Wednesday, February 29, 2012

bantu rakyat kahwin

Bantu orang miskin kahwin
Wartawan Sinar Harian
28 Februari 2012
AZ-ZIWAJ
KUALA KRAI - Program Gerbang Az-Ziwaj sehingga kini membelanjakan lebih RM100,000 bagi membantu rakyat miskin di Parlimen ini, mendirikan rumah tangga sejak skim bantuan perkahwinan itu diperkenalkan awal tahun lalu.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang mencatat jumlah penerima paling tinggi apabila seramai 70 orang dipilih menerima insentif tersebut membabitkan peruntukan­ RM70,000 atau RM1,000 bagi setiap pasangan pengantin.

Bilangan penerima teramai kedua pula ialah Dun Guchil dengan jumlah 26 orang, diikuti Dun Dabong dengan 22 penerima manakala Dun Manek Urai seramai sembilan orang tetapi hanya untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Tiga wakil rakyat dan seorang wakil Kerajaan Negeri di Dun berkenaan berpendapat, perbelanjaan itu adalah bukti jelas keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa berusaha meringankan beban hidup rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, biarpun berdepan kekangan kewangan, Kerajaan Negeri berterusan memperkenalkan pelbagai skim bantuan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin.

“Walaupun bajet tahunan tidak banyak seperti negeri lain, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Pas dari semasa ke semasa mencari jalan untuk membantu rakyat, sebab itu ada sahaja skim bantuan baru diperkenalkan,” katanya.

Insentif bagi membantu rakyat miskin berkahwin kali pertama ke arah mengurangkan gejala sosial seperti khalwat diumumkan Kerajaan Negeri pada pembentangan Bajet 2011 dengan peruntukan awal RM1.5 juta.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah pula berkata, seperti juga skim bantuan lain di bawah Kerajaan Negeri, insentif Gerbang Az-Ziwaj disalurkan kepada rakyat Kelantan tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik asalkan layak.

Jika ada tapisan sekalipun katanya, ia hanya melibatkan kemampuan kewangan pemohon bagi memastikan golongan sasar yang benar-benar layak dipilih sebagai penerima bantuan.

“Tapisan juga tidak melibatkan wakil rakyat tetapi dilakukan penghulu atau imam mukim kerana mereka lebih tahu tentang kedudukan kewangan anak mukim mereka,” katanya.

Bagi Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim, skim bantuan itu wajar mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat luar bandar di sekitar Dabong yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

“Jumlah 22 penerima cek setakat ini adalah bagi tempoh Jun hingga Oktober tahun lalu daripada keseluruhan 45 pemohon dan untuk November 2011 hingga Januari lalu, kita sedang proses 16 lagi permohonan,” katanya.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Guchil, Zulkifli Yacob berkata, biarpun digelar masyarakat bandar, masih ramai golongan miskin dan kurang mampu di Dun itu yang mengharapkan adanya skim bantuan seperti Gerbang Az-Ziwaj.

“Selain bantu orang susah kahwin, skim bantuan ini juga diharap dapat mengurangkan gejala sosial seperti khalwat membabitkan golongan miskin, terutama dalam suasana kehidupan di kawasan bandar,” katanya.

isytihar harta

Mahathir: Menteri wajar isytihar aset kepada SPRM

29 Februari 2012
MAHATHIR
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka.

Beliau berkata perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh semua menteri kabinet.

"Baguslah. Dulu ahli Kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.

"Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - Bernama

lantik dap jadi timbalan

Mahathir: Kit Siang patut jadi Presiden Pas
NORSHAHZURA MAT ZUKI
29 Februari 2012
MAHATHIR
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.
Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.
“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.
“Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Beliau yang juga bekas Presiden Umno menegaskan, sekarang pemimpin bukan Islam belajar mengenai agama Islam antaranya boleh memberikan syarahan dengan menggunakan ayat al-Quran.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.
Ditanya mengenai kenyataan Dzulkefly, perpecahan Melayu memberikan hikmah, Mahathir menegaskan perpecahan baik untuk Pas.
“Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti.
“Pas patut berpecah lagi,” katanya.
Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perpecahan undi di kalangan Melayu dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah malah mampu menjadikan rakyat di negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.
Menurutnya, sebelum ini, rata- rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Tuesday, February 28, 2012

debat kedua

Debat 2: Beranikah Guan Eng?

Tentunya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang dan anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang berada dalam keadaan serba salah sama ada akan meneruskan perbahasan politik kali ke dua atau tidak dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Beliau terpaksa berfikir dua kali kerana pusingan pertama debatnya dalam bahasa Mandarin di Time Square, Kuala Lumpur baru-baru ini telah memberikan kemenangan moral yang sangat besar kepada Presiden MCA itu sama ada daripada segi bahasa yang baik, penyampaian yang teratur dan jelas, isi, pemahaman dan penerimaan umum.

Tidak ada media terutama media cetak arus perdana dalam semua bahasa yang mengatakan bahawa Guan Eng lebih baik daripada Soi Lek.

Saya sendiri dapat menduga hal ini akan berlaku kerana pernah mendengar beberapa penyampaian ucapan Soi Lek dalam sidang-sidang akhbar yang pernah diberikannya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris menerusi televisyen yang amat jelas dan lebih baik daripada orang Melayu sendiri semasa menjadi beliau menjadi Menteri Kesihatan dan juga semasa menjadi Exco negeri Johor.

Personalitinya menjadi lebih kental dan pemikiran dan pendirian politiknya lebih diyakini dan diterima kerana beliau telah membuktikan sebagai seorang yang jujur dengan mengakui kelemahannya sebagai seorang manusia dan meletakan jawatan menterinya.

Akhirnya beliau keluar dari suatu skandal dengan dapat mendongak kepalanya di kalangan masyarakat Cina.

Saya tidak perlu menulis panjang mengenai prestasinya dalam perdebatan yang pertama tetapi cukuplah untuk menyatakan kehadiran lebih 3,000 orang di ulang tahun ke-63 MCA di Kuala Lumpur kelmarin menjadi bukti kehandalan Soi Lek. Keupayaannya dalam perdebatan telah memulihkan imejnya dan keyakinan kepada MCA.

Malah atas keyakinan ini jugalah maka video debat perdebatan Soi Lek dan Eng Guan telah ditunjukkan sebelum perayaan ulang tahun itu dimulakan di Wisma MCA kelmarin.

Keberkesanan yang paling besar dari perdebatan itu ialah Soi Lek telah dapat meyakinkan masyarakat Cina bahawa MCA adalah sebuah parti yang realis dan bukannya parti golongan khayal yang tidak berpijak di bumi nyata. Beliau meminta mereka memilih antara fantasi dan realiti.

DAP telah ditunjukkan oleh Soi Lek sebagai parti perkauman Cina yang tidak nampak akan bahaya yang didatangkan oleh pelampau-pelampau Melayu yang di wakili Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika Pakatan Rakyat menang maka orang Melayu Pas yang memegang tampuk pemerintahan.

Cabaran yang dikemukakan oleh Soi Lek kepada masyarakat Cina sama ada mereka mahukan Melayu Pas atau Melayu UMNO. Pas tentunya tidak akan memaksa pemerintahan yang berdasarkan hukuman hukum Islam yang keras dan melampau dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk negara ini.

Soi Lek juga telah membuktikan bahawa dirinya lebih jujur daripada seorang pemimpin Islam yang bertopengkan agama tetapi membuang masa orang ramai, kerajaan dan wang rakyat untuk membuktikan kesucian moralnya sedangkan ramai orang tahu kekotorannya.

Kerana kejujuran mengakui kelemahannya menyebabkan Soi Lek keluar dengan kekuatan luar biasa yang meyakinkan orang Cina terhadap kata-katanya.

Inilah nilai diri yang dikemukakan oleh Soi Lek dalam perdebatan dengan Eng Guan.

Saya percaya jika sekiranya debat kali kedua dalam Bahasa Malaysia diadakan maka kefasihan Bahasa Malaysia Soi Lek dan keupayaan penyampaiannya pastinya akan mengatasi keupayaan Bahasa Melayu, Eng Guan.

Soi Lek dengan pemikiran realistiknya sebagai seorang yang berpengalaman dan masak dalam politik akan dapat meletakkan Guan Eng pada keadaan yang akan kelihatan sebagai seorang yang tidak setaraf dengannya.

Ini akan memperkecilkan imej Guan Eng dan akan membinasakan masa depan DAP terutama di Pulau Pinang.

Maka itu saya percaya Guan Eng sedang berada dalam keadaan dilema sekarang ini sama ada akan pergi atau tidak ke perdebatan ke dua dan penganjurnya juga tentunya sedang berfikir apakah mahu meneruskannya kerana telah dapat menjangkakan bahawa Soi Lek pastinya akan memberikan pukulan terakhir kepada DAP.

TAN MELAKA

Putrajaya

bayan mutiara

Bayan Mutiara hak rakyat Pulau Pinang?

