Sunday, January 1, 2012

hati2 beli drama indon kata siti jarum

Hati-hati drama Indonesia

Siti Jarum

DRAMA-DRAMA Indonesia menjadi fenomena dalam dunia penyiaran kita. Hampir semua stesen televisyen menyiarkan drama dari Indonesia.

Kalau tahun 1970-an dulu khabarnya filem Indonesia kuasai pawagam tempatan, sekarang kuasai stesen televisyen tempatan pula.

Tapi bagi Siti, nak kuasai atau tidak bukanlah isunya. Semua orang tahu drama Indonesia jauh lebih murah berbanding drama tempatan. Pada masa yang sama mutu pun teruklah. Rasanya kalau begitulah mutu drama Indonesia, orang kita pun boleh buat.

Tapi yang Siti nak timbulkan ini ialah ada drama Indonesia yang memberi sudut pandangan salah tentang Malaysia. Biarlah isu antara dua negara diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin dari Indonesia dan Malaysia. Jadi, stesen televisyen kena tengok dengan teliti drama-drama yang dibawa masuk oleh pengedar.

Biasalah pengedar, mestilah kata drama yang dia bawa itu baik, bermutu dan berbagai-bagai lagi. Kita yang nak keluar duit kenalah pastikan supaya tidak ada isi kandungan yang memperkecil negara sendiri. Siti fikir kurang cerdiklah kalau kita keluarkan duit membeli drama yang mempersenda kita.

SITI JARUM: Sentiasa memerhati.

No comments:

Post a Comment