Menteri Besar tuntut janji
January 23, 2012
Menurut Mohamad, individu terbabit membuat janji pelik itu untuk memperlekehkan usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah pembelian tanah yang membelenggu penduduk di kawasan berkenaan sejak sekian lama.
Bagaimanapun, masalah Sendayan itu kini sudah pun diselesaikan dengan baik, sekali gus menolak segala cemuhan itu.
“Sebelum saya dapat selesaikan isu Sendayan, macam-macam mereka kata sehingga mereka sanggup keluar kenyataan mahu lari bogel keliling Sendayan selama tiga hari jika kerajaan dapat selesaikan.
“Sampai sekarang, saya tunggu orang yang cakap nak lari bogel itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau, di sini.
Mohamad juga mengakui mengenali individu berkenaan, bagaimanapun tidak mendedahkan siapa.
“Tapi kadang-kadang cakap macam-macam sampai tak terbawa dek badan, pandai cakap sahaja,” katanya.
Menurutnya, kerajaan tiada niat lain dalam menyelesaikan isu Sendayan itu, melainkan mahu menolong orang kampung orang ramai supaya dapat menikmati taraf hidup lebih baik.
“Jadi, janganlah asyik kata tak betul, bersungut sahaja. Tapi bersyukurlah kerana kita hidup di bawah pemerintah yang kerajaannya mempunyai keprihatian kepada rakyat.
“Di Sendayan itu pun, sebanyak RM257 juta saya pinjam daripada kerajaan pusat pada tahun 2005 untuk menolong orang kampung selesaikan masalah membelenggu mereka. Hari ini, Sendayan akan menjadi satu perbandaran yang dibangunkan dengan tersusun,” katanya
No comments:
Post a Comment