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

ISU pembangunan Bayan Mutiara di Pulau Pinang timbul baru-baru ini apabila tanah tebus guna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu. Tanah itu kemudiannya dijual kepada syarikat swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai bernilai amat tinggi di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam memperkatakan isu ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin, 39, menyuarakan rasa kecewa dengan dasar Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk tidak menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembangunan Bayan Mutiara. Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu berterusan mempolitikkannya dengan melibatkan pemimpin UMNO.

"Pembangunan Bayan Mutiara bukan masalah UMNO tetapi masalah rakyat Pulau Pinang tidak kira dari apa golongan sama ada miskin atau kaya, kolar biru atau kolar putih" katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Pulau Pinang, Khamis lalu.

Shaik Hussein yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan, iaitu kawasan Parlimen yang diterajui Guan Eng membangkitkan mengenai pelan pembangunan asal Bayan Mutiara yang direka bentuk oleh PDC Properties dan PDC Consultancy yang rata-ratanya diketuai rakyat Pulau Pinang.

Kata beliau, pelan kebenaran merancang keseluruhan Bayan Mutiara telah diluluskan pada 2008/2009 yang mana kepakaran perunding yang digunakan adalah daripada PDC Properties dan PDC Consultancy. Malahan pelan bangunan bagi satu blok kondominium telah lulus.

Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara juga mengandungi lima blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid. Di samping kepakaran dan pengalaman PDC Properties dan PDC Consultancy, kerja-kerja pembinaan juga boleh dilaksanakan oleh PDC Nusabina yang juga merupakan anak syarikat PDC yang amat berpengalaman dalam melaksanakan siri pembangunan PDC selama ini.

"Semua hasil kerja dan kepakaran yang dicurahkan oleh PDC Properties dan PDC Consultancy telah musnah sebegitu sahaja apabila keseluruhan pembangunan diberikan kepada Tropicana Ivory yakni syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corporation Bhd.

"Tidakkah Guan Eng nampak tidak akan ada penambaikan pengalaman dan kepakaran kepada kakitangan profesional PDC. Tahukah Guan Eng jika nilai pembangunan kasar Bayan Mutiara adalah RM10 bilion, maka pemaju akan membuat keuntungan sekurang-kurangnya 30peratus (%) yakni RM3 bilion. Hakikatnya kerajaan negeri rugi sebanyak RM2 bilion apabila hanya mendapat keuntungan RM1 bilion sahaja. Itupun setelah 5 tahun," kata Shaik Hussein.

Beliau berkata, keuntungan sekurang-kurangnya RM3 bilion boleh diperoleh PDC jika pembangunannya dilaksanakan sendiri oleh PDC memandangkan pelan pembangunannya telah lulus.

Dalam hal ini, Shaik Hussein mempersoalkan mengapa hanya dua pemaju mengambil bahagian dalam proses tender Bayan Mutiara. Adakah pemaju lain tidak mampu atau sudah tahu tiada peluang.

Kata beliau: "Pemuda tidak pernah mempertikaikan proses panggilan tender yang dibuat secara tender terbuka, yang dipertikaikan adalah proses selepas itu sehingga ditawarkan kepada pemaju, mengapa tidak telus?

Dalam konteks ini, kata Shaik Hussein, pihaknya mahu jawapan konkrit di manakah tapak masjid dan tapak sekolah dalam pembangunan keseluruhan Queensbay yang diluluskan dahulu, adakah bukan dalam pembangunan Bayan Mutiara. Begitupun, kata beliau, Pemuda mengalu-alukan kenyataan Guan Eng mengenai pembinaan tapak masjid/rumah ibadat dan sekolah dalam pembangunan Bayan Mutiara.

"Namun, yang lebih penting lagi dalam pembangunan Bayan Mutiara ini ialah Pemuda masih ingin laporan teknikal mengenai kadar harga tanah yang dijual pada harga 240 sekaki persegi yang dirasakan rendah. Ini kerana pada Mei 2011, Business Times melaporkan bahawa pemaju asal Queensbay, CP Land menjual 40 hektar tanah miliknya di Queensbay pada kadar harga 420 sekaki persegi.

"Untuk makluman, turut dilaporkan bahawa Quenssbay Mall juga dijual kepada Capitamalls Asia pada harga RM657 juta, satu harga yang amat tinggi. Pemuda hanya ingin melihat laporan teknikal penilaian tanah dan kaedah penilaiannya. Teluskah Guan Eng untuk mempamerkannya dalam semua akhbar tempatan?," katanya.

Shaik Hussein turut menarik perhatian Guan Eng mengenai persoalan yang ditimbulkan pihaknya dalam isu pembangunan Bayan Mutiara, antaranya:

l Mengapakah penilaian yang dilakukan pada 14/9/2009 digunakan untuk justifikasi harga yang ditawarkan kepada Ivory.

l Tidakkah Guan Eng tahu bahawa penilaian JPPH hanya sah untuk 6 bulan daripada tarikh penilaian yakni 14/3/2010.

l Bagaimanakah harga RM200 sekaki persegi digunakan sedangkan tarikh penilaian telah lupus?

l Bukankah penilaian baru harus dibuat pada tarikh tutup tender yakni 31/12/2010.

l Guan Eng memaklumkan pemaju perlu membina rumah mampu milik di bahagian pulau tetapi bukan Bayan Mutiara. Kenyataan ini mengelirukan rakyat, boleh dia jelaskan? Mampukah Guan Eng memastikan rumah mampu milik dibina dalam pembangunan Bayan Mutiara dan menentukan berapa harga dan bilangannya?

Secara anggaran kasar, jika nilai pembangunan kasar adalah RM10 bilion, maka 30% daripadanya untuk rumah mampu milik adalah RM3 bilion. Jika sebuah rumah mampu milik berharga RM100,000, maka Guan Eng perlu memastikan sekurang-kurangnya 30,000 unit rumah mampu milik dibina di situ. Benarkah pemaju bersetuju dan mampu melaksanakannya?

l Guan Eng masih belum menjawab mengapakah PDC tidak membangunkan tanah tersebut dengan kepakaran dan pengalaman yang ada. Apa gunanya PDC Properties yang melaksanakan banyak pembangunan PDC sebelum ini.

l Mengapakah perunding Singapura dilantik bagi projek perumahan di Batu Kawan? Apa gunanya PDC Consultancy yang pakar.

Shaik Hussein turut menegaskan bahawa pihaknya boleh membuktikan proses tender berdasarkan RFP (Request For Proposal) yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang untuk projek penswastaan Bayan Mutiara bukan tender terbuka. Berikut antara dakwaan beliau:

1. Tender terbuka bermaksud proses tender satu peringkat sahaja yakni kadar harga yang ditawarkan oleh kontraktor adalah muktamad dan tiada rundingan seterusnya yang akan dibuat.

2. Kaedah tender RFP pula adalah tender berperingkat "pelawaan untuk mengemukakan cadangan". Yakni, pemaju perlu mengemukakan skop kerja, spesifikasi, terma, cadangan teknikal dan kewangan dan lain-lain perkara yang dilihat dapat memberikan cadangan yang terbaik termasuk harga yang ditawarkan. Kaedah pemanggilan tender boleh dibuat secara tender terbuka tetapi tertakluk kepada rundingan terhadap semua keperluan teknikal dan kewangan yang diprasyaratkan oleh pemilik.

3. Berdasarkan penerangan dua kaedah tender di atas, maka boleh dikatakan proses tender RFP yang digunakan bukan tender terbuka. Ini kerana hanya proses pemanggilan tender dibuat secara terbuka dan proses seterusnya tidak.

4. Untuk memenuhi kriteria tender terbuka, semua proses seperti mempamerkan keputusan tender serta penilaian terperinci tender perlu dikendalikan oleh panel penilaian berdasarkan julat kadar harga tetap secara telus dan pemaju yang terbaik ditawarkan pada harga tender tanpa sebarang proses rundingan harga.

5. Dalam hal tender Bayan Mutiara, Guan Eng memaklumkan beberapa perkara teknikal dan kewangan dirundingkan bersama pemaju untuk mendapat harga terbaik.Hakikatnya, proses tender RFP yang dilaksanakan hanya merupakan 'terbuka' semasa "proses panggilan tender". Proses lain semua adalah secara rundingan.

"Saya tidak mahu rakyat Pulau Pinang tertipu dengan janji Guan Eng ke atas pembangunan Bayan Mutiara seperti mana beliau menipu memansuhkan tol Sungai Nyior pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dahulu. Bayan Mutiara tidak menyebut langsung pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dan seakan-akan ada rancangan hendak mengeluarkan orang miskin keluar dari bahagian pulau," kata Shaik Hussein.

Sunday, February 26, 2012

media malaysia bebas

Media kita sudah lama bebas


Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar termasuk milik pembangkang di negara ini?


