Sunday, January 15, 2012

padan muka dah kena tahan

Polis tahan pelajar USM ugut Perdana Menteri
15/01/2012 4:30pm

GEORGETOWN - Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya di sini hari ini.

Dalam kenyataan beliau, pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment