menyelamatkan diri’, media pula dipersalahkan.

Terbaru, kenyataan Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) mencetuskan bantahan umat Islam.

Beliau antara lain menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu. Ini meliputi diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Kini Anwar dan para pemimpin PKR lintang pukang untuk membetulkan kenyataan itu menerusi pelbagai cara. Terlajak perahu boleh berundur, kalau asyik terlajak kata, buruk padahnya. Selain menyalahkan media, ada pemimpin PKR yang tergamak memutar belit seolah-olah pendirian bos mereka sama seperti Hamas.

Awang hanya senyum kerana memang sudah faham dengan tabiat Anwar. Isunya ialah beliau sendiri yang menyebut hal itu, yang dilaporkan oleh media berpengaruh di peringkat antarabangsa. Jika tidak betul, saman sahaja media berkenaan.

Tumpuan kemarahan pelbagai pihak di kalangan umat Islam terhadap Anwar ialah mengapa beliau tidak mengutamakan keselamatan rakyat dan negara Palestin, yang ditindas oleh Israel. Mengembalikan hak rakyat Palestin sepatutnya menjadi teras dalam menegakkan keadilan.

Tetapi Anwar punya strategi. Menyelamatkan diri beliau agar mendapat kuasa dalam politik Malaysia, adalah segala-galanya. Beliau mahu meraih sokongan daripada mana-mana pihak dunia yang berpengaruh. Daripada isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) hinggalah kepada keselamatan Israel, ia bertujuan memenangi hati kuasa Barat. (Israel juga merupakan antara pusat gay dunia). Faedah timbal balasnya akan menyusul dalam bentuk sokongan moral malah juga sumber-sumber lain. Semuanya bukan berlaku secara kebetulan.

No comments:

Post a Comment