INDEKS Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122. Ini memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144.
Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).
Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekali gus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.
Indeks terbaru ini mempunyai kaitan dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuntikkan pembaharuan terhadap kawalan dan tapisan media. September lalu, Najib mengumumkan pemansuhan tapisan kepada media yang menyiarkan laporan mengenai Malaysia. Ini ekoran beberapa ayat dalam majalah The Economist yang melaporkan mengenai perhimpunan haram 9 Julai telah dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sebaliknya kerajaan mengambil pendekatan memberi penjelasan terhadap laporan yang tidak tepat mengenai Malaysia dan bukannya mengharamkan atau menghitamkan seperti sebelum ini. Faktor ini dilihat menyumbang kepada indeks kebebasan media selain keputusan kerajaan menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Antara yang terkandung dalam akta berkenaan mensyaratkan pembaharuan lesen akhbar dibuat setiap tahun.
Pendekatan Najib memberi kelonggaran kepada media asing dan memansuhkan akta yang sudah tidak sesuai dengan dunia persuratkhabaran dan penyiaran negara memperlihatkan kesan positif. Sebenarnya aktivis media tempatan sudah lama mengemukakan cadangan memansuhkan akta itu dan Najib memperlihatkan keberanian untuk berbuat demikian.
Tetapi akta berkenaan bukanlah faktor media di negara ini diikat. Sebelum pengumuman Najib ini pun media tempatan diberi kebebasan. Sebenarnya indeks oleh PFI sangat subjektif dan bukan penanda aras mutlak bebas atau tidaknya media negara ini. Maknanya PFI tidak memberikan gambaran sebenar terhadap kebebasan media.
Kerana itu yang lebih penting kita sendiri dapat merasakan keadaan di mana media tidak "diikat" seperti yang digembargemburkan. Sekiranya tidak ada lonjakan dalam PFI sekalipun, kebebasan itu boleh dirasai dan disaksikan sekeliling kita. Banyak blog, portal berita atau akhbar yang propembangkang menjadi bukti kebebasan media telah lama wujud di negara ini. Kerana itu mengukur kebebasan media sebenarnya tidak memerlukan PFI. Kebebasan dikukur sejauhmana media berkembang dan berperanan membangunkan sosial, ekonomi dan budaya. Hal ini kita dapat saksikan sendiri apabila banyak media mengkritik waima memfitnah kerajaan sekalipun tidak dikenakan tindakan.
Biarpun Malaysia berada di tangga ke-122, kebebasan media negara ini jauh lebih tinggi daripada angka itu. Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?
Menuduh
Makna "tidak ada kebebasan media" adalah larangan menyiarkan laporan yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan pemimpinnya. Kalau pembangkang menuduh kerajaan "mengawal" media arus perdana, ini bukanlah tidak ada kebebasan. Sebabnya media milik atau propembangkang boleh menyiarkan tanpa tapisan dan tidak dikenakan tindakan. Mereka perlu ingat, definisi "media" bukan sahaja yang berada dalam arus perdana.
Dengan adanya Internet, kewujudan media baru dalam talian sangat banyak. Media baru ini juga melahirkan portal berita propembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malaysia Today dan beberapa lagi. Selain media baru, media cetak milik pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan juga boleh dijual dengan bebasnya walaupun kepada bukan ahli.
Pembangkang mesti faham bahawa "media" bukan sahaja Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, The New Straits Times atau saluran RTM dan TV3. Sekiranya benar wujud kekangan atas media ini, kebebasan tetap ada kepada media baru yang disebutkan tadi. Malangnya media bukan arus perdana semuanya bercorak politik dan tidak ada yang berperanan sebagai pemangkin pemikiran dan pembangunan rakyat seperti media arus perdana.
Harakah tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini? Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila Utusan Malaysia mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.
Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.
Sekiranya benar negara ini sangat rendah kebebasan medianya, tentu tidak ada beribu blog yang menulis mengenai politik. Pada era di mana semua orang boleh menjadi citizen journalist, blog adalah media. Semua orang mempunyai peluang menjadi wartawan, setidak-tidaknya kepada blog mereka sendiri. Melonjaknya jumlah blog membuktikan tidak ada sekatan oleh kerajaan. Malah banyak blog yang terang-terang menyiar laporan palsu sebagai bahan sensasi. Andainya dihalang, adakah ini menunjukkan tidak ada kebebasan media?
Ironiknya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?
Dalam melaksanakan kebebasan media, laporan seimbang adalah sangat penting. Tidak perlulah satu pihak mengganggu media dengan tindakan saman padahal boleh meminta diberi ruang untuk mempertahankan diri dalam media yang sama. Inilah "laporan seimbang" namanya. Maka yang membunuh kebebasan media bukanlah akta berkaitan media tetapi oleh tindakan individu yang pada masa sama memperjuangkan kebebasan media.
Biarlah tahap kebebasan media di negara ini, kita yang tentukan sendiri kerana kita yang menjadi pengguna media, paling tidak menjadi pembaca akhbar atau penonton televisyen. Pihak luar mungkin mendapat maklumat daripada sumber yang berkepentingan. Sebenarnya yang paling penting media bukan sahaja mesti bebas tetapi bertanggungjawab. Kalau bebas tetapi tidak bertanggungjawab hanya menjuarai PFI dan pada masa sama memusnahkan rakyat.

