Tuesday, February 21, 2012

berdosa tipu br1m

Berdosa palsu borang BR1M
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2012
berdosa-palsu-borang
BESUT - Umat Islam yang tidak memenuhi syarat memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) diingatkan tidak memohon bantuan tersebut kerana ia tidak dibenarkan Islam.

Penceramah bebas, Kapten (b) Mahusin Abdullah mendakwa, haram hukumnya sekiranya umat Islam menipu dalam mengisytiharkan maklumat permohonan semata-mata untuk mendapatkan BRIM sedangkan mereka tidak layak.

Menurutnya, perbuatan tersebut berdosa kerana mereka menipu mengenai jumlah pendapatan sebenar dan mengambil hak orang lain yang layak.

Manakala, di sisi undang-undang sivil ia juga kesalahan besar kerana memalsukan dokumen.

“Jangan kerana hendakkan wang, kita yang tidak layak dan tidak menepati syarat ditetapkan memohon dengan menipu jumlah pendapatan dalam borang permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tok Has dan Jawatankuasa Masjid Tok Has, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Pegawai Perpaduan Daerah, Nor Almizan Mahmod, Pengerusi KRT Tok Has, Ismail Majid dan
Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Mahusin Mamat.

Sementara itu, beliau turut menyeru umat Islam supaya merapatkan persaudaraan Islam bagi memastikan umat Islam lebih kuat dan berdaya maju.

“Umat Islam perlu ingat dengan dasar pecah dan perintah yang dilakukan penjajah zaman dahulu iaitu dengan memecah-belahkan perpaduan supaya lemah dan akhirnya mereka senang untuk memerintah,” katanya.

1 comment:

  1. Ada orang yang aku kenal, isteri kerja kerajaan gaji lebih daripada rm3k, suami kerja swasta gaji bawah 1k. Kereta ada 2 biji. Mohon BR1M atas nama suami dan diluluskan. Aku rasa duit tu dah habis pun guna. Tak tau la untuk beli 'keperluan' or 'kehendak'.

    Ada orang lain yang aku kenal, ikut syarat memang layak (gaji bawah 3k), suami je kerja, isteri suri rumah. Pakai kereta pun MyVi 1.3 je, tapi sampai sekarang tak dapat khabar berita BR1M. Bila suruh call tanya or buat rayuan, dia kate takpe la. Mungkin kerajaan pilih orang lain yang lebih memerlukan daripada dia.

    ReplyDelete