uitm ke landasan asal

Misi menyelamatkan anak bangsa




SEJAK dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2010, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar seboleh mungkin cuba mengembalikan institusi itu ke landasan asal penubuhannya iaitu membantu pelajar miskin. Sebagai anak miskin yang mendapat peluang menempa kejayaan melalui UiTM, beliau mahu mereka juga diberi ruang yang sama mencorakkan masa depan di atas tapak yang disediakan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional ini.
Dalam wawancara bersama wartawan MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau menjelaskan lebih lanjut tentang misi mencorak destini atau nasib anak bangsa.
MINGGUAN: Apa matlamat Datuk melalui projek Mencorak Destini Anak Bangsa?
SAHOL: Matlamat sebenar saya melalui program ini adalah untuk membawa balik UiTM kembali ke haluan asalnya. Asal usul universiti ini yang ditubuhkan atas usaha para pemimpin UMNO selepas Kongres Ekonomi Bumiputera, bertujuan membela orang Melayu yang jauh ketinggalan. Salah satu caranya adalah mewujudkan sebuah institusi pendidikan untuk membantu mereka.
Begitu sejarah UiTM dan pada peringkat awal golongan muda dari kampung memasuki institusi ini yang kebanyakan mereka mempunyai latar belakang pendidikan sekolah yang biasa-biasa sahaja. Ini tujuan asalnya iaitu memberi peluang pelajar yang tercicir di kampung-kampung dengan latar belakang ekonomi yang daif dan miskin. Apabila institusi ini semakin berkembang dan dinaik taraf menjadi sebuah universiti, kita lihat universiti ini semakin hilang arah tuju dan terlalu bertumpu kepada keputusan peperiksaan yang baik serta berasaskan merit.
Bagaimana masalah ini boleh timbul sekarang?
SAHOL: Sebenarnya kita tidak boleh lupa jasa kerajaan yang telah membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penubuhan pelbagai institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah seperti MRSM dan sekolah berasrama penuh hinggalah universiti seperti UiTM. Masalah mula timbul di sini apabila pelajar-pelajar yang mendapat peluang belajar yang lebih selesa di sekolah ini turut sama bersaing untuk memasuki UiTM. Ini membuatkan universiti ini terpaksa mengetatkan syarat kemasukan pelajar sehingga mengakibatkan pelajar di luar bandar semakin terhad tempatnya di UiTM. Ini mengakibatkan pelajar di kampung tidak berpeluang menyambung pelajaran, tercicir dan sebagainya. Bukan kerana tidak pandai. Ini kerana persaingan sengit dan peluang untuk pendidikan yang lebih baik adalah terhad.
Berbeza dengan pelajar di bandar yang boleh pergi tuisyen, suasana belajar yang selesa dan kondusif serta pelbagai lagi. Keadaan sebegini yang membuatkan pelajar di kampung jauh ketinggalan.
Maka apabila saya kembali ke UiTM maka antara perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah menjadi seperti peringkat awal penubuhannya.
Saya juga pelajar kampung yang diberi peluang melanjutkan pelajaran di UiTM sehingga berjaya mencapai tahap sekarang. Katalah jika saya tidak diberi peluang itu, entah sekarang jadi apa, saya pun tak tahu. Mungkin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi kemudian menjadi mat rempit dan sebagainya.
Apakah ini bermaksud masalah yang berlaku dahulu masih terus berlaku sekarang?
SAHOL: Kita tidak boleh nafikan orang Melayu semakin berjaya dan berkembang di negara ini. Namun hakikatnya taraf ekonomi orang bandar dan kampung masih tidak berubah.
Saya berani katakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya dan orang miskin sebaliknya. Keadaan ini yang berlaku di bandar kerana orang bandar menjadi semakin kaya berbeza dengan orang kampung yang tetap di takuk lama.
Saya sedih kerana terdapat orang yang sudah berjaya ini kemudian mempersoalkan kewujudan UiTM dan meminta kemasukan pelajar dibuka kepada semua kaum. Bila saya dengar orang Melayu sendiri cakap begitu saya rasa sangat marah. Kalau bangsa lain yang cakap mungkin saya boleh terima lagi tapi apabila bangsa sendiri yang menidakkan sumbangan UiTM kepada bangsanya, itu adalah melampau. Saya tidak faham kenapa orang Melayu jadi begini, mungkin kerana mereka sudah berpelajaran tinggi atau sudah lupa sejarah. Bagi mereka, mungkin ia bukan keperluan tetapi bagi orang kampung yang hidup susah, mereka tahu bahawa UiTM boleh membantu mereka keluar daripada kemiskinan dan membantu hidup lebih baik.
Bagaimana perancangan Datuk untuk menjayakan program ini?
SAHOL: Sebenarnya projek ini telah bermula pada 2010. Sebelum ini kita terima pelajar pintar berdasarkan merit sebagai contoh untuk belajar bidang seni bina, perlu ada sekurang-kurangnya 8A. Pelajar cemerlang ini akan tetap memasuki UiTM berdasarkan merit.
Pada masa sama, saya buat satu program untuk pelajar yang hanya mendapat kelulusan sekadar tiga kredit juga dipelawa masuk ke UiTM. Memandangkan mereka ini tidak layak mendapat bantuan PTPTN, kita cari dana untuk menampung perbelanjaan mereka. Saya tubuhkan Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa – ia hasil kutipan dan potongan gaji pensyarah, alumni UiTM, zakat dan sumbangan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).
Apabila idea ini saya kemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengarahkan saya supaya menjayakan program ini. Malah beliau berjanji akan memberi bantuan seringgit untuk setiap ringgit yang saya kutip. Setakat ini pihak kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM20 juta dan Perdana Menteri setuju menambah RM20 juta lagi. Melalui dana ini, saya gunakan untuk membantu pelajar miskin ini yang kini jumlahnya seramai 11,500 orang telah terpilih dari seluruh negara.
Bagaimana pula dengan proses pengambilan pelajar ini?
SAHOL: Istimewanya program ini, pelajar tidak perlu mengisi borang termasuklah melalui Internet. Sebaliknya, kami sendiri yang mencari mereka di setiap ceruk kampung. Kami redah bersama dengan pensyarah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kami tubuhkan, Gerakan Destini Anak Bangsa.
Saya sendiri turut sama turun padang mencari pelajar-pelajar ini. Sekali keluar sebanyak 30 buah kereta akan turut serta meredah kampung-kampung yang disasarkan. Kami akan cari pelajar yang sesuai, minta kad pengenalan dan lihat sijil peperiksaan mereka. Jika sesuai kami akan terus keluarkan surat tawaran serta-merta kepada mereka.
Namun mereka ini tidak dimasukkan terus ke program diploma UiTM. Kami tempatkan mereka di kampus-kampus untuk mengikuti program khas selama lima bulan. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka supaya mereka lebih bersedia apabila memasuki kampus sebenar nanti. Alhamdulillah setakat ini daripada 11,500 pelajar, sebanyak 82 peratus berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di UiTM.
Mampukah program sebegini diteruskan pada masa-masa hadapan?
SAHOL: Program sebegini merupakan satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) UiTM untuk anak bangsa. Sekurang-kurangnya kami memberi peluang kedua kepada mereka untuk berjaya dan memperbaiki taraf hidup.
Paling penting mereka ini kami berjaya selamatkan daripada masalah sosial seperti gejala rempit, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi. Lebih membanggakan para pelajar yang dibawa masuk ini menunjukkan prestasi dan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.
Bagi saya, projek ini haruslah diteruskan pada masa-masa hadapan selagi terdapat mereka yang terpinggir untuk dibantu dan diberi harapan.
Buat masa sekarang, saya sangat berharap supaya ahli-ahli politik UMNO terutama mereka di peringkat bahagian dapat membantu kami mencari pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini. Saya minta mereka hanya membantu mengenal pasti pelajar yang patut dibantu memasuki program ini manakala segala bantuan lain akan kami berikan. Matlamat kami hanya satu iaitu mahu menyelamatkan mereka daripada terperangkap dengan hidup yang tidak ada masa depan.

selera makan pemimpin korea

Antara selera dan nafsu




NAFSU makan kalau terlalu diikutkan mampu mengundang bahaya dari sudut kesihatan. Namun ini tidak bermakna, kita tidak boleh merasai nikmat makanan sehingga mengawal selera keterlaluan. Apa yang penting, jangan keterlaluan sehingga menyebabkan pembaziran.
Pemimpin diktator seperti Joseph Stalin, Hitler dan beberapa lagi dilaporkan hidup mewah dan menikmati hidangan yang melampau pada saat rakyatnya dicatu makan dan hidup merempat.
Bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il yang meninggal dunia tahun lepas pula dikatakan mempunyai selera pelik yang menjengkelkan.
Perkara itu didedahkan oleh bekas tukang masaknya, Kenji Fujimoto, yang bertindak melarikan diri 10 tahun lepas.
Mentah Menurut Fujimoto, Jong-il penggemar makanan ikan mentah, sashimi. Apa yang peliknya, `mentah’ bagi Jong-il bererti ‘hidup-hidup’.
“Ikan yang disediakan perlu masih hidup dengan mulutnya masih bergerak-gerak pada saat pertama Jong-il menjamahnya.
“Ia benar-benar memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menyediakannya kerana ikan tersebut perlu dipotong berhati-hati tanpa merosakkan organ dalamannya bagi memastikan ia masih hidup ketika Jong-il mencicip shasimi ke mulutnya,” katanya.
Sikap cerewet Jong-il terhadap apa yang dimakan dan diminumnya, membuatkan Fujimoto terpaksa mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan hanya yang segar untuk pemimpin Korea Utara itu.
Contohnya buah-buahan mesti dari China, Malaysia dan Thailand, makanan laut dari Jepun, kaviar dari Iran dan Uzbekistan manakala arak dari Amerika Syarikat (AS) dan Republik Czech.
Malah beras yang digunakan perlu diperiksa satu persatu hanya untuk mengasingkan beras yang patah atau hancur.
Memikirkan nasib penduduk negara itu yang berjumlah 22 juta orang dan pernah mengalami kekurangan makanan sehinggakan tiga juta daripadanya mati akibat kebuluran pada awal 1990-an – sukar untuk membayangkan bagaimana Jong-il boleh sewenang-wenangnya bermewah-mewah dengan makanan.
Tumpuan Pancawarna minggu ini menyorot selera pemimpin dunia untuk tatapan pembaca.
Sama-samalah kita nilai sendiri bagaimana kelakuan yang seharusnya bagi seorang pemimpin itu supaya mereka lebih dihormati dan disenangi.

melayu garang

Antara raja buah dan orang Melayu paling garang

Mazlan Nordin Menulis

BUKU The Malay Archipelago (Gugusan Kepulauan Melayu) yang ditulis pada 1845-1846 antara lain mengisahkan betapa bahasa Melayu menjadi lingua franca dan wujudnya sifat mengamuk di kalangan orang Melayu serta kisah buah durian menjadi “raja” buah-buahan.

Bagi penulisnya, Alfred Russel Wallace, gugusan itu dibahagi kepada lima kumpulan pulau-pulau:

* Pulau-pulau Indo-Malay: Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Pulau Jawa dan Sumatera.

* Kumpulan Timur: pulau-pulau Timur, Flores, Sumbawa dan Lombok.

* Sulawasi: termasuk Pulau Sula dan Buton

* Kumpulan Maluku: Buru, Seram, Helmahera dan Morotai serta pulau-pulau kecil Ternate, Makian, Ambon, Banda.

* Kumpulan Papua: termasuk pulau besar New Guinea.

Menurut catatan salah seorang rakannya, Wallace biasanya diiringi oleh seorang dua pembantu dalam perjalanan ke sana-sini, tidak seperti Gabenor British di Singapura, Sir Stamford Raffels yang menjelajah melalui Sumatera dengan puluhan pembantu termasuk pembawa kerusi, minuman wain Perancis dan lain-lain keperluan.

Dalam pada itu ada teguran kerana tindakan Wallace memburu orang utan di Borneo hingga membunuh 10 orang.

Ini kebiasaan di masa dulu manakala pemburu-pemburu dari Eropah dan Amerika pergi ke Afrika untuk memburu singa dan lain-lain binatang buas dan mengambil gambar selain membuktikan keberanian mereka sebagai pemburu.

Berdamping

Dalam lawatannya ke Kepulauan Melayu, Wallace berdamping dengan orang-orang kampung, sultan-sultan, raja-raja dan pembesar lain.

Antara ceritanya ialah ketibaan di Wonosalam, Jawa Timur setelah seorang budak lelaki diterkam oleh harimau yang mengheretnya ke dalam hutan.

Kira-kira 700 orang lelaki bersenjatakan lembing kemudian memburu harimau itu dan membunuhnya.

Menulis mengenai Melaka zaman lampau, Wallace mencatat: “Tempat ini ialah pasaran bagi seluruh India, Maluku dan lain-lain pulau sekeliling, selain dari Banda, Pulau Jawa, Sumatera, Siam, Bengal, Coromandel”.

Selanjutnya dijelaskan betapa bahasa Melayu berkembang: “Penduduk Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa. Kaum Cina mungkin paling ramai, mereka memelihara adat-adat dan bahasa mereka.

Lingua franca

Orang Melayu pun ramai dan bahasa mereka telah menjadi lingua franca. Mereka memakai baju dan kain sarung.

Ketika sampai di Sarawak pula Wallace menyebut mengenai pelbagai buah-buahan: Manggis, langsat, rambutan, nangka, jambu dan belimbing.

Paling diminati ialah durian bagi penduduk tempatan dan orang-orang Eropah di Gugusan Kepulauan Melayu. “Ia begitu sedap sekali dan mengatasi buah-buahan lain”.

Bagi yang tidak mengenalinya bau durian seperti bau bawang busuk, tetapi ramai menganggapnya sebagai buah paling sedap sekali.

Ia begitu sedap hingga mengatasi kesedapan segala buah-buahan lain dalam dunia ini, Wallace menambah. Durian dipanggil “raja” atau “maharaja” buah-buahan.

“Saya mula merasa durian di Melaka, tetapi durian yang saya dapati atas tanah di Borneo dan makan di luar rumah begitu sedap dan saya serta-merta menjadi pemakan durian”.

Beliau juga menyebut mengenai durian menjadi kegemaran orang-orang Dayak.

Pada suatu pagi Wallace diberitahu mengenai kejadian amuk di sebuah kampung. Seorang lagi mencederakan 17 orang sebelum ia dibunuh.

Tempat paling kerap berlaku kejadian mengamuk ialah Makasar. Bagi orang-orang Sulawesi ia satu cara untuk melepaskan diri daripada kesusahan mereka.

Juga dicatat ialah kejadian di kalangan orang Bugis: Ada yang menganggap diri sendiri ditindas oleh masyarakat kerana berhutang dan tidak dapat menjelaskannya.

Lalu ada yang menghunus keris dan tiba-tiba menikam sesiapa saja yang ditemuinya. Ia berlari dengan keris berlumuran darah dan menikam semua yang ditemuinya.

Pekikan “amuk! amuk!” kedengaran di sana-sini. Ia terus mara ke hadapan dan membunuh sesiapa saja yang dihadapinya - lelaki, wanita atau kanak-kanak - hinggalah kemudian ia dibunuh oleh orang ramai.

Menurut Wallace dua bangsa paling berbeza dalam gugusan Kepulauan Melayu ialah orang Melayu di bahagian Barat dan orang Papua.

Lalu disebut: “Tidak syak lagi bahawa orang Melayu paling penting antara kedua itu kerana ia paling beradab bila bertembung dengan Eropah.

“Orang Melayu menduduki Semenanjung Tanah Melayu hampir kesemua kawasan Pantai Borneo dan Sumatera. Mereka berbahasa Melayu, menulis tulisan Jawi dan beragama Islam.

Orang-orang Islam berada di Pulau Jawa, orang beragama Hindu tinggal di Bali dan Lombok manakala orang Bugis tinggal di Sulawesi.

Melayu yang garang ialah Dayak di Borneo, orang Batak di Sumatera, Jakun di Tanah Melayu, Orang Asli utara Sulawesi, Kepulauan Sulu serta sebahagian di Buru.

Golongan atasan Melayu paling beradab, bersopan-satun dan mudah mendampingi orang-orang Eropah. Namun, ada kekejaman yang tidak dihiraukan akibatnya dan ini satu aspek buruk watak mereka.

Demikian antara kandungan Gugusan Kepulauan Melayu waktu itu daripada kaca mata Wallace yang kembali ke London setelah berada dipelbagai wilayah Asia selama sembilan tahun.

Beliau menerima pingat emas dari Persatuan Geografi Inggeris kerana bukunya itu dan Ijazah Kehormat dari Universiti Oxford.

Ketika berumur 41 tahun ia berkahwin dengan gadis 18 tahun. Pertanyaan: Apakah kemudian semasa tua beliau menyesal kerana membunuh orang utan?

pas rosak

Pas sudah rosak




NAMA Abdullah Sa‘amah akhir-akhir ini menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang acapkali mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, yang menjadi lokasi pengajian ilmu agama dalam kalangan anak muda ini, tidak takut berhadapan kecaman asalkan beliau menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan hala tuju Pas yang dilihatnya semakin tersasar daripada landasan asal perjuangannya untuk menegakkan negara Islam.
Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ini kerana, beliau melihat kecelaruan Pas semakin ketara sejak membentuk pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sokongan Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau dan terbaru, kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara haram Israel, tidak boleh diterima sama sekali oleh Abdullah.
Dalam pertemuan singkat di pondok beliau baru-baru ini, Abdullah berkongsi pandangannya dalam beberapa isu mengenai Pas dengan wartawan YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR bersama-sama jurugambar, AIZZUL ABDUL MAJID.
“Pas ini adalah sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah belah orang Islam dan Islam,” kata Abdullah.
MINGGUAN: Bagaimana ustaz melihat Pas sekarang?
ABDULLAH: Saya melihat Pas
akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.
Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majoriti, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.
Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.
Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.
Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.
Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh ‘akidah taksim’, ‘akidah tasbih’ dan syariat ‘alla mazhab’, ‘alla kitab’, ‘alla ulama’ dan ini adalah sesat.
Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.
Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.
Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?
ABDULLAH: Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.
Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.
Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?
ABDULLAH: Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.
Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?
ABDULLAH: Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?
ABDULLAH: Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.
Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.
Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam, adakah kemungkinan Pas bersatu dengan UMNO?
ABDULLAH: Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, ‘bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.’ Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.
Bagaimana pula dengan perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan?
ABDULLAH: Pada pandangan saya perubahan itu berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.
Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah?
ABDULLAH: Dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.
Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?
Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan?
ABDULLAH: Nama parti Islam, tak jadi soal. Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah. Apa komen ustaz?
ABDULLAH: Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang menyata setia dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, “Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah.” Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.
Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.
Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.
Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.
Sejak dulu, Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas, apa pandangan ustaz?
ABDULLAH: Nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.
UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia?
Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.
Macam mana perjalanan politik Islam yang sepatutnya?
ABDULLAH: Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.
Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.
Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambil yang secara darurat, ini terpaksa.
Kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.
Apa nasihat ustaz kepada rakyat Malaysia menjelang PRU13 ini?
ABDULLAH: Saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.
Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.
Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan, buanglah Nik Aziz, buanglah Pas.
Ustaz bersedia menerima kritikan dan hentaman daripada Pas berikutan pendirian Ustaz ini?
ABDULLAH: Saya sedia menerima 24 jam, kalau nak kritik pun tak apa, kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita,

Wednesday, February 22, 2012

kelantan miskin dari blog flying kick

Perdana Menteri menyatakan bahawa Sabah bukanlah negeri termiskin di Malaysia sebaliknya negeri yang paling termiskin adalah KELANTAN.

Dan biasanya apabila Kelantan disebut sebagi negeri termiskin, maka segala macam juak dan puak dalam PAS akan menggila untuk menafikan kenyataan tersebut. Mereka tidak akan menerima sama sekali sebarang berita yang mengatakan Kelantan negeri termiskin.

Sudah berapa lama PAS tanpa segan silu menyatakan bukan Kelantan negeri termiskin sebaliknya yang miskin adalah negeri lain seperti Sabah dan Sarawak. Apabila Perdana Menteri sekali lagi menyatakan bahawa Kelantan adalah negeri termiskin di Malaysia, sudah dijangkakan akan ada mulut-mulut bodoh yang akan cuba membela Kelantan kerana Kelantan bagi mereka dipimpin oleh ulama dan sebagai dipimpin oleh ulama, tentulah Kelantan dilimpahi rahmat Allah Taala yang melimpah-limpah berbanding negeri-negeri lain.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media UM, Abu Hasan Hasbullah yang cuba menempatkan dirinya di kalangan cendekiawan yang rapat dengan PAS, menyatakan, kalau Kelantan masih miskin dan menjadi negeri termiskin, maka yang bersalah adalah Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat. Alasannya ialah, setiap negeri mempunyai hak untuk dimajukan oleh kerajaan pusat.

Bagaimanalah agaknya Universiti Malaya masih lagi menyimpan seorang pensyarah yang sebegitu jumud, bodoh danketinggalan. Harap cermin mata sahaja yang tebal dan besar macam goggle tapi dia masih tidak nampak apa sebenarnya yang berlaku.

Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang setiap tahun menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta untuk belanjawan pengoperasian negeri. 36% daripada belanjawan pengoperasian Kelantan datangnya daripada Kerajaan Pusat.

Tidak ada negeri lain yang mendapat 'keistimewaan' sebegitu rupa kecuali Kelantan. Kalaulah tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat, sudah lama Kelantan tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur. Dan kalaulah nak dikut-ikutkan, Kelantan tidak perlu dibantu kerana Kelantan sendiri tidak pernah berusaha membantu diri mereka sendiri.

Para pemimpin PAS Kelantan terlalu bersenang lenang dan hanya gemar berceramah di sana sini selama lebih dua puluh tahn. Kalau ada yang berusaha pun, hanyalah beberapa kerat seperti Husam Musa. Tapi Husam Musa tidak pernah berusaha untuk negeri dan rakyat Kelantan tetapi hanya untuk kepentingan dirinya semata-mata.

Disebabkan itu TIDAK ADA SATU PUN PROJEK HUSAM MUSA yang berjaya tetapi duit rakyat Kelantan yang diambil sebagai modal oleh Husam Musa tidak pernah dipulangkan.

Begitu juga dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada Kelantan. Tidak satu pun yang disempurnakan oleh Kelantan tetapi duitnya hilang begitu sahaja!

Hanya si bongok sahaja yang akan terkinja-kinja apabila mendengar alasan Dr.Goggle dari UM itu!!!

pasir3

MB Selangor usah main wayang isu pasir
Wartawan Sinar Harian
20 Februari 2012
Datuk Seri Noh Omar
Isu curi pasir kembali menghangatkan politik dan pentadbiran negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Isu itu dibangkitkan oleh pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Suhaimi Shafie bersama ADun Batu Caves, Amiruddin Shaari didakwa terlibat dengan skandal pasir. Isu penyelewengan pasir ini bukan baru kerana pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam, dua tahun lalu atas dakwaan yang sama melinatkkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB).

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa pihaknya mempunyai dokumen serta bukti kukuh bagi membuktikan kegiatan penyelewengan pasir itu sememangnya berlaku. Menurut beliau, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan segala bukti dan dokumen tersebut apabila tiba masanya nanti.

Pada sidang media, Abdul Khalid mahu Noh memberikan maklumat mengenai dakwaan itu kepada Transparency International (TI) dan KSSB. Pada masa yang sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan pendirian tidak akan menerima cadangan Abdul Khalid itu dan menuntut Kerajaan Negeri mengadakan perbicaraan terbuka. Ikuti penjelelasan Noh mengenai isu tersebut.


Kerajaan Negeri mahu tubuhkan panel penyiasat untuk menyiasat penyelewengan pasir di negeri ini tetapi kenapa Datuk Seri mahu perbicaraan secara terbuka?

NOH: Isu penyelewengan pasir bukan isu baru yang sengaja ditimbulkan. Sebelum Raja Petra, seorang wakil rakyat dari PKR, S Manikavasagam pernah membangkitkan isu yang sama yang membabitkan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri, KSSB.

Malah Jawatankuasa Pilihan Khas Me­ngenai Keupayaan, Ke­ber­tang­gung­jawaban dan Ketel­usan Selangor (Sel­­cat) juga pernah menjalankan per­bicaraan berhubung isu pasir ini. Eko­ran dakwaan tersebut, kerajaan negeri mengadakan sesi pendengaran awam Selcat pada tahun 2010. Tetapi saya difahamkan, sudah satu tahun lebih isu berkenaan masih lagi tergantung dan tidak ada sebarang kata putus.

Jadi, kita pertikaikan mengapa keadaan ini berlaku. Kerajaan Negeri tubuhkan Selcat kononnya atas dasar ketelusan. Tetapi kenapa pendengaran awam mengenai dakwaan penye­lewengan pasir dua tahun lalu masih tergantung, senyap begitu sahaja. Jika begini keadaannya, Kerajaan Negeri seolah-olah mewujudkan Selcat itu hanya untuk menutup kelemahan mereka, untuk tujuan politik.

Kemungkinan tindakan menangguhkan Selcat itu adalah untuk menyekat Adun Barisan Nasional (BN) membangkitkan isu perlombongan pasir pada Sidang Dun. Selcat digunakan untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri. Contohnya, mana-mana kes termasuklah dakwaan penyele­wengan pasir yang sedang dibicarakan oleh Selcat tidak boleh dibahas dan dibangkitkan dalam Dun.

Kalau perkara berkenaan tidak boleh dibangkitkan dalam Dun, di mana lagi tempat Adun-Adun nak bangkitkan? Sebab itu, saya lihat Selcat seolah-olah hanya untuk kepentingan politik sahaja. Kerajaan Negeri kemudiannya mahu tubuh panel penyiasat di bawah TI dan mahu saya kemukakan bukti. Kenapa saya perlu tampil dan kemuka bukti kepada TI sedangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak meyakinkan rak­yat bahawa ada tindakan selepas penyiasatan dilakukan.

Kerana itu saya cabar Kerajaan Negeri adakan ‘perbicaraan rakyat’ secara terbuka kerana isu berkenaan melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini. Saya bersedia untuk menghadiri perbicaraan itu dengan membawa segala bukti dan dokumen serta akuan bersumpah orang-orang terlibat. Pada saya, Kerajaan Negeri tidak jujur dan tidak telus kerana sehingga hari ini siasatan Selcat dibuat secara tertutup tidak pernah diumumkan keputusannya malah, berhenti separuh jalan!


Mengapa Datuk Seri enggan menyerahkan dokumen berkaitan kepada panel penyiasat?

NOH: Buat apa saya nak berikan maklumat yang saya ada kepada TI dan KSSB, siapa mereka ini? Kalau beri maklumat kepada orang yang didakwa, ia bukan satu tindakan yang bi­jak. Saya tunggu mahkamah rak­yat se­kiranya Abdul Khalid berani untuk sahut cabaran saya. Tetapi saya mahu Abdul Khalid memberikan jaminan bahawa tindakan akan diambil sekiranya saya berjaya membuktikan berlakunya rasuah dan penyeleweng­an dalam operasi perlombongan pasir yang dijalankan KSSB. Jika gagal membuktikan dakwaan itu, saya juga sedia mematuhi syarat yang dikemukakan Kerajaan Negeri. Persoalannya, apakah menteri besar berani letak jawatan atau pecat exco dan Adun yang terlibat atau tutup KKSB jika terbukti melakukan penyelewengan. Saya mahu perjanjian ini dibuat lebih awal. Terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk menyatakan persetujuan dalam masa terdekat. Lagi cepat lagi bagus bagi memperjelaskan isu pasir ini kepada rakyat. Jangan cuba untuk menipu rakyat dengan ayat-ayat retorik sahaja kerana segala penyelewengan itu akan didedahkan.


Datuk Seri juga mendakwa menteri besar cuba membohongi Sultan Selangor dalam isu pasir ini?

NOH: Ketika mula-mula menyandang jawatan menteri besar pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan sulungnya menyasarkan perlombongan pasir di negeri itu boleh mencecah sekitar RM150 juta setahun. Tetapi akhirnya tak sampai pun RM15 juta. Ini kerana berlaku penyelewengan dalam urus tadbir KSSB. Ini membuktikan pemimpin PKR hanya pandai berkata-berkata tetapi gagal untuk melaksanakannya. Sebelum dapat memerintah negeri Selangor, macam-macam janji diberi. Tetapi apabila diberi peluang, mereka gagal untuk menunaikannya. Mereka hanya pandai berkata-kata dan memutar belit fakta. Itu mengenai pasir.

Semasa berucap sempena hari jadi Sultan Selangor tempoh hari, beliau mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA menjadi RM1,300 sebulan. Tetapi langsung tak sebut pun daripada RM1,300 itu, cuma RM500 sahaja peruntukan datang daripada Kerajaan Negeri manakala baki RM800 lagi adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Ini dinamakan lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

Tetapi yang lebih penting, Kerajaan Negeri langsung tidak meng­am­bil berat soal pendidikan anak-anak Selangor terutamanya mereka yang di luar bandar. Bila PKR memerintah mereka seperti tikus membaiki labu, bukan hendak membaiki tetapi menjahanamkan lagi struktur yang telah kita bina. Contohnya, mereka hendak robohkan asrama Yayasan Selangor yang banyak melahirkan cerdik pandai. Kerajaan BN dahulu menubuhkan Yayasan Selangor bagi membantu murid di luar bandar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik di sekolah ternama di Kuala Lumpur seper­ti SMK St John, Victoria Institution dan beberapa sekolah elit lain. Anak-anak Selangor yang mendapat tajaan Yayasan Selangor ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan tetapi apa yang menyedihkan kini adalah pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu meroboh­kan asrama itu untuk membangunkan projek komersil. Sepatutnya sebuah UiTM juga dibina di Serendah tetapi kerana sikap ego Kerajaan Negeri, hak itu dinafikan. Sebaliknya rakyat negeri Melaka yang mendapat untung apabila UiTM dipindahkan ke negeri itu.


Apakah pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Pusat mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN?

NOH: Hakikatnya sepanjang 55 tahun memerintah, BN telah banyak menya­lurkan bantuan sebagai satu usaha dan tanggungjawab kerajaan untuk membangunkan, meninggikan taraf hidup dan mengurangkan beban rak­yat sehingga ke hari ini. Mungkin rak­yat tidak sedar bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM20 bilion sebagai subsidi kepada rakyat Malaysia. Contohnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak mengenakan caj kepa­da penggunaan di bawah RM20. Se­ba­liknya Kerajaan Selangor hanya bang­ga dengan air percuma sebanyak RM10 sebulan, itu sahaja. Apabila rak­­yat menikmati hasil daripada pengu­ru­san kewangan dan pentadbiran negara di bawah BN menerusi program-program, bantuan yang disediakan, mereka bertindak mengelirukan rakyat.

Usaha BN membantu rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Da­tuk Seri Najib Tun Razak dapat dili­hat apabila 100,000 keluarga selu­ruh ne­gara daripada semua kaum dan ber­pen­dapatan rendah akan menikmati hasil daripada pendapatan pelabu­ran saham amanah di bawah Sara 1Ma­laysia. Di bawah skim berkenaan, ke­rajaan menanggung RM100 juta kos faedah bagi pinjaman RM5,000 yang berikan kepada setiap mereka yang layak bagi tempoh lima tahun. Ha­sil daripada pinjaman pelaburan itu, mereka yang layak akan menerima pulangan RM13,000 dalam tempoh lima tahun. Mereka juga tidak per­lu tanggung kadar faedah daripada pinjaman, inilah bukti kerajaan untuk membantu dan mendahulukan rakyat.

Banyak lagi bantuan disediakan kerajaan seperti bantuan persekolahan RM100, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan sebagainya. Bantuan tersebut diberikan kepada semua kaum atas dasar prinsip Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Inilah pendirian pentadbiran di bawah BN yang melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat. Banyak lagi bantuan yang kerajaan berikan, tetapi rakyat tidak menyedarinya, seper­ti subsidi dan sebagainya. BN bukan seperti pembangkang yang bersifat seperti ‘ayam yang telur sebiji, riuh sekampung’!

isu gaji mempengaruhi politik

Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU-13 BOLEH diadakan...

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.
Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.
Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.
Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.
Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.
‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.
Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.
Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.
Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).
Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:
* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)
* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)
* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)
* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)
Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.
Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.
Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.
Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.
Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.
Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.
Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.
Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.
Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?
Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?
Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.
Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.
Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''
Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)
Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.
Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

Tuesday, February 21, 2012

jangan rampas tanah

Tun Mahathir: 'Jangan rampas tanah Melayu'
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2012
Tun mahathir
PANTAI CHENANG - Segala perancangan dibuat perlu diteliti semula bagi mengekalkan imej dan identiti Pantai Chenang sebagai kawasan Melayu yang boleh bersaing dengan pusat pelancongan terkemuka lain.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pantai Chenang mempunyai tarikan tersendiri dan ramai pelancong membanjiri kawasan ini, namun ia perlu dibuat penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan agar seiring perkembangan semasa.

“Carilah bentuk atau susunan yang mencerminkan budaya setempat dan negara.

“Tak perlu bangunan beratus tingkat tetapi gagal mengekalkan karakter budaya Melayu kerana akan hilang terus tarikan, atau kurang memberi impak dalam menarik pelancong seterusnya identiti itu hilang selamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk, pengusaha hotel dan peniaga sekitar Pantai Chenang yang membantah pelan pembangunan semula Pantai Chenang, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli.

Perjumpaan itu bagi mencari penyelesaian permasalahan dihadapi selain mendapatkan pandangan Mahathir yang begitu sinonim dengan pembangunan pulau lagenda itu.

Mahathir turut menegaskan, beliau tidak bersetuju sekiranya tanah milik orang Melayu yang bergeran dirampas semata-mata bagi pembangunan.

“Walaupun kita kekurangan hotel bertaraf bintang, tetapi kita orang Melayu seharusnya memikirkan untuk lebih maju.

“Mereka ini (pengusaha) memerlukan sokongan dan bantuan kewangan kerajaan untuk dinaik taraf dan meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, untuk mendapat pengiktirafan bintang, golongan berkenaan perlu menghadapi pelbagai peringkat dan sekiranya semua itu dapat dilalui dengan baik, beliau percaya menjelang tahun 3000 akan ada hotel bertaraf enam bintang dimiliki oleh pengusaha Melayu di
Pantai Chenang.

Katanya, beliau akan cuba menasihati Pusat dalam isu ini agar pengusaha di sini tidak dihalau dari tanah mereka.

“Sekiranya kerajaan sudi membantu dalam bentuk kewangan bagi menaik taraf hotel yang ada, sekurang-kurangnya pengusaha Melayu di sini dapat survive dalam perniagaan mereka.

“Nasihat saya, biarlah ia tetap menjadi Pantai Chenang, kekalkan identitinya dan secara tidak langsung pengusaha dan peniaga di sini dapat menjana lebih sumber pendapatan sekiranya pembangunan dilakukan,” katanya.

Mahathir berkata, kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh terutama isu membabitkan pengusaha Melayu.


Pembangunan masih kabur

Berhubung pembangunan semula Pantai Chenang, Mahathir berkata beliau juga masih kabur dan tidak mendapat bayangan mengenai status pemilik tanah dan pengusaha hotel sekitar mengenai perancangan kerajaan jika tanah mereka diambil.

Menurutnya, itu adalah perancangan kerajaan Pusat yang mahu membangunkan kawasan tersebut setanding dengan tempat pelanco-ngan antarabangsa lain.

“Sebenarnya mereka ini bimbang, bukannya tidak menyokong pembangunan yang dibuat. Kita seharusnya melihat mengenai pula-ngan dan ke mana mereka akan pergi setelah tanah diambil,” katanya.

Mahathir berkata, pihaknya akan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Tan Sri Khalid Ramli berhubung perkara itu atas kapasitinya sebagai Penasihat Lada.

Ditanya mengenai kerjasama mungkin dibuat antara pemilik tanah dan pengusaha hotel dengan pelabur asing atau kerajaan bagi membina hotel dan pembangunan semula, Mahathir berkata, kerajaan perlu mengkaji kaedah terbaik demi menjaga kepentingan Melayu di situ.

Beliau turut berharap pemilik tanah terlibat tidak menjual tanah mereka kepada pihak lain.

“Ini adalah perkara yang tak perlu dilakukan, hartanah adalah satu bidang menguntungkan, setiap hari nilai tanah meningkat. Jadi jangan cuba untuk jual tanah kepada orang lain.

“Saya juga akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung isu ini. Kami akan bincang demi kepentingan dan kemajuan bersama,” katanya.

Mahathir berkata, pada pendapatnya, kerajaan tidak berniat menghalau atau mengambil alih tanah penduduk secara paksa.

Menurutnya, yang penting usaha menaik taraf termasuk kualiti perkhidmatan perlu diutamakan dan tidak perlu merombak perancangan sudah dirancang.


Bimbang nasib Melayu terjejas

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Osman Saad menegaskan, perancangan di Pulau Chenang hendaklah mendahului kepentingan pengusaha dan penduduk Melayu di situ.

“Kami menyokong pembangu-nan, tetapi sehingga sekarang pihak kami belum dipanggil untuk mendengar penjelasan dari pihak berkenaan. Kami bimbang kemana hala tuju pengusaha-pengusaha hotel ini pada masa hadapan.

“Kami khuatir sekiranya pihak Lada gagal dalam perancangan untuk menaik taraf perancangan yang bakal dilakukan. Seperti kita lihat, banyak projek terbengkalai atau menjadi gajah putih di Langkawi, adakah mereka mampu menjayakan semua ini,” katanya.

Menurutnya, mereka bimbang punca pendapatan terjejas teruk dan bertambah buruk sekiranya pihak pemaju gagal melaksanakan pembangunan semula itu dengan berkesan.

Osman berkata, kesalahan tidak wajar diletakkan pada Khalid yang baru mengambil alih tugas, namun persoalan ini perlu dijawab.

“Sebelum ini banyak tanah diambil alih oleh kerajaan kemudiannya dipajak balik kepada pihak swasta tetapi akhirnya semua terbengkalai.

“Pihak kami berharap kerajaan mengkaji mekanisme terbaik membantu peniaga Melayu tanpa menghakis kedudukan dan kepentingan mereka. Ada pemilik tanah mempunyai geran sebelum merdeka lagi, berbaloikah sekiranya menjual hak milik itu tanpa mendapat manfaat
dalam perancangan kerajaan itu,” katanya.

Osman berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama sekiranya perancangan dibuat memberi kepentingan kepada mereka, yang juga terlibat kawasan pantai terakhir dimiliki Melayu, setelah semua pantai di Langkawi diambil kerajaan termasuk Pantai Kok, Kuala Sungai
Melaka dan Tanjung Rhu.

berdosa tipu br1m

Berdosa palsu borang BR1M
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2012
berdosa-palsu-borang
BESUT - Umat Islam yang tidak memenuhi syarat memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) diingatkan tidak memohon bantuan tersebut kerana ia tidak dibenarkan Islam.

Penceramah bebas, Kapten (b) Mahusin Abdullah mendakwa, haram hukumnya sekiranya umat Islam menipu dalam mengisytiharkan maklumat permohonan semata-mata untuk mendapatkan BRIM sedangkan mereka tidak layak.

Menurutnya, perbuatan tersebut berdosa kerana mereka menipu mengenai jumlah pendapatan sebenar dan mengambil hak orang lain yang layak.

Manakala, di sisi undang-undang sivil ia juga kesalahan besar kerana memalsukan dokumen.

“Jangan kerana hendakkan wang, kita yang tidak layak dan tidak menepati syarat ditetapkan memohon dengan menipu jumlah pendapatan dalam borang permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tok Has dan Jawatankuasa Masjid Tok Has, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Pegawai Perpaduan Daerah, Nor Almizan Mahmod, Pengerusi KRT Tok Has, Ismail Majid dan
Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Mahusin Mamat.

Sementara itu, beliau turut menyeru umat Islam supaya merapatkan persaudaraan Islam bagi memastikan umat Islam lebih kuat dan berdaya maju.

“Umat Islam perlu ingat dengan dasar pecah dan perintah yang dilakukan penjajah zaman dahulu iaitu dengan memecah-belahkan perpaduan supaya lemah dan akhirnya mereka senang untuk memerintah,” katanya.

konon kapal israel dari selangor daily

Kapal Israel:Menjawab Kebodohan Pak Pandir Jingga 13

Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com hari ini melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang.
Berikut adalah sebahagian petikan laporan dari malaysiakini.com
Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang
NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Untuk berita penuh sila ke http://www.malaysiakini.com
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry seterusnya.
Kapal Zim USA dan Zim Atlantic BUKAN nya kapal israel seperti yang didakwa oleh pendekar-pendekar tempang PKR.
Pendekar-pendekar tempang PKR tidak buat homework terlebih dahulu sebelum menabur fitnah. Mereka tidak belajar bagaimana untuk mengetahui sesuatu kapal dari negara mana. Itu perkara asas yang perlu diketahui terlebih dahulu. Boleh diibaratkan seperti orang solat. Apa guna solat berpuluh rakaat sampai lutut lemah longlai dan dahi sampai lekuk, tetapi tidak berwudhu terlebih dahulu sebelum solat ?
Sama halnya yang dilakukan oleh pendekar-pendekar tempang pembangkang berhubung isu kapal israel. Mereka sepatutnya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk mengenali sesebuah kapal dari negara mana sebelum merakam video dan panggil pemberita datang ke sidang media mereka dan bercakap sampai berbuih mulut. Jangan tipu pemberita hanya semata-mata kerana hendak kejarkan glamor.
Untuk mengetahui sesebuah kapal dari negara mana bukannya perkara susah. Lihat sahaja kapal anda sudah boleh tahu tetapi dengan syarat anda seorang yang tahu ilmu pengetahuan am.
Setiap kapal akan mengibarkan bendera negara dimana kapal tersebut berdaftar sepanjang hayat kapal berkenaan. Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge.
Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu.
Sekarang kami di selangordaily.com akan jelaskan kepada rakyat Malaysia tentang dua kapal berkenaan.
ZIM USA
ZIM USA
Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com
Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel.
ZIM USA MONROVIA
Gambar atas secara jelas di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim USA berdaftar di Monrovia. Untuk pengetahuan pak pandir-pak pandir jingga 13, Monrovia adalah sebuah bandar pelabuhan di Liberia. Setakat ini Monrovia tidak pernah wujud di israel.
Lagi gambar-gambar berkenaan kapal Zim USA boleh dilihat di sini.
ZIM ATLANTIC
ZIM ATLANTIC
Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com
Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel.
Sama seperti Zim USA ,gambar atas menunjukkan di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim Atlantic berdaftar di Monrovia iaitu sebuah bandar pelabuhan di Liberia.
Lagi gambar-gambar berkenaan kapal Zim Atlantic boleh dilihat di sini.
Semuanya telah terjawab. Dengan bukti-bukti yang kami kemukakan, sekarang kami pulangkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapa yang berbohong ? selangordaily.com atau kumpulan pak pandir jingga 13 ?
Sampai bilakah pemberita-pemberita akan ditipu oleh pendekar-pendekar tempang PKR yang menggunakan maklumat-maklumat palsu hanya semata-mata untuk menunjukkan mereka hero ?

debat tak perlu

Mahathir: Debat Anwar-Najib tidak perlu

20 Februari 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdebatan antara kaum tidak akan mendatangkan apa-apa hasil kerana setiap kaum di Malaysia akan tetap dan sentiasa berpegang dengan pendirian masing-masing.
"Kalau kita lakukannya pun (perdebatan antara kaum), kesannya tidak ada, ia (boleh) jadi memburukkan (lagi) keadaan, masing-masing masih berpegang dengan pendirian masing-masing," katanya.
Dr Mahathir yang sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas sama ada perdebatan antara kaum boleh diadakan.
Mengenai perjumpaan itu, beliau berkata ia adalah bagi membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan kaum Melayu termasuk soal perpecahan.
Ketika ditanya mengenai debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Irahim yang dicadangkan pembangkang, Dr Mahathir berkata, debat itu tidak perlu diadakan kerana pendirian Anwar terhadap banyak isu memang sudah diketahui ramai.
"Beliau boleh jadi apa sahaja, beliau umpama sumpah-sumpah, beliau bertukar warna setiap masa. Apabila beliau bersama dengan orang India, beliau menjadi orang India, apabila beliau bersama dengan orang Islam, beliau akan memberi ceramah mengenai Islam. Apa yang mereka perjuangkan ialah untuk menjadikan beliau Perdana Menetri, itu sahaja," katanya. - Bernama

nak bergambar pun tak bagi

Sedih anak dilarang naik pentas bergambar dengan menteri

IBU PRIHATIN, Port Dickson Negeri Sembilan

ANAK saya telah dimaklumkan oleh pihak sekolah untuk menerima Anugerah Cemerlang UPSR 5A bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 12 Februari. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Sebelum tiba hari yang ditetapkan, saya telah mendapatkan kepastian terlebih dahulu dari Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika berpakaian dan dimaklumkan pelajar hanya perlu memakai pakaian biasa lengkap dengan kemas kerana anugerah akan disampaikan oleh Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, tanpa menyatakan wajib memakai pakaian sekolah.

Alangkah terujanya kami sekeluarga untuk hadir ke majlis yang pastinya penuh meriah dengan kehadiran menteri dan di dewan yang berprestij.

Namun tibanya di Dewan PICC, Putrajaya anak saya bersama sembilan (9) lagi penerima yang tidak memakai pakaian sekolah telah tidak dibenarkan untuk naik ke pentas merakamkan gambar bersama menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Alangkah kecewanya anak saya dan pelajar cemerlang lain yang dipinggirkan untuk turut bersama naik ke pentas.

Apakah kerana pakaian, mereka dihukum sebegitu. Rosakkah? Majlis tanpa pakaian sekolah sedangkan mereka berpakaian sopan. Tidak ada rasa kasihan ke? Pihak penganjur melihat kesedihan dan kekecewaan di wajah anak-anak ini yang melihat rakan mereka diberi penghormatan naik ke pentas, sedangkan mereka duduk di bawah tanpa diberi peluang untuk turut serta.

Sedangkan ini bukan salah mereka tidak menurut peraturan, tetapi mesej tak sampai ke pengetahuan. Pejabat Pelajaran Daerah apabila dimaklumkan perkara ini menyatakan bahawa pihak penganjur hanya mewajibkan memakai pakaian sekolah "last minute", mereka tak sempat nak maklumkan kepada semua pelajar.

Bukan wang menjadi ukuran kami, tetapi penghormatan dipanggil naik ke pentas adalah perkara utama kami sanggup meluangkan masa dan berbelanja sendiri untuk ke Dewan PICC, satu tempat yang amat dibanggakan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, semua pelajar cemerlang (pakaian sekolah dan berpakaian biasa) hanya menerima medal, wang tunai dan sijil di luar dewan PICC sahaja dengan disampaikan oleh pihak urusetia tanpa dipanggil menerima anugerah di atas pentas.

Beginikah? Pihak penganjur melayani pelajar cemerlang ini yang seawal pagi sampai hanya untuk merasai kehebatan dewan PICC, tetapi mereka dilayan di luar dewan sahaja tanpa seteguk air dan secebis makanan yang dihidangkan sehingga jam 12 tengah hari.

Diharap pihak penganjur lebih prihatin untuk masa akan datang. Janganlah jadikan para pelajar ini seperti alat dan hanya lepaskan batuk di tangga. Hargailah pengorbanan ibu bapa yang sanggup hadir berkorban masa dan wang ringgit hanya untuk menjayakan majlis yang dianjurkan.

Sekiranya ada maklumat penting harap maklumkan lebih awal bukan "last minute" dengan menyusahkan banyak pihak. Inikah nilai-nilai murni yang dilaungkan oleh pihak penganjur. Diharapkan pihak penganjur lebih prihatin pada masa akan datang.